Tak pastilah tajuk tu sesuai ke tak. (dari fikir tajuk dah problem)
Nama aku Zara, umur 29 tahun. Rupa biasa-biasa, kerja biasa-biasa, boleh lah menampung diri sendiri dan tolong family sikit-sikit.
Niat aku tulis confession ni sebab aku nak baca pendapat orang lain tentang kekeliruan aku ni.
Normally kalau aku bercakap guna mulut pasal isu aku ni, aku tak pandai nak huraikan lebih2. End up jadi bual2 biasa sahaja.
Okay macam ni. Umur dah 29, aku nak sulung, tinggal sekali dengan mak ayah, ada adik dua orang. seorang lelaki dah kahwin, anak satu, yang bongsu perempuan still bersekolah lagi.
Emak ayah ada lagi, Alhamdullillah. Emak aku pesakit buah pinggang yang perlukan dialisis 3 kali seminggu,
Ayah pulak last year disahkan menghidap sejenis kanser tapi masih boleh dikawal dengan ubat jadi setakat ni dia masih sihat kuat lagi.
So.. sehingga tahun lepas hidup aku okay lagi, sekarang pon okay lagi cuma tulah.. macam tajuk aku tu, confuse memanjang haha. Melayan mak yang kejap sihat kejap tak, ambik alih beberapa urusan rumah.
Kalau mak nak kemana mana, mak nak apa, mak sakit or apa- apa urusan ayah yang dia tak boleh buat sendiri semua aku buat lah.
So aku ingat hidup aku ni memang Allah takdirkan untuk jaga keluarga sahaja, jodoh tak ada pon aku anggap ni semua ladang pahala untuk aku.gituh, Geng anak perempuan sulung mesti faham situasi aku.
Sampai lah tahun lepas tiba-tiba ada lah hamba Allah minta nak berkenalan. Aku tak pernah usaha mencari jodoh (walaupun dah tua masih tak ada kesedaran).
Tiba-tiba jodoh muncul. Sebab kawan baik aku yang nak kenalkan lelaki tu dengan aku. Aku pon setuju sahaja lah.
Pejam celik dah nak dekat setahun aku kenal dia, cuma ada la beberapa bulan yang aku ignore dia sebab macam tajuk di atas. Aku confuse dengan diri sendiri.
Sepanjang berkenalan, on surface aku nampak dia baik, matlamat dia jelas, berkenalan sebab nak berkahwin.
Tak ada borak yang pelik2 lagi , cuma dah banyak kali dia suarakan hasrat dia, tapi aku masih tak beri jawapan serious.
Don’t get me wrong, aku ni tak adalah jahat sangat. Aku dah bagi tahu dia awal-awal. Kalau dah bosan mengurat aku, you may go. Aku tak kan salahkan dia sebab aku tahu aku yang masalah.
Jadi masalah aku yang sebenarnya ialah my fight against my responsibility. Mungkin aku ni sejenis overthinking pon ya.
Aku takut nak bagi commitment dekat orang lain sebab aku takut mak ayah aku terabai nanti.
Kalau aku dah ada suami, ada dua syurga nak kena jaga. Can i do it? kalau mak sakit malam-malam aku tak ada dekat rumah macam mana?
Sekecil-kecil benda la semua aku fikir, sampai la satu tahap aku dah tak ada selera nak fikir pasal kahwin. Aku ada adik lelaki, tapi dia tu isu lain, aku tak nak masukkan dalam masalah kekeliruan aku ni.
Despite all this happened, lelaki itu masih disitu, masih bertanya tentang aku.
Masih belum give up and to be honest, aku dah mula sukakan dia dengan ikhlas dan beberapa hari ni aku macam rasa yang aku patut serius dan fikir tentang diri sendiri, bahagia sendiri. Klishe kan?
Jadi aku harap aku akan dapat baca pandangan dan pendapat atau mungkin pengalaman readers lain tentang kekeliruan aku ni.
Mesti ramai ada masalah macam aku ni, yang membezakannya awak-awak semua dah jumpa cara untuk selesaikan masalah ni, haha.
Semoga aku dapat idea daripada perkongsian aku ni, tak boleh keluar rumah ni mesti kakak-kakak banyak masa nak melontarkan pendapat kan? ;)
Again, aku harap semua tak confuse baca masalah aku ni and tak confuse sebab banyak sangat perkataan confuse dan keliru. Ok dah, mesti sakit hati baca.
Assaalamualaikum :)
Yang masih keliru,
– Zara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit