Pengorbanan ibu bapa.

Assalamualaikum, terima kasih admin sudi kongsi luahan ini.

*****

Orang kata, gelak tawa, gaduh, masam manis, itu semua rencah kehidupan berumahtangga. Namun bagi aku yang mengetahui masalah dalam keluarga, melihat ibu bapa kadang bermasam muka, mendengar rungutan mereka. perbelanjaan tidak cukup.. banyak hutang yang perlu dibayar membuatkan aku sedih dan tertekan.

Aku belajar jauh. Sesekali pulang ke rumah mahu bermanja. namun, sering kali aku pulang kembali ke tempat belajar dengan linangan air mata. aku pulang dengan membawa pelbagai berita yang tidak enak. Bil itu ini tidak bayar lagi. yuran tertunggak. adik-beradik buat perangai. aku jadi sedih dan tertekan. aku tahu banyak perkara yang ditanggung oleh ibu bapa aku. adik-beradik yang ramai dan masalah kewangan yang menghimpit. Mereka terpaksa berhutang untuk menampung kehidupan kami.

Kami golongan sederhana yang berjuang untuk meneruskan kehidupan. kadang aku mendengar keluhan daripada mulut mereka. aku cuba letakkan kehidupan kami lebih baik berbanding orang yang lebih susah. tapi aku tahu, kenyataan ini tidak sama dengan realiti yang dihadapi oleh ibu bapa aku. adakala mereka nampak baik, namun apabila berlaku tekanan, mereka mula meluahkan segala isi hati pada aku. sering menyalahkan satu sama lain. pihak yang menyalah membuatkan pihak lagi satu berasa serba salah. terus rasa rendah diri. rasa tak berguna. pada ibu aku cinta, pada bapa aku kasih. berbelah bahagi mendengar luahan hati mereka. suruh mereka berbincang berdua, tak jumpa jalan keluar.. akhirnya aku menadah telinga dengan harapan mengurangkan rasa didada… namun, sebaliknya aku sendiri sedih dan tertekan dengan luahan mereka. sedih melihat masalah yang dihadapi oleh mereka.

adik-beradik pula nampak tertekan. tapi mereka tidak pandai bersuara. mereka nyatakan dalam bentuk tindakan. memberontak.. pantang ditegur. mudah marah. keadaan ini membuatkan ibu bapa tambah tertekan… rasa tidak mampu mendidik anak dengan baik. sedangkan, adik-beradikku juga menjadi mangsa keadaan. tertekan dengan keadaan keluarga.

apabila aku bekerja nanti, aku harap aku dapat membantu keluarga aku melangsaikan segala hutang-piutang. aku tak mahu lagi tengok ibu bapa aku sedih dan tertekan. kemudian bergaduh. mungkin ramai diluar sana yang menghadapi situasi yang sama seperti aku. seorang harapan keluarga yang melihat segala permasalahan keluarga.

jika orang lain diusia aku sudah berteman, aku hingga sekarang masih sendiri. aku bersyukur. sekurangnya aku diberi peluang untuk berbakti kepada keluarga aku terlebih dahulu. keadaan ini juga membuatkan aku lebih memahami bahawa dalam bercinta segalanya nampak indah, namun bila sudah berkeluarga, banyak pengorbanan yang menguji cinta. sama ada terus bersama mempertahankan keluarga yang dibina atau tersadung dalam ujian yang sementara.

bukan niat aku untuk membuka pekung didada, sekadar berkongsi dan meluahkan rasa dalam jiwa. orang tak tahu apa yang aku hadapi. seorang yang ceria, aktif… namun, jauh dalam sudut hati, aku sering sedih dengan apa yang menimpa keluarga aku. bagiku ini ujian. adakala aku goyah, adakala aku kuat. doakan aku terus kuat ya!

– dinginsalju.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *