Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kebelakangan ni tengok ramai sangat yang confess pasal perbandingan universiti lah, course lah. Oklah nak cerita sikit pengalaman hidup. Moga-moga jadi pengubat jiwa yang terdiskriminasi mahupun terbuang daripada pertimbangan masyarakat.
Dulu aku dapat SPM cemerlang. Lepas tu aku dapat duduk kat kolej persediaan untuk ke overseas. Aku dan kawan-kawanku dinilai dibawah satu sistem duniawi ni sebelum fly. 1 tahun lebih orang pandang aku sebagai "oh bakal budak ke overseas" "oh budak pandai" "oh nak fly". Masa zaman sekolah dulu aku ni wallflower je, jadi orang tak berapa kenal. Bila diorang tahu nak ke luar negara baru lah nak menjalinkan ukhuwah, nak-nak lagi budak-budak yang seangkatan nak ke overseas tapi ke negara lain. Masa tu aku rasa seronok, mak ayah aku rasa bangga, saudara-mara puji, kawan-kawan semua likes la pendek kata status kat Facebook.
Somewhere along the journey, the dream fell apart. Aku gagal memenuhi syarat sponsor. Jadi aku dan sekumpulan besar rakan seperjuangan tidak berjaya lanjutkan pelajaran ke luar negara. Hari dapat result tu jangan cakaplah, aku rasa macam dalam masa sesaat sahaja semua impian aku berkecai. Semua plan aku untuk masa hadapan musnah sebab tak cukup beberapa points je (sistem yang kami guna berasaskan points). Dalam dua jam aku melangut, menangis, bersedih sorang-sorang. Masa ni aku tak beritahu mak ayah lagi. Aku simpan sorang-sorang dengan kawan-kawan. Tapi dua jam jelah aku menangis. Lepas tu aku terus move on cari IPTS sebab IPTA cuma tawarkan tempat untuk budak STPM, diploma ngan Asasi. Esok pagi tu, aku menangis lagi sebab aku rasa kosong sangat. Rasa macam tak patut rencana hidup aku macam ni. Tapi takpe. Aku start cari lagi IPTS dengan kawan-kawan aku melalui online.
Malamnya, aku slow-slow beritahu mak ayah aku gagal. Seharian tu mak aku palingkan muka dari tengok aku sebab dia kecewa sangat dengan aku. Ayah aku pulak, walaupun lebih rasional, aku nampak mata dia berkaca kemudian dia menangis. Pastu aku sama-sama menangis lagi dengan dia. Ayah aku takleh terima kenyataan kenapa aku tak lepas? Dia tanya berapa orang je lepas? Macam-macam dia tanya. Aku nampak muka dia hilang seri haritu. Aku nampak betul-betul depan muka aku. Tapi masa tu aku rasa aku deserve untuk abaikan orang lain sebab aku yang perlukan support sangat-sangat.
Lama sangat mak ayah aku mengungkit pasal result aku tak lepas. Kalau tak mengungkit, nampak muka dia keruh dan diorang taknak start apa-apa conversation dengan aku. Terlampau kecewa mungkin. Nasib baik adik beradik ada yang support dan tak putus-putus bagi kata semangat. Tapi lama-lama mak ayah start bagi support la sebab fokus cerita ni bukan pasal mak ayah hehehe. Biasalah mak ayah terkilan, lama sikit nak pulih.
Long short story, aku dapat masuk satu IPT ternama jugaklah kat Malaysia ni atas rahmat Allah yang tak pernah putus-putus sebab "apa sahaja yang berlaku, itulah yang terbaik". Allah tutup satu jalan untuk bukak satu jalan ehsan dia lagi. Honestly, aku rasa lebih lega dan seronok kat sini. Aku rasa Allah jaga aku dari sesuatu yang aku tak mampu nak hadapi kat overseas.
Apa yang korang kena faham, bila datang ujian macam ni, kita boleh filter manusia dalam hidup kita. Kawan-kawan sekolah aku yang konon murni hantar ayat-ayat semangat untuk aku stiap hari masa zaman persediaan dulu start menyepi bila tau aku tak fly. Ada yang tak contact terus. Ada yang contact sebab nak promote business je, dah tak macam dulu share pasal belajar. Macam aku ni tak wujud kan? Yelah, dah tak sekufu kut bagi diorang. Last-last sekali siapa je yang ada kat sisi? Yang betul-betul ikhlas berkawan. Yang sama-sama gagal. Seriously, kawan-kawan aku yang failed pun rasa benda sama. Tapi tak semua sombong. Ada yang hati bersih tak kisah pun berkawan. Alhamdulillah, Allah bukak mata.
Sekurang-kurangnya diskriminasi tu menjadikan aku lebih mencari hikmah. Dulu aku rasa kalau dengar IPTS ni takmau la! Sebab disogokkan dengan "budak takde A pun boleh IPTS". Tak. Bukan sebab tu. Masuk IPTS sebab rencana Allah sangat hebat.Allah yang design hidup macam tu. Korang apa tau? Nak jadi Tuhan? Hahaha emosional sebentar. Macam aku la ngan ramai lagila budak-budak kat Malaysia ni yang tak lepas nak jadi intan berlian negara. Bukan sebab itu bukan sebab ini. Sebabnya bila kita dah berusaha, dengan sebaik baik usaha tapi perancangan Allah siapa yang tahu. Usaha pun dengan keizinan Allah. So kawan-kawan UiTM ke, Poli ke, STPM ke mana-manalah jangan sedih okey bila orang start banding? Orang mana tahu kita. Orang tau bercakap je. Kau bagi je sedas biar dia ada akai sis sapot hahaha. Orang camni toksik, lagi cepat kita tutup medium toksik dia tu lagi better untuk keamanan sejagat.
The only battle we are fighting is within ourselves. Biarkan orang dengan mulutnya. Yang kena dengan parents…emm.. sabar jugak. Awak anggap je adik-adik awak yang berjaya tu ada problem gak. Study ke apa ke. Nobody's perfect. Jangan risau. Hidup ni kan, umpama roda? Kita je yang tentukan nak seat mana masa kat atas roda tu.
Sesungguhnya saya tak lepas fly dan saya bahagia!!
– hilang sayap jap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
best confession nie.. gudlak awk
I feel you..sama la cerita kita..