Salam,
Lately ramai nak keluar topik pasal master kan?so aku pun tergerak hati nak cerita pengalaman aku. Aku sekarang bekerja di dalam industry pendidikan pengajian tinggi (mengajar diploma level) since aku masuk education line dengan degree so aku perlu further study incase aku kena mengajar degree level.untuk pengetahuan semua if kau nak jadi lecturer sekarang ni min qualification is master. Hanya certain kolej je yang terima degree. Masa zaman aku dulu tu kira rezekilah.so sekarang aku tengah sambung part time master mix mode.buat master as a part time ni sangatlah susah. Kelas aku mostly hanya tiga kali sahaja satu semester. Yang lain kena study sendiri. Slalunya kelas hujung minggu dari pagi sampai ke petang. Memang selalu rasa nak muntah je setiap kali masuk kelas. Yelah dari pukul 9 sampai pukul lima berapa banyak lecturer kau sumbat dalam kepala?haaa. Kalau dulu setiap hari aku cakap nak berhenti nak berhenti sampai asyik terfikir kenapa aku sambung master?apa aku tak serik2 lagi ke masa zaman degree dulu?tapi aku jalani jugak kehidupan as student master. Skg ni aku dah nak habis pun. Tunggu viva je. Doakan aku yek.

Di sini aku nak bagi tipslah pada sesiapa nak sambung master. Sekarang ni degree level ni dah macam diploma level. Orang duk berlumba lumba nak sambung master. Sesiapa yang ada master ni kira common dah lah. Jadi if sesiapa nak sambung master, korang kena persiapkan mental dan fizikan. Akan ada satu tahap korang akan rasa nak give up.rasa dunia nak kiamat dan macam macam. Macam aku dua tahun lebih macam takde life. Yelah siang pergi kerja balik mengadap buku. Hujung minggu bukak buku nak keluar berjalan pun malas baik study exam nak dekat. Tapi percayalah lagi banyak kita belajar lagi banyak benda kita tak tahu.

Lepas tu bila sambung master ni kau kena baik dengan lecturer. Berdasarkan pengalaman aku, lecturer yang ajar budak master terutama yang part time ni jenis sempoi dan tak skema.sebab mereka consider korang belajar sambil kerja. Ada satu kest kawan aku fail tapi dia sempat call lecturer bgtau dan lecturer naik markah macam tu je.sebab untuk master kau mesti kena dapat at least b- ye kengkawan. Aku pernah dapat c- so kena ambik subjek lain untuk tampal. Mcm u aku, semua subjek wajib lulus walaupun kau dapat pointer 1st. Ada sesetengah u yang tak perlu ganti subjek yang fail tu kalau kau dah atas 3.so pepandailah riki ok.

Pastu kau kena buat baik dengan kengkawan kekas. Jangan nak sombong sangat buat hal sendiri. Sebab kau tak tau kekadang kawan ko tu dapat past year dari entah siapa siap jawapan lagi lepas tu past year tu pulak soalan recycle ha kan ke untung. Adajugak yang dapat jawapan assignment dari senior so kan dah mudah nak buat assignment. Macam pengalaman aku, semua kengkawan aku baik2 dorang dapat benda baru semua kongsi sama-sama. Dan kau jangan kedekut kalau kau dptsesuatu jugak dari senior. Itu adab belajar jangan kedekut nanti rugi.

Lagi satu rajinkan bertanya kalau tak tahu. Biarlah muka tebal macam dinding pun sebab kau rasa kau lembab asyik nak tanya orang je. Ko nak pandai ke tak? Mcm aku pernah masuk kelas yang aku sorang sesat dari fakulti lain. Dahlah subjek zero basic tapi alhamdulillah aku dapat A huhuhu. Berkat pertolongan kengkawan yang tak jemu2 balas wasap aku tak kira masa. Mekasih guys.

Itu jelah kot yang aku boleh kongsi. Cumanya satu aku nak pesan, kau kena betulkan niat bila nak sambung belajar. Jangan ikut orang. Lepas tu kena cekal ok? If korang tengah kerja dan dalam dilema nak berhenti atau sambung, nasihat aku jangan berhenti kerja, kau buat part time. Tak mampu buat research, kau buat mix mode.tak mampu mix mode, kau ambik course work. Mcm aku pilih mix mode sebab course work tak ada waktu tu dan untuk jadi lecturer better pilih yang kena buat research. Susah sikit tak apa.

Akhir kata doakan aku untuk viva nanti wuarghhhh takutnyaaaaa.

– Sambung master?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *