BOLEHKAH DIA PINTA PENJELASAN?

Ada seorang hamba Allah ini, beberapa tahun lalu dia ingin menunaikan umrah. Dipendekkan cerita, agen uruskan umrah ini melarikan sejumlah wang tersebut. Permohonan visa pun tersangkut. Hamba Allah ini belajar di sebuah universiti di sebuah negeri sebenarnya. Beliau sudah dua minggu tidak ke kelas kerana menunggu tarikh sebenar utk bertolak, tapi dapat tahu dia dan keluarganya telah ditipu. Dua minggu kemudian, barulah mereka sekeluarga berangkat untuk menunaikan umrah selama dua minggu. Maka sebulan hamba Allah ini tidak ke kelas.

Sewaktu di Malaysia, ada orang telah menjaja nama buruk hamba Allah ini. Seorang pelajar mengadu kepada pensyarahnya bahawa hamba Allah ini kerap update FB dia semasa tempoh 2 minggu itu. Bukan seorang yg dia adu itu, tetapi beberapa orang pensyarah pun menerima aduan dia. Salah seorang pensyarah itu pun terpengaruh dengan orang tersebut. Malangnya hamba Allah ini tidak dapat membersihkan namanya kerana si penjaja cerita itu.

Apabila hamba Allah ini balik Malaysia, ada seorang classmate dia memberitahu bahawa si penjaja inilah yg jaja cerita bahawa hamba Allah ini tidak menunaikan umrah. Maksudnya, dia misleading cerita sebenar. Lepas itu, pensyarah yg terpengaruh itu pun sama juga jadi bergosip dengan si penjaja itu. Bapa si hamba Allah ini mendapat tahu kisah ini, terus dia telefon pensyarah tersebut meminta penjelasan kenapa anaknya difitnah teruk sewaktu menunaikan umrah. Pensyarah tersebut pula 'block' Facebook hamba Allah ini tanpa meminta maaf kepadanya dan bapanya.

Ada pensyarah lain tahu kes ini juga, tetapi pensyarah itu bersangka baik kerana kes visa itu biasa tersangkut. Dan dia tidak termakan hasutan itu. Alhamdulillah.

Tetapi hamba Allah ini masih mencari masa utk bertemu dalang yg menjaja kisah tersebut. Niatnya satu meminta penjelasan dan mahukan nama dibersihkan. Adakah wajar tindakan hamba Allah ini sebenarnya?

– SI PRIHATIN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *