Assalammualaikum..post ni bukan utk mengaibkan insan bernama ayah. Tp post ini utk meminta pandangan utk menyelamatkan ayah.
Sejak kecil mmg kami.sekeluarga hidup susah. Ayh sering ditindas kerana sifatnya yg lurus.ayah sgt baik. Tidak pernah memarahi kami atau ibu. Ayah juga sgt penyayang. Tidak pernah menjentik kami sekalipun..tp malangnya sejak kami kecil ayah suka membeli nombor ekor di magnum, toto dsbg..
patutla rezeki kami sekeluarga sejak kecil selalu berkurang.. tp alhamdulillah. Ibu tidak putus2 menasihati kami utk tidak meninggalkan solat dan mendoakan ayah.
Ayah tidak menjaga solatnya. Pd usianya yg hampir 60an dia masih tdk menjaga solat. Jika ibu pergi berterawih di masjid. Dia hanya menghantar dan pulang.. kuatnya ibu. Bersabar dgn ayah.
Disebabkan dia suka mmbeli nombor ekor, duit gajinya selalu tidak mencukupi sehingga dia meminjam pd ceti haram.
Sewaktu belajar di ipta. Kami adik beradik kumpul biasiswa kami utk membayar hutang ayah. Ayah selalu meminjam wang drpd org lain dan selalu memberikan alasan anak isterinya sakit atau kemalangan. Padahal kami sihat sahaja. Kadang2 terdetik.dihati. ayah tidak sayangkan kami ke??sejak kecil lg saudara mara selalu memandang rendah pd kami kerana ayah selalu meminjam wang pd saudara utk.beli benda haram itu. Bukan byk yg dipinjam. Rm10 atau rm20. Utk.memuaskan hobi haramnya itu.
Pernah sekali.di bulan ramadhan 4tahun lalu ayah kemalangan teruk. Dalam poket seluarnya doc jumpa helaian no ekor yg dibelinya. Kami malu. Tp kami ambil peluang itu utk menasihati ayah agar insaf.setiap hari kami mngaji di tepi ayah dan berdoa agar ayah sembuh dan bertaubat.tapi.. hingga kini ayh tetap dengan hobinya membeli bemda haram itu wlupun dia sudah kembali sihat.
Kini kami sudah dewasa dan bekerja. Setiap bulan kami akn mmberi ayah duit belanja wlupun dia ada gajinya sendiri. Yg peliknya selang beberapa hri dia akan telefon dan meminta duit.lg kerana tidak.cukup..
Kadang2 dia akan berjumpa anak2 nya di tempat krja utk meminta duit.
Kami tidak mahu dia membeli benda haram itu!! Kami serba salah utk memberi ayah duit yg banyak lg..
Ayah… jika ayah dapat baca post ini(dgn izin Allah) ayah tolongla perbetulkan semua silap ayah.. kami tidak mahu ayah ke neraka ats dosa itu.. kami syg ayah… ibu selalu menangis kerana ayah… kami hidup selama ini berdikari utk bantu ayah.. wlupun kami tidak dapat apa yg kami mahu sejak kecil seperti anak2 lain yg boleh meminta pd ayahnya. Kami xkisah.. yg kami mahu.. ayah ke syurga.. sebab ayah. Dunia sementra. Akhirat yg kekal abadi…tolong semua doakan Allah kurniakan hidayah utk ayah kami.. kami syg ayah…
– Anak mengharap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kalau nak ayh baca msj ni, send la msj trus kt dia… humm
Yeah rite
Ce kau tanya ayah kau mintak duit tu nk buat ap. Contohnya, Kalau dia tipu ckp nk byr bill, meh kau bayarkan tanpa bg duit kt dia. Nk byr insurance kete, ckp kt dia meh kau byr sendiri ect. Seolah2 mcm kau belikan, kau byrkan utk dia tanpa bg cash yg dia bole misuse utk beli no ekor tu.
Lbih baik bkata2 yg benar pd ayah wp pahit. Anak2 wajib tegur ibubapa jika mrk jauh dr jln allah. Jgn pk apa org kata tp pk apa akn jd pd ayah jika dia pg nt. Duit ank2 tdk mampu mbli syurga utk seorg ayah @ ibu tp doa n usaha yg bterusn dpt selamatkn mrk drp kebinasaan..