Terima kasih IIUM Confession kerana siarkan tulisan saya ni. Tulisan saya ni sekadar pendapat dan pengalaman hidup saya.
Saya pernah terbaca tentang isu “wanita malang adalah wanita tersalah pilih suami”.
Oklah. Semua orang ada pendapat masing-masing. Maka saya juga hormati pandangan kalian.
Ini pendapat saya sebagai perempuan yang mungkin dianggap malang oleh sesetengah individu.
Saya bilang, mungkin.
Begini,
Antara takdir yang kita tak mampu ubah, adalah siapa ibu bapa kita. Lahir saja kita kedunia, itulah mak ayah kita. Baik buruk, itulah bermulanya kita.
Bila semakin dewasa dan faham erti hidup,
Hidup ini adalah pilihan. Memilih untuk jadi manusia yang baik, atau manusia yang sebaliknya.
Begitu juga pasangan. Jodoh, rezeki, memang Allah sudah tetapkan tetapi ianya antara takdir yang boleh diubah dengan doa dan usaha.
Sebab jika tidak berusaha hanya menunggu saja itu menunjukkan kelemahan diri kita dan Allah takkan mengubah pun nasib kita jika tidak berusaha.
Adakah jika berkahwin lebih dari sekali itu tandanya wanita tersebut sangat malang kerana tersalah pilih suami?
Jawapan saya, 100% tidak.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman bukan berdasarkan kajian. Setiap apa saja ujian dalam hidup ni kita kena faham yang Allah mahukan sesuatu dari kita.
Tak ada seorang pun wanita yang mahu hidup bersama lelaki yang salah. Tak ada. Cuba kalian beritahu pada saya, adakah impian hidup kalian menjadi seorang isteri dan ibu malang? Tidak bukan?
I always learn from my past and that’s how I grow.
Tak pernah sekali pun Allah buat silap dan pastinya Allah beri ujian itu bukan untuk jadikan kita manusia yang paling malang di dunia. Allah cuma mahu kita belajar sesuatu.
Pernah saya terbaca luahan seorang isteri,
Beliau mengimpikan suami soleh. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan dia. Maka berkahwinlah mereka.
Walhal, zahirnya nampak berpakaian sangat soleh hakikatnya bila hidup bersama lain pula ceritanya.
Nampak soleh itu hanya pada luaran tetapi tak boleh ukur keimanan dengan cara berpakaian saja. Sudahlah baran, tidak bertanggungjawab. Semua tanggungjawab dibahu isteri.
Marriage turned out to be far more challenging than we had imagined sebenarnya.
Sedangkan sebelum berkahwin sudah berusaha solat hajat memohon kepada Tuhan agar ditemukan lelaki beriman, bila diuji dalam rumahtangga, adakah kita manusia paling malang di dunia?
Tidak.
Siapa pun Allah temukan itu, Allah mahu kita belajar sesuatu dari mereka. Samaada orang baik, ataupun menyakitkan. Semuanya ada sesuatu yang Allah sudah atur untuk kita belajar sesuatu.
Again, that’s how we grow. Lagipun kita pun ada saja salah silapnya. Manusia biasa ni manalah sempurna kan?
Dan jika kita ditakdirkan hidup bersama suami yang menyakitkan, suami yang jauh dari Tuhan, suami yang tidak bertanggungjawab sekalipun, hidup ini ada pilihan.
Samaada mahu berdoa dan bersabar dan terus duduk di dalam acuan begitu sehingga akhir hayat, ataupun keluar dari hidup yang begitu bila tiba masanya.
Kita ada pilihan. Selalunya kita takut melangkah kerana banyak perkara kita masih fikirkan. Jadi terpaksa saja hidup bersama.
Pilihan ada di tangan kita. Terpulanglah mahu pilih yang mana. Saat kita terduduk pastilah ada kalanya kita rasa sangat sedih.
Tapi, kita masih punya pilihan bukan? Kita saja tahu mampu atau tidak.
Tak ada siapa pun akan faham kenapa kita masih bertahan, Tak ada siapa pun akan faham kenapa kita takut melangkah. Jika masih ada sabar berbaki, teruskanlah.
Emosi turun naik tu biasalah. Harung saja selagi daya. Ujian hidup ni bukan saja susah payah. Kadang hidup senang bahagia pun ujian juga.
Bila kita sebut malang ni seolah-olah kita menyalahkan takdir Tuhan tanpa kita sedar.
Tak pernah sekalipun Tuhan buat silap. You are exactly where Allah wants you to be. Malang atau tidak, itu terpulanglah cara kita memandang ujian yang diberi.
“When Allah pushes you to the edge of difficulty, trust him fully. Either He’ll catch you when you fall or He’ll teach you how to fly,”
Ujian kita semua tak sama.
Alhamdulillah sekarang saya bahagia sangat dengan apa yang ada.
Saya doakan rumahtangga kalian bahagia sampai Syurga.
– Syahirah Omar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit