Assalamualaikum warga IIUM Confession. Beberapa harini banyak betul confession pasal rumah mertua yang kotor.
Saya pula, saya membesar dalam keluarga yang pengotor. Kenapa saya cakap keluarga saya pengotor?
Saya ni anak perempuan sulung dalam keluarga. Adik beradik ramai yang lelaki.
Sejak kecil saya memang tak diajar cara mengemas. Kami hidup dalam timbunan baju dan sampah.
Memang najis kucing merata-rata luar rumah. Kalau ada najis kucing dalam rumah ambil masa lama untuk bersihkan. Dia tolak dia, dia tolak dia untuk bersihkan.
Saya paling selalu mintak tolong dengan adik lelaki saya bersihkan. Walaupun dia sama saja suka buat sepah tapi kalau minta tolong dia sangat rajin buat apa yg kita suruh.
Cuma disebabkan kami hidup dalam suasana yang memang bersepah menyebabkan masing-masing tak ada common sense untuk mengemas dan tak pandai cara mengemas.
Disebabkan saya ni anak perempuan sulung, jadi saya macam ada rasa tanggungjawab mengemas.
Cuma masa kecil tu saya tak pandai mengemas langsung. Tambahan lagi, bila mengemas tak sampai 1 jam rumah tu jadi tongkang pecah semula.
Ada satu masa tu, masa darjah 6 tak silap saya. Masa tu hari raya. Kawan saya nak datang beraya di rumah.
Jadi haritu saya kemas rumah bagai nak gila. Bayangkan rumah yang bersepah berantakan, sampah semua saya buang. Semua barang saya susun elok (elok untuk mata saya waktu tu la saya pun tak ingat macam mana rupa yang elok tu haha).
Hampir sehari suntuk saya mengemas. Start dari malam sampai ke petang esoknya. Punyalah lama saya mengemas sampai tak tidur malam.
Dalam kepenatan tu, bila dah siap kemas tu saya pesan kat adik beradik saya jangan sepahkan rumah kawan saya nak datang beraya.
Petang tu juga saya terus ke rumah kawan. Masa zaman tu mana ada telefon nak call atau wasap. Saya beraya di rumah kawan tu dulu. Kemudian kawan saya tu ikut saya balik untuk beraya di rumah saya.
Bila sampai rumah, saya punya geram dan marah sambil menahan malu, sebab rumah jadi berantakan semula macam mana sebelum saya mengemas.
Saya cuma tinggalkan rumah 2 jam sahaja.
Punyalah geram saya masa tu. Tapi saya ajak juga kawan masuk rumah. Mujur sekejap sahaja sebab dah nak maghrib. Kawan tu pun balik.
Saya ni bukan pembersih atau pengemas sangat. Tapi saya juga tak selesa hidup dalam family sendiri. Sepanjang membesar saya sangat tertekan dengan keadaan rumah.
Sepatutnya bila dah terbiasa kita akan ok saja kan. Berbeza dengan saya. Saya memang tak stress sampai tahap rasa macam mental.
Masa saya kecil, bila ada orang datang rumah saya akan sembunyi dalam bilik sebab malu rumah sepah.
Cara saya belajar mengemas ialah saya suka tengok rumah orang lain. Bila pergi rumah kawan-kawan saya akan perhatikan cara mak kawan saya mengemas. Cara susun pinggan. Cara gunakan peralatan dapur. Dan sebagainya.
Masa tingkatan 4 saya duduk asrama. Jadi bila cuti sekolah saya banyak ikut balik ke rumah kawan.
Masa ni saya belajar mengemas dengan cara memerhati.
Sampai lah bila dah sambung belajar diploma. Banyak hidup sendiri. Bila duduk rumah sewa, saya jadi lagi pembersih daripada kawan-kawan saya yang memang family diorang bukannya pengotor macam family saya.
Apa yang diceritakan oleh konfesor tentang rumah mertua mereka tu memang betul.
Rumah saya membesar dulu memang penuh dengan tikus dan najis tikus.
Makanan atas meja berulat tu biasa.
Biasanya orang basuh pinggan lepas makan kan? Tapi kami kalau nak makan kena basuh pinggan dulu sebab tak ada pinggan bersih.
Sekarang saya dah kahwin dan beranak pinak. Anak saya ramai alhamdulillah.
Rumah saya tak lah terlalu bersih tapi tak ada pinggan kotor yang sampai berulat. Sampah pula wajib dibuang setiap hari.
Anak lelaki saya umur 8 tahun saya memang ajar untuk ambil tanggungjawab buang sampah. Sebelum ni suami yang buat. Sekarang ni pjj disebabkan pandemik. Jadi anak lelaki yang sulung ambil alih tugas tu.
Anak lelaki saya juga sangat pandai mengemas. Alhamdulillah.
Masa baru-baru kahwin suami saya macam terkejut tengok family saya sebab kami berkahwin dan duduk 3 tahun di rumah family saya sebelum berpindah ke rumah sendiri.
Dia pernah tolong betulkan lampu di bilik adik perempuan saya. Biasanya bilik adik sentiasa bertutup. Haritu sebab nak betulkan lampu, adik pula kerja. Jadi saya just wasap bagitau adik, suami nak masuk bilik nak betulkan lampu.
Istighfar panjang suami saya tengok keadaan bilik adik saya. Saya cuma senyum saja sebab dah biasa tengok keadaan tu.
Dia speechless macam mana adik perempuan saya boleh tidur sebelah tahi kucing selamba macam tu saja. Ada bekas cawan starbuck yang tergolek dengan kesan air yang dah kering tepi katil.
Lepas 3 tahun ++, kami berpindah ke rumah sendiri. Itupun sebab saya mengandung anak ke 3. Saya cakap pada suami, saya dah tak sanggup dah nak mengemas. Saya nak duduk rumah sendiri.
Actually suami dah beli rumah dari masa tahun pertama kawin lagi. Tapi sebab banyak kekangan, menyebabkan asik tertangguh untuk pindah.
Bila kata pregnant lagi, saya terus angkut baju dan barang2 terus masuk rumah sendiri yang memang tak ada apa2 masatu.
Mengenangkan 2 kali mengandung dalam keadaan tertekan sebab mengemas tak sudah-sudah. Sebab saya malu dengan suami bila rumah bersepah. Dalam masa yang sama family saya jenis penyepah. Penatnya mental saya Allah saja yang tahu.
Sekarang saya ada masalah tak boleh lama di rumah family saya. Saya akan tertekan. Dan saya tak boleh nak tengok sangat perangai adik2 saya. Nanti timbul rasa menyirap saja dan jadi sangat mudah panas hati.
Saya juga tak boleh tolerate dengan orang yang lepas makan tak basuh, lepas minum cawan letak merata. Nanti alih-alih saya macam murung sendiri.
Saya cuba untuk kawal perasaan tu, tapi susah. Sekarang ni saya block semua adik beradik saya. Saya taknak jumpa sesiapa. Lagipun tengah covid ni kan. Sebelum ni dorang rajin datang ke rumah saya. Seminggu 3 4 kali.
Sekarang saya rasa sangat tenang tanpa perlu tahan perasaan geram dan marah.
Saya just nak avoid dari depression saja since saya macam dah tak boleh tolerate langsung dengan orang pengotor dan pemalas.
Oh ya. Selain saya, ayah saya juga pembersih sebenarnya. Jadi saya ni macam ikut ayah.
Tapi silap ayah saya ialah dia tak take part untuk bersihkan rumah.
Masa kecil ayah selalu mengamok sebab rumah sepah. Tapi lama-lama ayah pun jadi malas dan tak kuasa.
Suami cakap, mujurlah saya tak pemalas. Suami saya tak rajin tolong mengemas tapi dia jenis pembersih. Jadi saya bersyukur saya tak perlu dah hidup dalam sampah sarap lagi.
Macam panjang pula cerita saya. Hihi. K lah. Bai. Nak kemas rumah. Haha.
– Tanjung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit