Semua Orang Punya Rezeki

Salam pembaca budiman. Sejak pandemik ni, ramai orang hilang pekerjaan. Jadi saya nukilkan penulisan saya di IIUM Confession untuk memberi semangat kepada mereka yang hilang pekerjaan.

Moga pembaca mendapat ibrah daripada penulisan saya ini.

Saya terbaca kisah benar yang dikongsi tentang rezeki. Bagaimana seorang balu yang kematian suami mampu menyara 7 orang anak yang masih bersekolah tanpa perlu bekerja. Mungkin agak mustahil bagi sesetengah orang.

Apa yang tersembunyi di sebalik kisah tersebut adalah amalan wanita tersebut dan tingginya tawakkal beliau terhadap Allah.

Yang kita wajib percaya ialah rezeki sudah ditentukan sejak azali. Hanya yang tinggal, bagaimana cara untuk kita mendapatnya.

Semua orang punya rezeki masing2 tapi tak semua orang punya slip gaji. Ada 8 jenis konsep rezeki seperti yang disebut di dalam Al Quran iaitu:

1. Rezeki yang telah dijamin – surah Hud : 6

2. Kerana usaha – surah An Najm : 39

3. Kerana bersyukur – surah Ibrahim : 7

4. Rezeki tak terduga – surah At Talaq : 2-3

5. Kerana istighfar – surah An Nuh : 10-12

6. Kerana berkahwin – surah An Nur : 32

7. Kerana anak – surah Al Israa’ : 31

8. Kerana sedekah – surah Al Baqarah : 245

Dulu, saya mati2 ingat rezeki ni kena usaha baru dapat. Jadi saya pun kerja keras cari rezeki. Beberapa tahun lepas, saya terbaca posting seorang bekas guru yang berkongsi pasal tawakkal.

Arwah cikgu Abd Ghani Haron (boleh follow fb beliau), giat menjalankan aktiviti kebajikan selepas bersara. Katanya semua benda kita nak, minta je kat Allah.

Dia kongsi juga pengalaman beliau kat Mekah tak bawa duit masa keluar nak ke masjid, tiba2 singgah kat pasar, isteri minta duit.

Tapi sebab tawakkal yang tinggi, dia seluk poket, ajaibnya memang ada duit dalam poket.

Arwah bagi tips, jangan menghitung2 duit di dalam dompet atau poket, sebab Allah tidak pernah menghitung2 untuk memberi rezeki kepada hambaNya. Tak mustahil ada keajaiban duit dalam poket tidak luak.

Masa sekolah, saya memang suka baca dan hafal sirah nabi termasuk kisah Siti Maryam bonda Nabi Isa yang terkenal sebagai wanita mulia dan ahli ibadah.

Satu hari Nabi Zakaria masuk ke bilik Maryam yang sedang beribadat lalu ternampak sebakul buah2an yang tidak ada pada musim tersebut.

Nabi Zakaria bertanya bagaimana buah tersebut diperoleh sedangkan bukan musimnya. Maryam menjawab yang Allah menghantarnya.

Kemudian saya baca kisah Imam Syafie dan gurunya Imam Malik berselisih pendapat tentang rezeki.

Imam Malik cakap kalau sudah rezeki tu ditakdirkan untuk kita, tak usaha pun rezeki akan mendatangi kita. Imam Syafie pula berpendapat, rezeki kena usaha baru datang.

Jadi keluarlah Imam Syafie untuk bekerja mencari rezeki dan membuktikan pendapat beliau itu betul.

Imam Syafie bekerja sehari suntuk di kebun anggur dan memperoleh upah sebakul anggur lalu menemui gurunya untuk berkongsi rezeki.

Imam Malik makan buah anggur sambil tersenyum dan ketawa menimbulkan kehairanan Imam Syafie.

Imam Malik berkata sehari suntuk dia hanya berada di situ, tidak keluar bekerja tetapi rezeki datang kepadanya melalui Imam Syafie. Ketawalah mereka berdua kerana pendapat keduanya adalah benar.

Empat kisah di atas memberi effect yang besar kepada saya. Saya termenung dan bermuhasabah tentang perjalanan hidup saya.

Mencari makna di sebalik rezeki yang Allah kurnia. Ada satu kelebihan tentang rezeki Allah kepada saya. Makanan dan kasih sayang!

Saya selalu mendapat makanan yang saya nak tanpa perlu bekerja, berusaha, membayar mahupun memasak. Saya hanya perlu niat di dalam hati dan meminta daripada Allah.

Demi Allah selama beberapa tahun ni, memang betul saya dapat apa yang saya nak.

Ke mana2 saja saya pergi, saya mudah mendapat kawan. Punya ramai kawan dan family yang mengambil berat dan tidak membuang saya ketika susah.

Moral of the story, dalam apa jua situasi genting, ketika sangat berhajat sesuatu, mintalah sungguh2 daripada Allah dengan meniatkan perkara baik, jangan pula berniat tentang maksiat. Allah dah berjanji dia takkan menolak doa hambaNya.

Jika ada doa kita yang belum makbul, percayalah sama ada ia tidak bagus untuk kita, atau akan digantikan dengan yang lebih baik atau ditangguhkan pada suatu masa yang lain, jika tidak diberi di dunia akan diganti di akhirat.

Antara amalan yang boleh diamal untuk murah rezeki:

1. Membaca surah Waqiah (setiap subuh)

2. Berzikir dengan ayat 54 surah Sod 33x selepas solat

3. Istighfar 33x setiap lepas solat

4. Zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar 33 x selepas solat

5. Sedekah

6. Zikir ayat 24 sural Al Qasas 33x lepas solat

7. Baca 1 x ayat 128-128 surah At Taubah

8. Selawat 33x lepas solat

9. Tahajud dan dhuha

Saya berharap penulisan ini mampu mengurangkan kesedihan di kalangan mereka yang hilang pekerjaan ketika ini.

Yakinlah rezeki di dunia sudah dijamin. Terpulang kepada anda bagaimana untuk menjemput rezeki masing2. Jangan putus asa kerana rahmat Allah sangatlah luas. La tahzan! Innallaha ma’ana.

– Nur Hasyida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *