Assalamualaikum… Dah lama saya follow page ni dan baca confession dari insan-insan yang turut berkongsi masalah mereka di ruang IIUM confessions. Tapi kali ini, tergerak hati saya nak kongsi juga masalah yang terpendam dihati yang paling dalam. Saya harap admin approve saya. Terima kasih.
Dah lama saya simpan rasa ni. Dan saya harap kepada pembaca sekelian yang setia membaca, berilah saya sedikit motivasi, kata-kata semangat supaya saya terus kuat dalam menempuh ujian ini. Jika ada yang perlu ditegur, tegurlah saya dengan baik.
Bermulanya kisah, dimana saya adalah anak yang ke-6 dari 8 orang adik beradik. Dan saya juga seorang guru tadika. Berumur 22 tahun. Kalau nak kata, saya ni ganjil dalam keluarga. Dikalangan adik beradik, saya paling tinggi dan seringkali ketinggian saya tu menjadi perbualan saudara mara walaupun mereka sedia tahu saya tinggi. Bukan je bertemu dihari biasa malah boleh dikatakan setiap tahun. Saya tak tahu apa masalah mereka yang seringkali menyoal ketinggian saya. Bila saya tanya, “Kenapa orang asyik cakap pasal ketinggian aku?” Ada yang cakap, “Sebab diorang jeles kau tinggi, dia rendah.” Ya, saya akui tu dan ia adalah salah satu semangat buat diri saya. Ada juga yang puji, “Tingginya awak. Cantik macam model.” Senyum. Dan itu pun saya ambil sebagai aura positif buat diri saya. Saya rasa tak ada lah tinggi macam pokok kelapa. 162cm. Tinggi sangat ke?
Saya seorang gadis yang suka mencuba sesuatu yang baru. Sukakan pengalaman. Dan pantang dicabar. Sepanjang hidup, saya ada plan untuk buat sesuatu. Saya cadang nak buka sekolah tahfiz, saya nak jadi penulis buku, saya nak berniaga dan saya nak buat semua tu dalam usia sekarang. Namun,segala impian tu hanya menjadi mimpi. Saya ingat pesan mentor, “Orang yang ingin berjaya tidak akan mencipta alasan.” Tapi saya tak akan jadikan semua ini alasan. Saya akan cari jalan penyelesaian. Saya yakin suatu hari saya akan dapat capai apa yang diimpikan.
Saya dalam dilemma, sejak daripada saya keluar malam bersama kawan saya tidak diberi keizinan untuk keluar lagi. 6 bulan saya duduk terperap kat rumah seperti tunggul kayu yang kebosanan. Selain membuat kerja harian, saya hanya membaca, membaca dan membaca. Keinginan saya mahu menjadi seperti orang lain tidak tercapai. Saya tak ada pilihan lain. Saya menangis dan merayu mohon mak abah faham keinginan saya. Saya juga buat keputusan mahu berkahwin. Si dia dah datang jumpa keluarga tapi tak izinkan lagi atas sebab saya masih muda. Bagi saya, kahwin muda tak menjadi masalah asalkan dah bersedia dan tahu tanggungjawab sebagai isteri. Lagipun saya dah rancang nak berniaga sama-sama dengan dia selepas kahwin. Saya rasa nak buat semuanya selepas berkahwin. Sebab sekarang, saya rasa dikongkong, tak bebas malah disekat.
Hari saya cuma pergi kerja, mengajar dan balik. Saya tahu perlu taat ibubapa. Hormat keputusan ibubapa. Tapi keinginan saya, tak ada orang faham. Tak ada orang support. Tak ada orang tanya. Saya hidup dalam keluarga sederhana. Kakak , abang yang dah berkahwin semua berjaya dalam bidang bisnes. Kakak pernah kata hidup saya suka menyusahkan orang. Pernah sekali saya tertinggikan suara, kakak abang kata saya kurang ajar. Saya menangis seorang diri dalam bilik. Saya muhasabah diri. Fikir apa salah silap saya. Saya akui, saya memang suka menyusahkan orang. Lagi-lagi saya ni bukannya ada lesen memandu pun. Nak kereta besar-besar, mewah-mewah tapi lesen satu pun tak ada. Bila saya nak buat sesuatu, saya minta tolong kakak belikan. Saya minta kakak hantarkan saya ke tempat itu untuk saya berjumpa dengan kawan. Saya minta mak teman pergi kedai tu semua dia rasa saya ni menyusahkan walaupun mak kata ok.
Saya tak tahu lah apa masalah kakak saya yang sorang tu. Dia macam tak suka saya. Dia macam berdendam. Saya akui juga, kami kerap bergaduh. Tapi biarlah pergaduhan tu takat tu je. Tak perlu lah dibawa-bawa ke hari seterusnya. Kadang-kadang kalau saya nak marah pun kena fikir dua tiga kali takut dia terasa. Tapi dia kalau marah, tak fikir perasaan orang. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Setiap hari saya menangis, teringat apa yang orang buat pada saya. Sampai saya rasa tak nak duduk dah kat rumah. Pergi mana-mana, saya rasa tak nak balik dah. Pernah saya terfikir nak pergi jauh. Nak cari keluarga angkat nak duduk dengan dia.
Bukan aku tak bersyukur punya keluarga. Bukan aku tak bersyukur punya ibubapa. Tapi sampai bila orang nak pentingkan diri sendiri? Sampai mati? Sampai satu masa, saya rasa tak kuat dah. Rasa tak ada harapan dah. Rasa tak nak kahwin. Macam-macam rasa. Semakin muhasabah diri, semakin laju air mata mengalir.
Bantu aku Ya Allah..
Allah Maha Mendengar.
– gadis dalam dilema
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Jap.. saudara mara awk ni dwarf ke ape? 162cm pon diorng kata tinggi?
Itu normal la bagi perempuan. Masalah pertama ceq dh selesaikan. haha
Masalah lain tunggu pengomen lain masuk.
Hahhahaha . Sempat lg nak melawak
Actually, bg sesetengah pihak 162 tu still pendek..
Hidayah Adriana Hakimi kalau itu pon dikatakan pendek, camne la org tinggi 160 ke bawah.. wase ati dorang.. hahaha
Hahaha.. Terima jalah.. Nak buat cm na.. Sy alami gak.. Dikatakan pendek..
Yup… x jauh tggi dr aku.. kalau ukur tinggi aku x lari dr 159 ke 162 tu.. aku ad kakak yg lg tggi dr tu.. adk beradik ko yg lain tggi brape ea
162cm just nice je. xde la kemetot, xdela tinggi sgt.
hurmm, slow talk ngan ayah la. ayah2 kan bagus2 semua.. hahahha
Yup. 162 tak tgi sgt, unless 172. Tp awak 22 mcm blum matang, mkin sbb bgaul dgn bdk tadika, slu sendirian n terkurung dlm dunia sdiri kot..cita2 tgi sdh bgus tp kna improve komunikasi skill n bgaul dgn rakan sebaya..
Ceq tak pandai nak bagi nasihat. tapi,
Alhamdulillah.. one day adik akan berterima kasih sangat² pada ibu bapa adik. Walaupun sekarang adik tak faham tindakan mereka.
Kamu 1 dalam sejuta. Shining like a diamond. Tersimpan rapi dan kukuh dalam peti besi. Allah takkan berikan pada yg ‘biasa’². Percayalah
Adik just perlukan sedikit nasihat dan dorongan untuk kawal perasaan ingin bebas tu. InsyaAllah ceq doakan segala pengorbanan adik dan kepada kedua ibu bapa adik akan di balas dgn ‘hadiah’ yg tak disangka dari Nya.
Chill yer dik. 22 tu masih muda. InsyaAllah taun depan usaha lagi untuk kawen. Kalau taun depan pon x boleh, dua tahun depan.
Keep calm n pray. Allah tahu bila waktunya doa kamu dimakbulkan. Kadang Allah sengaja tahan dulu doa kita sebab bukan waktu sesuai dan bukan dengan orang yg sesuai. He knows the best for you.
Anak saya yg sulung umur dh 24 brpgkt ass manager selalu travel kdg smpai oversea sbb kerja tp still xbleh kluar mlm even dgn tunang..xde masalah pd die…n die tahu kami parent got our own reasons bila kawal anak2..tgk dr demua sudut jgn fikir ng- saja semua hal
Bab keluar malam tu tak elok sebenarnya. Dunia skrg sangat bahaya. Sekali jadi apa2, trauma seumur hidup.
Bab gaduh dgn kakak tu, buat biasa je. Mcm takda apa2 terjadi. Jgn simpan dlm hati.
Part tak bagi kahwin tu, I feel you. Chill je okay. Cari hobby baru. Contohnya, tdr lepas isyak, bangun utk tahajud. Mmbaca bku ilmiah ke..
urmm. 162cm not bad. aku 167cm. huhu
Ni hantu galah ni.. hahaha
Alahai korang ni mmg stok2 model btol la..akak ni tingi cuma 154 dik.slalu kena buli ngn en hubby bila mintak ambik benda tingi.sambil dier sengih..mesti dpt ayat ‘owh lupa..katik’.hmm…
aa ah. hantu galah.. hahaha. ?
Me 165 cm. Hihi. Tapi takpenah org tegur kata tingginya.
Yg ckp2 mngenai tinggi tu, balas je ‘nak buat mcm mna, dah stok model, jgn jeles ye..(smbl gelak2)’.
When I was your age,I’m struggling to finish my assignment.hahaha
Impian besar,bagus.Tapi tak payah nak rushing sangat.Settle down yang mana patut.Plan betol2 nak buat yang mana satu dulu
1st,ambik driving license.Buktikan kat famili sis yang sis mampu berdikari.Buy your own car.Nanti dah takde orang kisah sis nak pegi mana.Mungkin kakak sis rasa leceh kot nak pegi hantar ambik bagai kalau sis nak ke mana2.Kakak saya pun macamtu gak,mulut nauzubillah puaka sungguh.Tapi hati baik.hahahaha
Standardlah parents jaga anak pompuan diorang lebih sket.Parents akak pun kalau balik kampung memang ada curfew.So,pepandai sendirilah nak jaga diri tu. Your parents just doing their best.Maybe after few years you’ll thank them.
Yup betul tu, slowly but surely, kalau dia rasa orang kata dia mnyusahkan, then kumpul duit ambik lesen, beli kereta , stabil kan diri dulu , masuk lah kelas2 apa yang boleh mcm giatmara tu banyak menjahir, kulinari, dapat elaun dpt ilmu.. then teruskan lah cita2 berniaga tu..semua tu x salah cuma jgn rasa diri tu mendap je; )
Mintak parent laki dtg jumpa kluarga slowtalk bncang elok2.. jgn putus asa… pilihan terakhir pegi jab agama adu nak bina msjid… jgn pilihan terakhir buat dosa zina pulak…. :)
Just be relax baby!. Actually, parents bukan xnak bagi tapi itu tanda dorang sayang kau. Hehe, my parents used to be like this before. And we re at same age. Hehe. I feel you beb. Hmm, why not kau sambung study? Sebab aku dapat bebas sikit lpas smbung and kluar malam sbb ada kelas malam. So, kau nak pergi still inform. Lama2 dorang akan terima. Haha, and my mother used to be faham. Alhamdulillah, sekarang dah sambung shah alam and nak pergi mana-mana sorang pun parents dah tak risau. Sebab they dah know me so well. Hehe. Good luckk
162 cm tu rasa nye standard la..sama tinggi ngan sy..x de plak org persoalkan huhu
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ .
Tenang. Tu dikira normal. Perempuan yang sederhana adalah yang berhati baik.
Cian awak
Awak maseh muda..suatu saat nanti awak akan berterimakasih pd ibubapa awak..dgn didikan begitu
Cian angat
Jgnlah serabutkan fikiran sgt..jgn guna alasan kahwin utk lari dari masalah. Kahwin nnt ada masalah lain lagi. Takkan nnt dah kawin ada mslh lari juga? Sampai bila lari. Face it mcm org matang. Cuba cari hobi bagi hilang stres cam tengok korean shows ke, tv shows, rancangan memasak ke dll selain membaca je.
Orang yg matang takkan lari drpd masalah. Face it. Kau nak buktikan kat family u are more than what they are thinking, hadap diorang jgn lari. Lari bermaksud ko pengecut dan tak matang.
162 je pun. akak 170 dik non.
drpd penceritaan awak ni, bokeh diklasifikasikan awak belum matang. akak pun pernah lalui semua tu. jgn compare hidup kite dgn org. fokus dgn apa yg kite ada..kekuatan kite.
chill lah !
Entah laa..aku 163 tp masih ada yg ckp aku pendek
Pada aku masalah kau kecik ja…ko nk jadi besar sampai nak mati….aku byk maakan garam lagi dlm idup pelbgai dugaan silih berganti….tapi aku lalui jugak xrasa nk mati pun…bosan pun rasa mcm nk mati yer
Hahaa…ingt bila kawin ilamg semua masalah ….skrg pun xpndai berdikari xde lesen dan lain2 bygkan klo suami buat taikk…adik jgn ingt idup nie mcm draama tv
Nasihat.. memula pi amik lesen kereta atau motor.. tukar kerja atau sambung belajar..
Bukan awak tinggi, dorg yg kerdil. Huhu.
162cm tak tinggi pon. So lek je pasal tu. Takyah nak bother sangat apa orang cakap.
Ada cuba tak pergi belajar memandu ke..maybe tu boleh buat awak busy sikit dengan something else.. dah dapat lesen, kalau da cukup duit beli kereta sendiri… Jadi independent..bila awak dah sibuk dengan kehidupan awak, awak xde masa dah nak fikir pasal benda2 yang buat awak rasa sedih…
Kalau ada duit lebih, beli hadiah utk mak ayah dan adik beradik… Pupuk semula kasih sayang.. its ok kalo kita yang mulakan dulu… Dengan memberi itu, kebahagiaan itu kita akan rasa, kuncinya ikhlas…
Jgn sedih2 and all da best in ur life