THINGS THAT WE CANNOT GO BACK

As-Salam.

Aku juga ingin buat confession di sini.

Sejak akhir-akhir ini, kita banyak mendengar berita tentang kes cabul kanak-kanak dan sebagainya. Ia memang memberi kesan kepada aku. Sebab aku sendiri pernah mengalaminya. Aku ingin berkongsi cerita aku. Aku tidak mahu menaip panjang-panjang. Satu, penat orang mahu membacanya. Dua, aku pun penat nak menaip.

Sebenarnya, agak payah aku nak menyebut hal ini. Ini pertama kali aku nak mengaku secara terang-terangan.

Bismillahirahmanirahim…

Ketika aku berumur 5 atau 6 tahun, aku telah dirogol oleh abang aku sendiri. Aku nak menyebut perkataan ini pun aku rasa geli. rasa jijik. rasa diri kotor. dan secara automatic airmata aku keluar, Allah.. tabahkan hatiku. Masa dulu aku kecil lagi. Sesungguhnya, aku tidak tahu apa-apa. Aku dirogol berulang kali. Sehingga umur aku mencecah 9 tahun, seingat aku.

Ya, mungkin masa itu aku terlalu kecil. Kuat sangatkah ingatan aku? Kejadian ini merupakan satu mimpi ngeri kepada aku dan Ya! memang aku ingat!

Aku tidak mahu cerita panjang-panjang tentang hal ini. Kerana aku rasa jijik. Jijik dengan diri sendiri. Sampai ke hujung jari aku rasa jijik.

Mungkin anda akan bertanya, mana ibu bapa aku? tidakkah mereka menghalang. Sesungguhnya ingin aku katakan di sini. Tiada ibu bapa yang mahu anak-anak nya menjadi mangsa.

Sekarang kedua-dua ibu bapa aku sudah meninggal dunia. Aku mohon, jangan dikeji kedua ibu bapa aku.

Ya, ini cerita lama. lebih 20 tahun yang lalu.

Walaupun cerita lama, ia tidak mungkin aku lupakan. Kadang-kadang aku rasa mahu siat-siat kulit aku. sebab aku rasa jijik. melihat jari sendiri pon aku rasa jijik. Kejijikan aku sampai ke hujung jari. Sampai sekarang, kadang-kadang aku akan teringat dan rasa seperti mahu membunuh diri.

Nauzubillah… insha-Allah, aku masih ada iman. Dan semoga Allah sentiasa kukuhkan iman aku.

Sekarang aku sudah bekerja. Dan cuba meneruskan kehidupan aku sendiri. Dan aku masih belum berkahwin. Dan ya, memang aku dihujani dengan soalan "bila mahu berkahwin?", tuduhan "terlalu memilih", tuduhan "sombong" dan sebagainya. Sesungguhnya, bukan aku tidak ingin mempunyai keluarga sendiri. tapi aku takut. aku takut dan jijik dengan diri. Aku juga takut dengan lelaki. Dan mungkin juga Allah belum temukan aku dengan jodoh aku.

Kepada mereka-mereka di luar sana, janganlah mempersoalkan jika ada sahabat atau saudara anda yang masih belum berkahwin. Mereka sudah pasti mempunyai alasan sendiri. Ujian apa yang sedang meraka lalui anda tidak mungkin tahu.

Aku mohon supaya tiada yang keji dan mengutuk ahli keluarga aku. Aku mohon supaya 'keyboard warrior' tidak memberi komen-komen yang negative yang akan melukakan hati aku. Aku mohon sangat-sangat. Cukuplah segala tekanan yang aku hadapi. Janganlah ditambah lagi. Kepada admin, seandainya ada komen-komen negative, aku mintak jasa baik supaya di delete cerita ini dari page ini. Aku tak kuat nak manghadapinya.

Apa yang aku inginkan adalah nasihat baik dan kata-kata semangat dari anda untuk aku lebih terbuka dan yakin menghadapi hidup.

Semoga aku dapat belajar lebih sabar dan memaafkan. Insha-Allah.

Dan aku minta maaf andai ada yang terluka. Segala kesilapan datangnya dari diri aku sendiri.

Wassalam.

– Fatimah (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Tiada manusia inginkan kehidupan yg sebegini sis…sesungguhnya Allah tu ada..pada Dia je kita nk memohon kekuatan…n typical words yg sllu org ckp, Allah tkkn uji hamba nya melebihi kemampuan mereka sendiri…bnykkn mendekatkan diri pada Allah…Allah Maha Mengetahui segala sesuatu:’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *