Periksa Telefon Anak Anda!

Assalamualaikum,

Sebenarnya apa yang bakal saya tulis bukanlah confession apa-apa melainkan ada sedikit penulisan untuk kesedaran semua terutama ibu bapa.

Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibubapa mereka. Dalam seminggu pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya, dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.

Di jadikan cerita, ada seorang anak saudara lelaki saya telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5 memandangkan dia adalah yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. Saya tidak pernah curiga terhadap kegunaan telefon itu kerana setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu utk mendengar lagu sambil memasing earphone. begitu juga ibu bapa dia.

ditakdirkan satu hari tu, dia telah keluar bersama rakan-rakan dia dan secara tidak sengaja meninggalkan telefon tersebut dirumah. Disebabkan waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefon tersebut dan alangkah terkejut nya saya apabila melihat isi kandungan whatsapp, wechat, fb chat dan gallery gambar dia adalah gambar perempuan muda. dan ada beberapa gambar yang terlampau teruk utk dilihat oleh kanak2.

malah dalam dia juga ada menghubungi kanak2 wanita yang dia tidak kenali bagi bertukar2 gambar yang tidak senonoh. bukan satu, bukan dua.. tapi ramai! dan apa yang lebih mengejutkan, kebanyakkan kanak2 perempuan itu tidak malu untuk menunjukkan gambar tidak senonoh malah mesej yang berbaur kelucahan.

bayangkan pada waktu itu, dia baru darjah 6 tapi dah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal. dan yang lebih menyedihkan perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramaaaai anak2 perempuan yang terjebak dalam perbuatan sebegini.

malah ada antara mereka berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan "alat sulit" mereka secara life. Allahu, menitik air mata saya membaca nya.

sepanjang saya tinggal dengan dia, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca al-Quran.

selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibubapa dia agar ibu bapa dia sendiri dapat menilai..

apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang terjadi kepada keluarga abg/kakak saya, janganlah kerana kehendak kerjaya hingga mengabaikan keperluan untuk mengawasi anak anda. dan tolonglah, walaupun anak2 anda nampak tulus, tetaplah memeriksa dengan siapa dia berkawan dan berhubung.

sekian.

ibu saudara concern

– Ibu Saudara Concern

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

127 Comments

  1. Setiap anak ada ujiannya. Semoga ibu bapa sekarang jangan lepas tanggungjawab dengan amanah dari Allah. Pada masa yang sama anak2 ini sebenarnya memerlukan perhatian dari kalian semua.

    • jgn cepat bodohkan org nanti terkena diri sendiri berlaku pada kenalan saya yg mengutuk tahap gaban bila nampak ibubapa muda bagi baby tenguk phone masa makan. Bila dia ada baby 2×5 lagi teruk usia baby dia lagi muda dari baby yg dia kutuk tu.

    • Tak itu mmg jelas tindakan bodoh.. jika saya ikut sama maka saya ikut sama buat tindakan bodoh xder pendirian. Tindakan tu amat bahaya utk perkembangan anak. Anak akan membesar dgn egonya belajar apa saja dan hari kemudian lebih makin teruk membentuk generasi caca marba. Nauzibilah, mintak jauh buat semua.. maaf sekali nak tekankan memberi hak smartphone kepada anak di usia yg muda sgt jelas suatu tindakan tidak bertanggungjawab dan merbahaya pada perkembangan anak lebih lg beri skali pakej internet siap bagai. Pada ibubapa yang bertindak sedemikian, apa yg kamu harapan sebenarnya drpd tindakan itu adalah silap.

  2. seawal sklh rendah yer .. trkejut jg sy baca confession nie .. sy nasihat kakak sy utk brjga pabila anak sklh mnngah lingkungan umo 16-20 thn adlh zmn umo bhya mlmpau .. MashaAllah ..

  3. Assalamualaikum,

    Sebenarnya apa yang bakal saya tulis bukanlah confession apa-apa melainkan ada sedikit penulisan untuk kesedaran semua terutama ibu bapa.

    Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibubapa mereka. Dalam seminggu pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya, dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.

    Di jadikan cerita, ada seorang anak saudara lelaki saya telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5 memandangkan dia adalah yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. Saya tidak pernah curiga terhadap kegunaan telefon itu kerana setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu utk mendengar lagu sambil memasing earphone. begitu juga ibu bapa dia.

    ditakdirkan satu hari tu, dia telah keluar bersama rakan-rakan dia dan secara tidak sengaja meninggalkan telefon tersebut dirumah. Disebabkan waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefon tersebut dan alangkah terkejut nya saya apabila melihat isi kandungan whatsapp, wechat, fb chat dan gallery gambar dia adalah gambar perempuan muda. dan ada beberapa gambar yang terlampau teruk utk dilihat oleh kanak2.

    malah dalam dia juga ada menghubungi kanak2 wanita yang dia tidak kenali bagi bertukar2 gambar yang tidak senonoh. bukan satu, bukan dua.. tapi ramai! dan apa yang lebih mengejutkan, kebanyakkan kanak2 perempuan itu tidak malu untuk menunjukkan gambar tidak senonoh malah mesej yang berbaur kelucahan.

    bayangkan pada waktu itu, dia baru darjah 6 tapi dah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal. dan yang lebih menyedihkan perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramaaaai anak2 perempuan yang terjebak dalam perbuatan sebegini.

    malah ada antara mereka berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan “alat sulit” mereka secara life. Allahu, menitik air mata saya membaca nya.

    sepanjang saya tinggal dengan dia, solat 5 waktu saya teka

  4. sepanjang saya tinggal dengan dia, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca al-Quran.

    selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibubapa dia agar ibu bapa dia sendiri dapat menilai..

    apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang terjadi kepada keluarga abg/kakak saya, janganlah kerana kehendak kerjaya hingga mengabaikan keperluan untuk mengawasi anak anda. dan tolonglah, walaupun anak2 anda nampak tulus, tetaplah memeriksa dengan siapa dia berkawan dan berhubung.

    sekian.

    ibu saudara concern

    – Ibu Saudara Concern

    Hantar confession anda di sini ->https://www.iiumc.com/submit

  5. Checklah apa apa pun yang berkaitan anak anak, jgn lepas tangan, zaman sudah berubah, cabarannya & ujiannya dah berlainan…. hmm… ibu bapa sekarang banyak lepas tangan, sebagai guru.. kami pun jumpa mcm2, walaupun budak sekolah rendah, tapi sgt mengejutkan..

    • Ya btl masa belajar kat kolej baru merasa pakai hp, cuti sem kerje, usaha Cari duit sdri sbb nk pakai phone + beli nombor, no tel dulu mahal rm200 satu nombor bukan cm skrg bwh rm10 dh bolh dpt, pakai 10 nombor tel pun x pe. Cukup basic phone utk anak2 as long as dpt contact diaorg.

  6. Ye betul tolong cek..ape die tengok…mak sy kerje di sekolah sebagai kerani…selalu deal ngan budak2 dan guru2…ad sorang guru bercerita ngan mak sy…salah seorng murid die…darjah 2/3 mcm tu cerita secara complete mengenai hubungan seks…dri mula sampai habis…siapa nk disalahkan? Pada sy lah klu tk bg fon pun tk mati la anak awak..dri jiwa,iman dan akal die mati…klu nk bg sekali pun..dengan alasan sekolah…bg waktu sekolah sahaja bile balik ambik fon tu segala wassap mengenai kerje sekolah ke ape awak sampaikan ke anak awak…mcm mana pun mereka still budak…akal die tk jauh lagi…

  7. ya allah.. tapi saya pun pernah ada pengalam mcm ni, nampak benda tak sepatutnya dalam iPad budak2. One time tu, ada sedara tumpang tidur kat rumah beberapa hari. Dia ada anak perempuan darjah 1. Budak ni dtg kat saya mintak tolong search kan cartoon apa entah kat youtube sbb dia tak tau eja cartoon tu. So saya pun buka la youtube tapi punya terperanjat nampak klip-klip lucah kat recommended section tu.

    Saya tak rasa la budak tu yg tgk tapi… alahai, kesian minda anak2 kecil ni. benda2 yang dia tak sepatutnya nampak, tapi ternampak jugak. saya mengadu kat mak pasal ni and mak ada tanya kat mak dia sape selalu guna iPad tu selain dr budak kecik ni. mak dia ckp sedara2 dia kat kampung selalu pinjam main game dan nama2 mak dia bagi tu semua lelaki yg belasan tahun hingga awal 20-an. Seram betul rasa. Dgn all the pedo cases yg viral recently, semoga Allah lindungi budak ni..

  8. Tu sbb nabi muhammad SAW risau iman umat akhir zaman..cabaran membesarkan ank zaman ni sgt hebat..internet (dajal) menghancurkan umat islam jika x terkawal..jgn terkejut bdk darjah 2 bercium bwh meja..real story.

  9. Ya Allahhh seremmmmm. ….lg seremm style iium confesyen dh bertukauu.
    Gawatt dah la ni. Budak yg kencingg pon berbuih dah pandaii dahhh nk lawan2 tukau gmbar alat sulit….Allahhu

  10. Betul tu…budak skrg advance gila, terutama yg jantan…penuh gmbr model jepun cina yg seksi meksi…yg pmpn sibuk bcouple pdhl baru darjah 4 5 6…pandai betul xpadan dgn umur… hmmm

    • Setuju akak..sbb fon pon dh jd keperluan sbnrnya..cma nk kena kawal.. Xpayah ada internet.. Mcm 3310..biar old fashion asal slmt..

  11. sy cikgu. skrg benda benda mcm ni mmg dah normal :( mmg menyedihnya. setiap sorang mmg dah wajib ada phone skrg ni. tp mostly yg menyalah gunakan phone tu. kalau bukak wechat tu ya rabbi. whatsapp pun entah ape ape. sgt sedih sbb seawal darjah 5/6 dah ada bdk yg terdedah dgn maksiat. ada boyfriend dah kecik kecik. mak pak pun sporting. takutnya lah hai nak mmbesarkan anak anak zaman skrg ni

  12. Tiada keperluan hp utk anak anak selagi mereka tinggal dgn ibubapa dan ibubapa yg menentukan aktiviti mereka. Sekolah kebangsaan, sekolah agama, kokurikulum. Sentiasa berhantar berambik dgn transport person yg dipercayai dan dinilai sehabis mungkin dan oleh ibubapa juga. Dgn guru dan dgn ibubapa. Masa lain adalah FAMILY quality time. Dgn adik beradik dan ibubapa. Internet use is under parents’ supervision, password protected, with parents in the same vicinity at ALL times. Solat wajib disuruh dari umur 7 tahun, sentiasa diperingatkan. Yes, the outcome bukan boleh kita tentukan, tapi kita usaha sebaik mungkin dan berdoa bersungguh-sungguh. We can only try.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *