wanita solehah dambaan syurga

Assalamualaikum buat para sahabat alam maya sekalian,
Disini,cukup saya gelarkan diri saya sebagai Melur (bukan nama sebenar).saya berumur 17 tahun dan masih lagi bersekolah.In Shaa Allah tahun ini saya spm,maka doakan yang terbaik buat saya.tujuan saya menulis confession ini kerana ingin mendapat sedikit nasihat daripada para sahabat supaya saya sentiasa istiqomah untuk menjadi wanita solehah idaman syurga,in shaa Allah!
Menurut makluman semua,saya ni bukanlah seorang gadis yang berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan agama yang sangat tinggi (maksudnya disini adalah ayah saya bukanlah seorang pelajar sekolah tahfiz atau agama,ayah saya bersekolah di High school kajang dahulu,tetapi ayah saya mempunyai latar belakang agama yang amat kuat disamping ibu saya yang dahulunya bersekolah di sekolah agama) jadi walaupun ayah saya bukanlah seorang pelajar dari sekolah agama tetapi ayah saya sangat menitik beratkan soal agama di rumah terutamanya saya dan adik beradik yang kesemuanya perempuan.saya tahu,mendidik anak perempuan lagi sukar dibandingkan dengan anak lelaki. Tetapi walaupun Allah sudah mengurniakan saya seorang ibubapa yang penyayang dan sangat menitik beratkan soal agama,tetapi saya masih juga mensia siakan peluang yang Allah sudah beri kepada saya
Walaupun ibu dan ayah saya mengajar saya untuk menunaikan solat sejak kecil,saya ingkar dengan arahan ibu bapa saya,saya tidak menunaikan kewajipan kepada Allah,saya masih lagi liat untuk menunaikan solat sehingga umur saya 15 tahun.bayangkan,betapa besarnya dosa yang saya dah lakukan selama ini,ketika bulan ramadhan juga saya tidak menunaikan solat,apatah lagi membaca Al-quran.saya tak tahu kenapa saya begitu teruk dahulu,sedangkan ibu dan ayah saya seorang yang rajin beribadat,seorang yang tinggi imannya,benarlah kata orang sesungguhnya keimanan tidak dapat diwarisi.
Selama bertahun tahun saya leka,saya langsung tidak memikirkan soal kematian yang bila bila masa saja akan menjemput saya,memang saya sangat leka waktu itu sampaikan saya langsung tak takut dengan dosa yang saya dah lakukan.
Tentang cara pemakaian saya dahulu,Ya Allah bila saya kenang balik sangat memalukan.walaupun ketika itu,saya bertudung tetapi tudung yang saya pakai itu langsung tak menunjukkan ciri ciri seorang gadis islam kerana dahulu saya hanya memakai tudung paras dada sahaja ,manakala baju yang saya pakai sangat ketat dan adakalanya betul betul di atas punggung.saya langsung tak berasa malu dahulu
Tetapi,Allah tak pernah melupakan setiap hambanya walaupun sebesar manapun dosa yang hambanya telah lakukan,saya masih ingat lagi pada bulan 12 tahun 2014 (ketika itu saya 15 tahun) Allah telah memberikan saya hidayah yang akhirnya betul betul telah menginsafkan saya.dengan kekuasaan Allah yang maha esa dan hidayah yang dimilikinya,Allah telah menghantarkan saya suatu perasan /alamat bahawa saya akan mati dalam beberapa minggu lagi.saya betul betul rasainya bagaimana saatnya diri kita menunggu saat malaikat maut menjemput ajal,menarik nyawa kita yang masih lagi dalam kelekaan.dalam beberapa minggu saya sering merasakan ada yang memerhatikan saya,dan pernah ada beberapa tanda ajal yang saya miliki pada tubuh saya seperti dahi berdenyut setiap petang selepas waktu asar.ketika itu saya memang rasa ngeri,sukar mahu terangkan bagaimana ngerinya perasaan saya itu.setiap hari,tiada hari hari dimana saya tidak mengalirkan air mata mengenang dosa dosa saya yang terlampau banyak.dan sejak dari saat itu saya nekad untuk berubah menjadi lebih baik.dan apa yang paling mengejutkan adalah,saya tidak pernah meninggalkan lagi kewajipan menunaikan solat 5 waktu sejak dari itu.Apa yang saya rasa ketika waktu itu adalah Allah telah memberikan saya peluang kedua yang mungkin tak akan saya miliki jika hati saya tidak dibuka oleh Allah.waktu itu juga saya sudah meletakkan sepenuh kebergantungan hidup saya hanya pada Allah.syukur ya Allah!
Namun,kalau dah namanya manusia pasti adakalanya tergelincir daripada tidak melakukan dosa dosa maksiat kepada Allah.ternyata hati saya tidak benar benar tulus untuk berubah kerana baru diuji sedikit saya mudah sungguh tergelincir.maka bermulalah hari hari dimana hati saya menjadi kotor kembali,walaupun saya masih lagi menunaikan solat 5 waktu,amalan sunat makin saya tinggalkan dan al quran juga sudah jarang saya baca ( memang sangat jarang)
Jelaslah disini,bahawa saya memang tiada matlamat yang jelas mengapa saya dihidupkan didunia kerana apa? Kerana saya masih lagi leka dengan pencipta saya,saya mengakui tentang kebenaran dan keesaan Allah,tetapi saya langsung tak membuktikannya dihadapan Allah,jelaslah disini saya memang tiada matlamat hidup yang jelas,kiranya hidup saya amatlah sia sia kerana jika saya hidup 1000 tahun lagi pun,kehidupan saya masih lagi sia sia kerana saya tidak akan meletakkan kebergantungan hidup saya yang sebenarnya kepada pencipta saya yang sebenarnya
Dan,beberapa minggu yang lepas.Allah kembali merentap jiwa saya yang sangatlah rapuh.benarlah,Allah amat menyayangi saya kerana Allah tak pernah putus putus berikan saya hidayah sejak dulu lagi,cumanya kali ini saya seperti sudah jelas,jelas dengan apa yang saya mahu di dalam hidup,sudah jelas dengan matlamat hidup saya,apa yang saya ingin jadi dan sudah jelas kemana sebenarnya arah tuju yang saya mahukan di akhirat kelak.saya benar benar insaf kerana selama ini leka terhadapnya.
Hidup saya didunia ini hanya sementara,jadi saya tidak mahu minta lebih.cukup sekadar ingin menjadi seorang wanita muslimah yang benar benar solehah,yang menutup auratnya kerana malu dengan penciptanya,yang inginkan mati dalam keadaan yang beriman,mati dalam khusnul khotimah,yang sangat dambakan untuk masuk syurga melalui mana mana pintu.dan yang paling saya inginkan adalah ingin melihat wajah Allah,pencipta saya yang paling esa di akhirat kelak.
Walaupun para remaja seusia saya asyik leka dengan kisah percintaan yang ternyata sangat melalaikan,yang meletakkan seseorang di hati mereka pada tangga yang teratas,saya sudah nekad.saya mahu kejar apa yang saya inginkan,matlamat yang sudah jelas saya lihat,iaitu ingin menjadi wanita solehah dambaan syurga,syurga matlamat saya di akhirat kelak dan biarlah jodoh Allah yang datangkan sendiri
Akhir sekali,buat para wanita di luar sana yang mahu berubah tetapi masih lemah,hatinya rapuh untuk mengorak langkah,berdoalah! Berdoalah kepada Allah kerana Allah sebaik baik pencipta,Allah dengar setiap rintihan yang dikeluhkan oleh setiap hambanya yang tulus ingin bertaubat kepadanya,di akhir minggu ramadhan ini semoga ada secebis rahmat yang Allah titipkan buat hambanya yang amat mendambakan kemaafan dariNya

Buat para sahabat sekalian,doakan saya sentiasa istiqomah untuk menjadi seorang wanita solehah dambaan syurga. walaupun,saya sudah sedia memakai baju baju yang labuh dan menutup aurat sejak hidayah pertama yang saya terima,saya rasakan apa yang saya lakukan itu tidak cukup,saya harus ubah lagi cara pemakaian saya untuk menjadi seorang muslimah sejati.saya nekad untuk menutup aurat dengan lebih terperinci lagi.doakan saya sahabat sekalian.doakan saya semoga ditabahkan hati agar tidak lagi rapuh dalam mencari redha Allah.doakan saya!

– Melur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *