SELAMI HATI ANTIVAKSIN & PROVAKSIN
1. Antivaksin, atas pagar, provaksin, atau apa sahaja nama yang dinisbahkan kepada kelompok ini, tidak layak sesama sekali sesiapapun menuduh mereka tidak sayang anak. Golongan yang sokong vaksin kata antivaksin tak sayang anak sebab bagi mereka vaksin itu berkesan dan sumber yang mereka dapat membuktikan vaksin itu berkesan dan baik. Manakala, begitu juga sebaliknya, golongan antivaksin, tak perlu mendakwa golongan yang provaksin tidak sayang zuriat mereka.
2. Siapa tak sayang anak? Semua ibu dan bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Ibu yang melihat wabak melanda negara, keadaan sekeliling yang tidak sihat, dalam masa yang sama kerajaan dan pihak berwajib lain promosikan galakan untuk bervaksin supaya menjadi benteng untuk keadaan sekeliling yang tidak sihat dan wabak melanda, lantas disambut oleh kebanyakan ibu ayah untuk menyuntik anak mereka dengan suntikan yang berkaitan, mereka bertindak kerana mereka faham vaksin itu baik, berkesan dan kerana sayangkan zuriat mereka.
3. Golongan yang tidak memilih untuk vaksin bertindak untuk tidak menvaksinkan anak mereka oleh kerana orang sekeliling mereka yang menvaksinkan anak mereka, anak rakan mereka itu menghidapi dan terkena kesan sampingan daripada vaksin seperti ekzema, demam panjang berlarutan, autism, meskipun ini tidak dapat dikira sebagai bukti saintifik yang boleh diaplikasikan dalam kaedah umum, namun, apa yang berlaku dihadapan mata mereka lebih menggerunkan daripada apa yang tidak berlaku dihadapan mata mereka (kajian saintifik). Mereka ini juga mendapat maklumat lain berkaitan yang menyebabkan mereka memilih untuk tidak suntik anak mereka dengan vaksin.
4. Justeru, tiada sesiapa tidak sayang anak, tiada sesiapa yang mahu membunuh anak mereka dengan sengaja, tiada sesiapa yang sengaja meletakkan diri ke dalam lembah kebinasaan (walaupun fatwa kata haram meletakkan diri ke dalam lembah kebinasaan). Kita yakin, bukan niat mereka ini untuk aniaya dan binasakan zuriat mereka.
5. Justeru, dalam hal menyelesaikan perkara ini, pendekatan lain boleh dilakukan yang meraikan kedua pihak, supaya tidak ada pihak yang merasakan mereka ini bagai kucing kurap yang dijauhkan masyarakat dan mereka terus berpegang dengan pendirian mereka.
6. Jika dipandang jauh dengan mata hati, tiada wujudnya kumpulan antivaksin mahupun provaksin, yang wujud hanyalah pro kepada anak yang sihat dan anti kepada penyakit.
7. Selain daripada promosi untuk bervaksin dan kempem menolak vaksin, ayuh bersama bersatu menggalakkan anak makan makanan yang seimbang yang sihat, bukan asal tembam, asal comel, asal sumbat sahaja apa yang suka, kerana penyakit juga berpunca daripada perut (pemakanan).
Sekian.
KHAIRUL ANWAR BIN BAKAR
Pelajar Sains Kemanusiaan UIAM
– KHAIRUL ANWAR BAKAR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Persoalan pilihan perlu ditimbang berdasarkan kesan (consequence) terhadap orang lain.
Bukan cerita tentang diri kita sendiri. Kerana penyakit yang tiba² muncul setelah sekian lama itu boleh berjangkit pada orang lain.
mengarut.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Klu xnk vaksin ank, sila war war kn…jgn bg ank anda bercampur dgn ank yg bervaksin…tu je… xnk vaksin kami xdak msalah….