Assalamualaikum para pembaca.. Aku dah banyak kali mahu menulis di sini, tapi aku padam. Mungkin masa tu aku dalam emosi. Jadi aku takut penulisanku tidak waras. Hahaha.
Ni pun aku tak tahu sama ada baik atau tidak. Cuma aku perlu kata-kata nasihat atau pandangan para pembaca.
Sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku nak kenalkan diri aku dulu. Aku seorang wanita yang sedang membilang tahun untuk mengajak umur ke angka 30-an. Aku bekerja sendiri dengan berniaga kecil-kecilan. Aku ditakdirkan sakit dari kecil sehingga sekarang.
Cuma kesihatan aku sekarang sedang membaik. Aku belum berkahwin. Aku bukan seorang graduan universiti. Tapi aku tak pernah berhenti mencari ilmu dari apa bidang sekali pun melalui pembacaan dan ilmu prektikal atau kemahiran.
Berbalik pada tajuk, bila diusia menghampiri 30 tahun ni, aku rasa sedikit teruji dalam mencari jodoh. Hahahaha. Aku tak tahu nak sedih ke nak senyum. Tapi, yang aku tahu aku kena kuat.
Aku dilahirkan dengan kekurangan. Hubungan aku dengan mak aku tak begitu baik. Mak aku macam tak boleh terima kekurangan aku kot..
Tapi alhamdulillah aku okay sahaja. Mak aku baik. Aku sayang mak aku dunia akhirat. Cuma mungkin dia tak biasa dengan aku, Sebelum ni dari kecik sampai ke besar aku tak banyak menghabiskan masa dengan mak aku. Mak aku seorang yang berkerjaya.
Jadi dia banyak tak duduk sekali dengan aku. Aku membesar dengan duduk rumah orang dan banyak masa dengan ayah aku sahaja. Bila dah naik tingkatan baru aku duduk sepenuhnya dengan ayah aku.
Okay balik semula pada tajuk, beberapa tahun lepas mak aku pindah balik duduk dengan kami, mungkin mak aku tak faham aku atau aku tak faham mak aku, mak aku macam tak boleh terima aku duduk sekali.
Sejak mak aku balik, dah beberapa kali aku kena halau dari rumah. Hahaha. Padahal masa dia tinggalkan, aku yang uruskan rumah.
Sambil-sambil bersekolah.Ayah aku tak tahu, sebab mak aku ugut senyap-senyap. ayah aku ni seorang penyayang. Dia sangat sangat menjaga aku. Kiranya “backbone” aku la. Dia yang tahu dan kenal aku dengan lebih mendalam.
Aku sebelum ni tak terfikir pun nak kawin sebenarnya sebab kekurangan aku ni aku rasa macam takde orang boleh terima. Hahaha.
Ye lah mak aku sendiri pun tak boleh nak terima. Tapi aku okay je. Aku pun susah nak terima diri aku sebelum ni. Jadi aku faham kenapa orang tak boleh terima.
Aku cuma macam “teracun” dengan kata kata mak aku yang aku ni dah menyusahkan dia dari kecik, dan aku pun terbawa-bawa yang aku pun akan menyusahkan “orang lain” atau jodoh aku kemudian hari.
Ohh yaa.. Aku bukan biawak hidup. Aku usaha mencari rezeki sendiri. Aku bukan tak pernah keluar untuk berhijrah. Aku dah cuba sedaya upaya kerja tapi, aku terpaksa berhenti sebab aku tak mampu nak bertahan macam orang lain.
Aku boleh guna tenaga berterusan paling maksimum seminggu atau dua minggu sahaja, contoh macam kerja kilang dan kerja yang sangat ketat dengan kerja, peraturan dan jadual penuh berkejar-kejaran.
Selepas tu aku akan terlantar menghabiskan masa rehat aku di hospital. Beza bila aku kerja sendiri.
Aku boleh buat waktu rehat sendiri dan buat ikut jadual dan kemampuan aku sendiri. Atau mungkin aku boleh cari kerja yang lebih flexible.
Aku bukan sakit tenat. Bukan juga sakit kronik. Tapi aku akan sakit sangat bila aku sakit. Sakit aku memerlukan aku cucuk ubat tahan sakit yang berdos tinggi dan rehat yang sebetul- betulnya rehat selepas kena serang.
Sebab bila aku sakit dan lawan sakit. Tenaga aku hilang sampai aku tak boleh berjalan langsung dan aku tak boleh tidur. Kalau sakit tu 3 hari tak hilang. 3 hari aku tak tidur tak boleh makan.
Biasa keadaan macam ni aku dekat hospital lah. Bukan dekat rumah. Dulu sangat kerap aku masuk keluar hospital dan sakit yang sangat teruk.
Tapi sekarang alhamdulillah semakin membaik dari tahun ke tahun. Aku rasa macam dapat nyawa dan semangat baru. Rasa macam nak kerja nak sambung belajar macam orang normal. Hahahaha. Tapi aku tak tahu lagi kemampuan aku. Mungkin aku boleh cuba tahun depan.
Aku cuba sehabis mampu untuk cari duit untuk bayar kos rawatan aku sendiri, keperluan aku dan sedikit simpanan untuk hari kedepan. Selebihnya aku tak mampu lagi dan aku masih “menumpang” dirumah mak ayah aku.
Tapi apa pun yang jadi aku tetap sayangkan mak aku, jangan salah faham pula..
Aku sedar diri aku tak mampu jadi anak yang di harapkan. Jadi salah tu pada aku. Aku cuma hari-hari doa merayu kat Allah supaya gantikan syurga yang tertinggi untuk ibubapa aku sebab sabar ada anak macam aku. Aku tak mampu nak balas.
Aku mintak Allah balas kebaikan dan penat lelah mereka menangung aku dan sabar dengan aku.
Dua tahun ni, aku cuba buka pintu hati untuk mencari jodoh. Sebab mak aku dah menekan suruh kawin dan keluar dari rumah. Dia bertahan dengan aku lagi sebab ayah aku masih hidup. Tapi tu bukan niat aku untuk berkawin.
Aku nak cari agama. Cari orang yang boleh bimbing aku dan didik aku, kalau tak mampu bimbing, cukup untuk jadi sahabat aku dalam rumah tangga untuk sama-sama cari agama.
Bukan harapkan aku bimbing dia, sebab yelah perempuan kadang-kadang dia lurus kadang-kadang bengkok, sebab tu bukan dijadikan wanita bukan untuk membimbing. ubah aku jadi anak yang baik untuk mak ayah aku.
Cari orang yang boleh tarik tangan aku dan bukak kepak aku untuk lebih berjaya dengan kekurangan aku. Aku tahu aku boleh kalau ada sokongan. Sebab orang lain lagi “kurang” dari aku. Tapi ramai sahaja yang berjaya.
Aku tak kisah kalau miskin, asalkan rajin. Sama-sama berganding untuk cari rezeki dan bina rumah tangga “bersama” bukan seorang.
Sama-sama bagi semangat dan yakinkan supaya jangan takut dengan ujian. Sebab aku percaya rezeki tu hak Allah.
Sekarang ni aku cuba untuk faham mak aku, cuba ambil hati dia. Cuba gelak dan buat lawak kalau dia marah atau halau aku. Hahahhaaha. Kalau perlu menangis aku menagis sorang-sorang.
Pastu aku senyum balik dan lupakan. Macam aku cakap. Aku sayang mak aku dunia akhirat. Aku terima je. Aku pun tak nak terdesak cari jodoh. Bukan apa, takut aku salah pilih dan tak rasional memilih. Lagi teruk kehidupan aku akan datang.
Dalam aku mencari dan bukak hati untuk berkahwin. aku pernah diuji dengan lelaki “psyco”. Memang hampir koyak mental aku masa ni. Hahahah. Sangat tertekan kena kacau tengah-tengah pagi masa aku tidur call nangis cakap rindu dan macam-macam hadiah dia hantar kat aku.
Gangu kehidupan aku. Ni aku kenal masa dekat tempat belajar. Aku tak pernah berkawan pun dengan dia. Sampai aku serik nak berkawan dengan lelaki.
Kedua, aku diuji dengan “anak mak”. Aku masa tu tengah “sibuk” cari kerja, interview sini sana. Aku ada kenal seorang makcik ni. Baik sangat. Makcik ni ada anak lelaki. Aku pernah tengok la dari jauh tapi tak pernah bercakap. Sekadar senyum.
Ditakdirkan kebetulan hari tu aku ada interview di kotaraya dan berdekatan dengan rumah makcik ni.
Jadi kami berjumpa sekadar eratkan silaturahim. Kebetulan anak dia pun ada. Memang aku tak bertegur sekadar respond hormat dan senyum. Tapi tak tahu pula lepas tu dia merayu mak dia suruh masuk meminang aku.
Aku ada seminggu disitu, seminggu tu jugak makcik tu datang ambil aku bawak keluar makan dan sampaikan hasrat anak dia. Pujuk aku.
Aku tolak tapi dia sungguh- sungguh tawarkan aku untuk bagi hadiah sebuah kedai, rumah untuk duduk dengan anak dia dan duit bulanan yang akan masuk akaun aku bulan-bulan.
Aku tolak jugak sebab aku tak nampak fungsi anak dia. Sampai bila nak macam tu kan? Aku boleh cari sendiri semua tu nanti walaupun sekarang aku tak mampu.
Aku tak cari yang berharta. Cukup sekadar dia usaha untuk memenuhi “nafkah”, bertangungjawab dan tahu tanggunjawab. Aku dapat kerja tu. Tapi aku tolak.
Selain beberapa tugasan kerja yang aku tak bersetuju dengan iklan yang dijanjikan dan tak mampu dengan kudrat aku. alasan anak makcik tu jugak menjadi sebab, aku tahu aku akan digangu lagi lepasni.
Selebihnya ramai yang “chat” aku di media sosial, Aku tak lawa, tapi manis tu ada la sikit. Orang kata kalau nak cari jodoh kena luaskan “circle”.
Tapi aku tak sanggup nak melayan sorang- sorang yang chat aku untuk berkenalan. Bukan sorang, ramai. Suami orang pun ada. Jadi aku biarkan sahaja. Tapi aku rasa berdosa….
Setiap kali orang “minat” aku. Salah satu sebab aku nak cari jodoh nak halalkan dan tak nak bagi orang “berminat”.
Sebab aku ada baca wanita yang tak bernilai ke apa la aku tak ingat.. Adalah wanita yang menjadi perhatian lelaki. Aku dah memang lama dah berkasar dengan lelaki sebenarnya.
Tak berlembut bila berkawan dengan lelaki. Lagi satu,Luaran memang orang berminat. Bila aku dah start kenalkan diri dan terus terang pasal aku sakit. Diam- diam orang akan larikan diri. Berdasarkan pengalaman sebelum ni la.
Aku pernah bercinta lepas habis sekolah. Tapi dia berjodoh dengan orang lain lepas berkerjaya. Aku okay je, sebab aku soal hati ni, aku mintak dengan Allah. Kalau dia bukan jodoh, aku lepaskan dan doakan kebahagiaan dia.
Yang kedua pun macam tu jugak lebih kurang jalan cerita. Aku kenal masa tak ada apa-apa. Aku siap isi borang kerja, bagi semangat supaya lebih berkeyakinan. Bila dah dapat kerja, dia call aku cakap suruh cari orang lain nak kawin.
Sebab dia tak nak kawin lagi, dia nak balas jasa keluarga dulu dan cakap tak mampu nak tanggung perubatan aku. Hahahaha.
Aku okay je. Tak kisah. Aku tahu dia anak yang baik. Aku sokong dia bantu keluarga dan aku percaya, hidup ni pilihan, dia memilih untuk macam tu aku hormati tanpa pergaduhan dan paksaan. Macam aku cakap, hati tu Allah punya. Aku lepaskan. Aku dah cuba yang terbaik.
Tapi, kalau Allah kata tak ada jodoh, tak guna aku nak mengamukkan. Jadi aku lepaskan dan doakan kebahagiaan dia.
Dua-dua ex aku, aku masih berkawan baik. Dengan isteri dia pun aku kawan je. Asalkan tak kacau hidup aku kalau ada masalah rumahtangga. Aku okay je. Aku bukan jenis pendendam.
Setiap kali aku kenal orang, aku akan amalkan solat istikarah. Boleh dikatakan selalulah aku buat istikarah. Bukan apa, kadang-kadang istikarah ni bagi petunjuk untuk kehidupan harian aku.
Jadi soal jodoh bila aku buat istikarah, kalau aku tak berjodoh dengan orang tu. Aku masih rasional untuk menerima dan tak akan bersedih lama.
Sebab aku serahkan urusan hati tu pada Allah. Tapi bukan bagi 100 peratus aku ada cuba “usaha” untuk baiki dan pertahankan. Tapi bila keputusan tu tak mendatangkan apa-apa perubahan, aku akur dan terima dengan hati yang tenang.
Apa yang aku rasa sekarang, aku macam “down” dalam mencari jodoh. Aku takut setahun dua lagi aku give up. Aku memang okay. Tapi, dalam apa yang jadi dalam hidup aku, sedikit sebanyak memberi kesan.
Tipu la aku tak rasa sedih, tak rasa kecewa.. Aku manusia biasa. Macam yang aku cakap, aku cuma kena kuat.
Tapi aku percaya pada satu ayat ni yang aku semat dalam-dalam kat hati aku ” Allah ciptakan aku dan takdirkan aku begini, pasti Allah ada “plan” yang terbaik untuk aku, apa yang DIA cipta dan takdirkan tu bukan saje-saje.” tu lah ayat pujuk hati aku. Hahahaha.
Walaupun kadang-kadang aku rasa aku susah dapat jodoh atau “susah” sekarang ni sebab hubungan aku dengan mak aku tak macam orang lain.
Aku dah cuba baiki dan memenuhi apa yang mak aku nak dari aku tapi aku tak mampu lagi. Sumpah aku bukan nak mati dalam keadaan derhaka. Aku pun dah puas menangis. Tapi aku tahu, setiap ujian yang aku alami, untuk mendidik dan membentuk aku jadi yang lebih baik.
Oh ya.. Aku ada berkenan dekat seseorang ni, aku kenal masa keadaan emosi aku sangat tergangu, aku jumpa komen dia di page cari jodoh atau di page ni. Masa tu confession tu berkaitan dengan jodoh la jugak.
Masa tu aku tengah stress dan menagis. Bila aku baca komen dia aku rasa sejuk hati dan tenang. Hahahaha.
Jadi aku add friend, bukan sebab nak mengorat sebenarnya. Tapi Sebab aku tengok di wall dia ada jugak ilmu sedikit sebanyak yang aku boleh baca. Bila dah friend aku tersuka tanpa sengaja. Sebab aku rasa dia “melengkapi” aku. tapi aku tak yakin dan aku tak layak untuk dia.
Lagipun aku tak nak berharap dengan perkara yang belum pasti macam sebelum ni. Jadi aku hanya memerhati. Lagipun dia ramai peminat aku tengok. Hahaha. Jadi mungkin akan undur diri dan doa kebahagiaan dia dari kejauhan. Semoga dia jumpa jodoh yang melengkapi dia.
Mungkin aku jadi silent followers sajelah lepasni. Hahaha.
Dalam perancangan aku, buat masa sekarang, aku nak simpan duit, ada rezeki aku nak buat tempat untuk aku berlindung dan cari rezeki. Ye la aku tak mengharapkan jodoh tu. Aku dah serah pada Allah.
Kalau ada jodoh didunia ni, adalah la. Cuma aku harap aku dipermudahkan urusan kehidupan aku dan diberi perlindungan sebelum aku kembali kepada DIA.
Jadi wahai pembaca yang baik hati.. Boleh tak bagi aku semangat dan tips macammana nak bertindak cari jodoh yang melengkapi?
Atau apa-apa nasihat yang boleh aku guna pakai sesuai dengan kekurangaku. Supaya aku tak putus asa mencari jodoh dan tak putus asa dalam kehidupan… Hahahaha.. Maaf andai penulisan aku membosankan. Aku dah lama tak menulis.
– CIK SWEET (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit