Kucingku princess

Assalmualaikum semua..aku terdetik untuk menulis ini kerana aku lihat banyak kes penganiayaan pada kucing ini..aku nak cerita satu pengalaman yang aku lalui sendiri..
Pada tahun 2013,aku ada bela seekor kucing jalanan ni..nama dia princess..princess ni sangat manja..dia kalau nak makan mesti kena kunyahkan dulu..so kalau aku rajin aku kunyahkanlah untuk dia..lepas raya tahun 2013 tu,rumah aku ada bnyak kuih raya yang berlebihan..so sambil tengok tv ni aku makan lah kuih raya tu..kalau princess minta aku bagilah sikit..
Nak dijadikan cerita,esoknya aku ada test motor..aku ni x pandai bawak motor gear sebab aku naik skuter je..kalau berlatih pun aku guna 1 gear je..so petang sebelum test tu..sambil aku kunyahkan kuih raya untuk princess aku cakaplah dengan dia"sayang esok kita ada test motor,awak doakan kita lulus eh"..princess tu pandang aku dan dia mengeow seakan mengerti apa yang aku cakapkan..malam tu hujan lebat sangat sampai esok pagi..nasib baik masa aku test tu x hujan tapi banyak sangat lopak air..orang yang jaga tu suruh bawak perlahan-lahan..bila tiba giliran aku,aku nervous gila..takut x lulus sebab aku x pandai sangat bawak motor..ni pun terpaksa sebab nanti aku nak ambik degree kena bawak motor..bila orang tu panggil nama aku, aku pon pergilah..ramai yang ambik test tu pandang aku..masa dah mula tu tiba2 berlaku satu kejadian yang aku pasti aku xkan lulus punyalah..berlaku masa part yang brek mengejut tu..sedangkan turunkan kaki pun dianggap fail..tapi sorry aku x boleb cakap apa yang terjadi..tapi rasanya mungkin korang tahu kot..so lepas kejadian tu aku tolak motor aku ke penamat..dalam hati aku rasa sedih sangat..kalau nak repeat mana aku nak cari duit nak bayar..tapi masa ambil keputusan test tu,aku terkejut sangat aku lulus..aku tanyalah orang kat situ..dia kata sebab hujan semalam jadi dikira bukan salah aku..dalam hati aku bersyukur sangat..aku rasa aku lulus mungkin sebab doa princess kot..balik tu terus aku peluk princess kuat2..tapi sayangnya princess dah mati pada 2014..sehingga sekarang aku masih lagi sayang dan rindukan princess..jadi kepada orang yang suka menganiaya binatang tu berhati-hatilah anda..jangan sampai karma tu berbalik semula pada anda..

– Cik FR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *