Aku terbaca satu post yang di share oleh kawan aku. Heart shot terus. Menangis aku baca. Sambil baca tu otak aku ligat teringat semua kesalahan aku, ego aku. Aku selalu baca post dekat page ni pasal parents tak bertanggungjawab, tak solat la and etc. Aku pon tak terkecuali. Abah aku tak macam ayah orang lain. Dia tak pernah kisah hal rumah dan anak2. Belanja rumah, duit belajar anak2 semua mak aku tanggung. Ye semua dan ayah aku hanya bayar duit kereta dia sahaja. Selebihnya habis kemana pon tak tahu. Sememangnya gaji mak aku lagi tinggi dari ayah aku.
Dulu, masa kecik2 aku tak paham lagi. Tapi lepas masuk sekolah menengah, baru aku nampak semua. Aku ada 3 adik beradik dan gap umur kitorang dekat2. Jadi mak aku gigih la score periksa untuk naik pangkat. Mak aku cikgu. Abah jarang solat jugak dan sangat berkira dengan kami anak2 dan isteri. Tapi kalau dengan member, semua boleh. Mak aku tak boleh drive, jadi nak pergi mana2 ayah aku la kena drive. Hantar jemput mak aku dari sekolah, hantar aku dengan adik2 pergi sekolah. Masa abah still kerja, dia selalu la merungut pasal ni. Even nak keluar pergi bandar beli barang pon dia bising. Penah je dia suruh mak aku pergi bank jalan kaki, marah2 nak hantar aku balik hostel.
Mak aku punya iktiar nak abah berubah, dia bawak la kami satu family pergi umrah. Time ni abah memang buat perangai gila sampai dia boleh naik tangan kat mak aku. Nasib time tu ada adik aku. Punya la dia marah tak nak pegi. Abah pegi jugak sbb kitorang pegi dengan atok aku, dia agent jadi abah tak boleh la nak bangkang sangat. Duit tambang, beli barang umrah semua mak aku yang sedia. Abah tak campur langsung. Lepas balik, abah still sama. Marah2 dia makin menjadi2.
Start dari sini aku tak suka abah. Masa ni aku dah masuk uni. Paling aku tak boleh terima, abah boleh biar mak aku balik sekolah naik bas. Alasan dia sebab jauh, pagi je dia nak hantar. Padahal time ni dia dah pencen. Mak aku kena tukar sekolah yang jauh sikit dari rumah. Naik kereta ada la dlm 15 minit. Jadi kalau aku cuti sem, aku la yang jemput mak aku. Part paling sedih tu, tak de sorang pon cikgu sekolah tu tahu yang mak aku tu balik naik bas. Semua ingat mak aku ni berjemput berhantar sebab laki dh pencen. Sumpah aku tak tau mcm mna mak aku tahan. Orang luar nampak mcm semua abah aku la tanggung, padahal semua harta mak aku.
Lepas tu mak aku bwk pulak abah gi haji. Balik haji dia buat perangai lagi. Nangis mak aku dkt airport. Aku pon malu depan pak cik aku. Sumpah time tu, aku menahan diri je nak tengking abah dekat situ, tapi sbb ada pak cik aku je aku tahan. Tak suka aku dekat abah mmg dah sampai level benci time ni. Aku mmg dah tak boleh nak cakap elok2 dah dgn abah, so aku banyak senyap. Sbb tahu once aku cakap je mesti melawan punya lah. Aku tahu berdosa tapi sbb dah tak suka. Mak aku tahu anak2 makin jauh dari abah, sebab tu dia selalu pesan doa abah berubah. Sebab teruk mana pon dia, dia tetap abah. Tahan diri tu dari nak melawan. Tanggungjawab dia biar dia je berjawab dpn Allah nanti.
Lately ni, lepas mak aku pencen, mak aku bawak abah pergi umrah lagi sekali sbb dia dah nazar. Ada la perubahan. Dia dah rajin solat kat masjid. Lepas haji dia pegi jgk, tapi lompong la. Kalau anak2 balik cuti sem, kadang2 tu dia topup la duit belanja sikit. Dulu tak pernah hulur, sebab mak aku dah bagi. Kitorang pon mmg tak penah mintak dkt abah sebab malas nak dengar dia merungut. Abah pon dah rajin beli barang dapur, yg mana dah habis. Cuma nya dia still tak boleh tinggal habit lebihkan kawan2 dia tu. Aku dah sampai tahap malas nak layan. Apa abah nak buat, buat la. I admit aku ni jenis pendendam. Even, abah dah berubah sikit aku still tak bole nak lupa. Marah tu still ada. Aku cuba nak hilangkan marah tu. Tiap2 hari aku doa supaya Allah hilangkan marah aku pada abah. Dan hari ni, aku terbaca satu post yang betul2 terkena pada aku. Aku paste kan post tu kat bawah. Sori lah weh panjang berjela aku bebel. Aku cuma nak mintak yang tengah gigih baca ni doakan aku weh supaya hati aku lembut untuk maafkan abah.
=======================================================================================
Saya buka pintu bilik perlahan. Jengah separuh badan.
"Mak..dah tidur?"
Mak pandang. Mak faham. Mak cerita.
Mak ulang balik input yang mak dapat masa mak tengok TV; about this ulama' from Masjidil Haram.
He is so famous, his Quran recitations seluruh dunia download, jawatan tinggi sebagai imam Masjidil Haram. However he has a daughter who refused to cover her aurah.
Lagi best, that daughter jadi pelakon dan this ulama, of course dia terima banyak tekanan daripada banyak pihak sebab anak dia.
Bapa ulama = anak pelakon.
But what was his reaction?
"Alhamdulillah, syukur Allah bagi rezeki macam ni."
Dia sabar. Ulama tu sabar. Gila-gila punya sabar walaupun anak dia tu kira menconteng arang lah kat muka dia.
Sebab dia yakin dengan ayat Allah,
"Jika kamu bersyukur, maka akan Aku tambah nikmatKu padamu." (Surah Ibrahim: 7).
In the end, disebabkan keyakinan tu, his daughter went back home, went back to him, minta ampun, dan berubah.
Dugaan = bersyukur dengan dugaan = enter Surah Ibrahim ayat 7 = Allah tambah nikmat = anak dia berubah.
Masya Allah!
So bersyukurlah dengan dugaan, apa benda pun datang.
We think we have it bad? Others have it way worse.
Katalah study susah tahap nak hantuk kepala kat dinding, bersyukur at least you have the chance to study.
Katalah penat sangat kerja sampai burn out, then tetap kena syukur sebab at least masih mampu bertahan.Sampai tahap tu should be our integration of syukur dalam dugaan.
Dan jangan sekadar berdoa agar dijadikan orang yang sabar, tapi berdoa juga agar jadi orang yang bersyukur.
Sebab orang yang sabar menahan rasa, hati kita kadang-kadang terasa pedih – tetapi orang yang bersyukur, hati nya sentiasa lapang.
I asked mak,
"Then mak, bersyukur tak mak ada anak yang macam ni?"
sambil sengih dan buat muka pura-pura innocent.
Mak jawab,
"syukur..ada anak lagi..boleh teman mak.."
Aduh. Apasal lah aku tanya. Kan dah sayu hati dengar. Sebak pula.
Mak cakap lagi.
"Kena bersyukur. Macam mak tak sihat pun, bersyukur Allah bagi sakit . Ada orang sakit lagi teruk. Macam mana pun kena bersyukur."
Thank you, mak.
You're really my ninety megawatts sunshine.
Teringat pula kata-kata Dr Marsufah tempoh hari,
"Farah..Kalau kita dapat apa yang kita doakan selama ini, mungkin kita boleh syukur 1 kali, tapi kalau kita tak dapat apa yang kita nak kan seperti yang kita minta dalam doa, kita kena syukur 10 kali.."
"Eh?"
"Yang kita doa itu pilihan kita, Allah makbulkan. Tapi bila Allah tak bagi lagi,mungkin itu lah pilihan Allah yang terbaik untuk kita"
Jadi conclusion dia kat sini, whatever happens pun kena bersyukur. In good or bad, health or illness, happiness or sorrow, bersyukur. Sebab bila bersyukur, Allah tambahkan nikmat.
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An nahl:18)
by Nur Farah Ahmadi
– along
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit