DIKATA SAKA ALAMI BENDA PELIK

Tertarik dengan cerita Adik Abang yang dihantar di iiumc confession.Assalamualaikum semua.Terima kasih admin sebab approve penulisan yang entah pape kot ?? Mungkin bagi sesetengah orang yang tak pernah alami perkara mistik atau pelik ni,pasti akan rasa.
"Ala..tak percaya la.."
"Tu semua karut..merepek je.."
"Nak tarik perhatian la tu.."
Dan pape je la.Tapi bagi aku,ianya adalah mimpi ngeri dan hanya yang pernah mengalami akan tahu.
Diri ini start jadi camni ketika umur 16 tahun.Beberapa hari sebelum kematian ustazah aku,ada peristiwa pelik yang aku alami.Ada burung yang masuk berlegar legar dalam dorm asrama.Dan terdetik di hatiku ketika itu.."ada orang nak mati.." dan masa tu ustazah aku start koma tanpa aku tahu pun sebab aku pun masa tu demam.And then dalam masa seminggu,ada denyutan pada dahi dan sekitar mataku.Memang tak berhenti langsung dan tak sangka,selepas pemergian ustazah aku jugak,sampai aku lihat jenazah..baru denyutan pada dahi dan sekitar mata hilang.Kemuncak pada peristiwa seterusnya adalah pada masa aku berusia 19 tahun.Masa tu aku kerja (cuti sem) so masa tu banyak perkara yang terjadi.Aku memang tak boleh nak elak benda benda tu daripada terjadi.Mata kiri tak henti berdenyut dan hari tu berlaku 4 accident depan mata aku dekat tempat aku kerja! Aku hanya mampu zikir,istighfar sebab tak sanggup nak tengok lagi benda benda lain yang lebih dahsyat.

Dipendekkan cerita,masa aku umur 20 tahun,hari tu aku dan family di KL hantar adik ikuti kem dan kami menginap di hotel yang disediakan (pihak kem tanggung) dan petang tu aku sakit kepala teramat sangat so aku je lah yang duk tingkat 20 parent semua turun tinggal aku sensorang.Aku terpandang kat tingkap dan aku lihat banyak betul burung berlegar legar disekitar cermin tu dan zappp..terdetik kat hati aku..cam ada benda tak baik je akan berlaku.Huish.Istighfar panjang aku.Dan nak dijadikan citer..kami pulang pada esok harinya ke rumah dan otw nak balik tu hampir2 ayah aku nak terlanggar lori besar tapi mujur Allah masih selamatkan kami.Tapi hati aku masih tak sedap dan terbayang cam ada perkara buruk bakal berlaku.Aku pendekkan lagi citer..kami sampai menjelang maghrib di rumah.Malam tu..tup tup nak pi teman adik kat cc so kami satu family ( kecuali sorang adik laki tunggang moto tak ikut) dan masa nak turun tuh tetibe pintu rumah plak takleh kunci.Dah 4 orang try kunci pintu tapi tetap takleh.Aku dah start meremang.Cam ada benda nanti ni tapi aku tak cakap plak kan kat family aku.Dalam hati aku doa mintak dijauhkan.Lepas tu adik aku yang lain plak turun so pintu boleh la kunci.And kami teruskan perjalanan nak ke cc (cyber cafe).Masa kat simpang tu la..tak semena mena tiba tiba dummmmmmm..kereta yang kami naiki terlanggar dengan motosikal.Ya Allah.Kereta bahagian depan kemek terus dan kereta mulai berasap.Betul2 accident depan balai bomba.Aku cepat2 mintak family keluar kereta.Dan masa tu memang teruk.Aku sampai berdarah gigi.Adik ada terhantuk pada cermin.Ada yang sakit dada.Ramai plak orang duk kerumun kami dan jalan jadi sesak buat seketika.

Tahun yang sama aku alami sakit sakit badan.Memang demam panas.Berbisa bisa rasanya bagai ditusuk duri dan aku boleh rasa ada benda tak baik akan berlaku lagi.Malam yang sama,ada haiwan masuk ikut lubang bahagian dapur.Besar giler cherakah tu! Habis dibaling balingnya pinggan mangkuk kat dapur rumah aku.Kami yang duk dalam bilik ni,ada family yang tak tidur lagi yang duk ruang tamu memang ingat pencuri masuk rumah.Aku masa tu dah pegang phone nak dail no.polis kot..lastly abah aku pi dapur.Besar giler beb cherakah tu! Badan besar cam manusia.Darahnya kot atas lantai tompok2 kena kaca dan masa aku tengok cherakah tu…otomatik sakit badan bisa bisa aku hilang!

Banyak lagi berkaitan yang aku akan rasai kesakitan yang orang terdekat atau aku kenali tanggung.Dan sakit dada 3 malam berturut biasa akan ada saudara mara terdekat atau jauh meninggal dunia.Tu belum citer bab aku pernah mimpi berkaitan masa depan lagi! Petunjuk apa pun aku tak tau.Kadang bingung aku dibuatnya -,- Dan pernah juga lau duk berjauhan dengan family..aku boleh rasa ada benda tak baik berlaku.Ada satu hari tu..aku muntah2 tanpa sebab.Dan esok harinya masa aku ke kursus (tempat jauh) family bagitau aku ada dalam kalangan family tak sihat.Muntah2.Hm.Itulah citer aku

Wehh…aku tak larat nak taip panjang panjang.Banyak lagi sebenarnya tapi aku takut korang plak tak percaya kan.Lau aku pi berubat mana mana..orang kata aku ni ada saka.Ye lah.Aku ni anak sulung perempuan.Pi berubat kat lain..ada yang kata takde pape.Adeh.Sabor jela

– Cik Pesona

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

27 Comments

  1. Orang yang ade saka ni memang selalu dapat petanda awal kalau ade benda buruk nak jadi . Habis tu pegi berubat tak buang ke sakanya ? Pastu cherakah tu ape ?

  2. Klu btol ada saka p la usaha buang.x kira la benda baik atau x.x yah la trima.susah masa depan anak cucu nnt.klu nak brubat tu cr yg btol.jgn cr bomoh.kdg2 sakit makin teruk.so cr la ustaz atau pengamal perubatan islam.

  3. Saka atau sixth sense? Aku ade baca jugak pengalaman org sorang dua yg mngalami kejadian mcm ni. Diorg mcm dapat tanda awal sblum pape terjadi. Susah nak percaya. Tapi tak mustahil sebab berlaku pd bbrp individu. Aku nakkan juga penjelasan kenapa diorg boleh ada kebolehan mcm ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *