Jadi manusia jangan setan sangat okeh.

Assalamualaikum.Thank You admin sudi approve.

Masa sekolah rendah,aku selalu kena buli.Maklumlah badan aku gemok dulu.Lagi kaw kaw aku kena ejek bila aku semput time sukaneka.Memang takde kawan langsung,duduk belakang sekali sebab badan aku besar.

Ada orang kata aku busuk,jadi aku simpan duit sekolah tiga hari untuk beli perfume mahal (RM6 je padahal).Aku dah lama nak pakai perfume macam anak orang kaya ( nama dia Sara) tu bawak g sekolah.Esok nya aku pergi sekolah wangi wangi,lepastu aku kena tuduh curi curi pakai perfume Sara.Semua tak percaya aku .

Bila waktu rehat,aku selalu pergi toilet dulu sebab aku memang spesis kena buang air dulu sebelum makan.Satu hari tu,lepas aku basuh tangan kat sink..ada geng pow duit aku.Aku tak bagi la kan,aku lari keluar dari toilet sekuat hati.Diorang ketawakan aku."Woi tak hadap duit kau ah!". Lagi sorang cakap ,"Badak berlarii..badak berlariiii". JAHAT nye korang.

Naik sekolah menengah,badan aku masih gemok.Masa form 1,aku pernah kena belasah dengan 3 orang budak form 5.Bukan sebab duit,tapi sebab diorang ingat aku yang ngadu kat cikgu pasal diorang sap kok kat stor.Belasah tahap disiplin jelah,tak sampai kes polis.Tapi sakit sangat hati ni ngan tangan aku diorang pusing kuat kuat.Apa punya pempuan lah.
Memang bukan aku weh.Bukan aku.

Sampai lah aku habis sekolah.Aku nekad nak cantik.Sementara tunggu panggilan sambung study,aku kerja dua bulan.Dapat gaji,aku buat modal jual tudung letak brand aku sendiri.Ada lah jugak untung banyak,Alhamdulillah.Lepastu aku berhenti kerja lama,aku focus untuk penampilan aku.

Pagi aku jogging,tengahari aku tidur,petang aku jogging,malam aku tidur awal sebab esok pagi nak jogging lagi.Hari sabtu aku ada kelas silat hihi.Ahad,taekwando.Aku lawan nafsu makan.Dalam sebulan aku penat nak mampus rasa,akhirnya aku dapat body yang aku nak.

Aku anak yatim piatu,duduk dengan kakak aku lah (dia belum kahwin).Bisnes semua aku belajar dari dia.Tup tup lepas kurus,aku dapat tawaran sambung belajar kat sebuah universiti bukan UIA.

Aku jadi junior kepada budak form 5 yang pernah buli aku dulu dalam kos art.Kuat betul ikatan persahabatan diorang ni.Dalam dua bulan belajar,diorang dah ingat balik aku siapa sebab aku yang cerita.bongok kan hehe.

Then,kitorang berperang semula pasal jantan.Boyfriend akak tu nak kat aku,aku tak nak pun.Diorang komplot ngan 'adik angkat' diorang yang sama sem ngan aku untuk tahan aku kat satu bilik asrama kosong.

Betul aku berdebar.Aku sorang masa tu,depan aku ada 6 orang 'kak yong' ngan dua tiga orang adik angkat diorang.Memang set set gelanggang WWE.Sorang datang tarik tudung aku lepastu dia libas muka aku.Tak sempat aku nak kick ke elak ke.Merah mata kanan aku.Diorang ketawa kan.

Aku menangis lah takut. Tapi aku tau aku boleh,aku pun bukak bunga silat.Diorang ewah ewah kan aku.Tangan aku dah cakar harimau (aku acah je).Aku senyum lepas tu aku nyanyi nada lagu seharum bunga kata sambil pusing satu bilik kosong tu dengan joget joget maya karin. HAHHAAH.

"Kalau kau berani,satu lawan satu".Aku panjat atas meja kat penjuru.actually aku takut terkacau 'benda' kat bilik tu,tapi aku terpaksa.Aku pun baca ayat qursi dalam hati banyak banyak.

Diorang semua menjertit "lari sialll dia kena rasuk"."lari bodoh larii"."seram kimakk".Semua tinggalkan aku sorang kat bilik tu.Apa lagi aku pun lari keluar laa.Diorang ingat aku kejar diorang.Menjerit macam apa.

Aku lari masuk bilik tidur aku (roomate aku ada class).Selamat aku dari kena belasah.Aku cepat cepat baring kat katil bila dengar ramai datang ke bilik aku.

Aku terus berlakon,aku cakap "Jangan ganggu diaa! Akan ku ganggu keturunan mu andai kau mengganggu dia!".Diorang yang nak belasah aku tadi semua terkejut,siap ada yang nangis nangis..Ustazah aku kenal aku.Dia tau aku berlakon.Tapi dia layan je.

Sejak lakonan terbaik aku tu,diorang tak usik aku dah.Kawan pun hilang sebab takut 'hantu' aku.Hmm bertahanlah hidup lonely kat U sampai habis belajar.

Sekarang aku dah ada dua anak pun.Apa aku nak cakap kat sini jadi manusia jangan setan sangat okeh..

– Budak gemok

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

150 Comments

  1. Ya Allah..cerita awal awal tu, kesiann, kena buli dari kecik. Sampai bwk ke besar. Tp part akhir kelakar pulak. Hehe. Bijakk, idea berlakon , akhirnya dpt lepaskan diri. =D .All the best author

  2. hahaha lawak dol.. aku ingt success story ke ape… perniagaan berkembang.. muka cun.. sdg mencari jodoh.. rupa2nya dah kawin anak dua.ko blh jd kakhasanah versi lucu kikiki

  3. Hahaha..can feel u sis..mmg rmai yg jd setan pn…suka sgt kutuk2 kkurangan org len..acah2 die tu ratu cntik dunia..tp klu ratu cntik sekalipun..mulut ko cm bangkai,xguna derrr….meluat gila arhhh..

  4. Sama la xde kwn smpi la form 3…penah kena hina sbb gemuk bdn bau bagai…tp tu masa kecik la..aku pn x pasan bdn aku ada bau sbb form 1 kot time tu br nk dewasa pas tu dh pandai deodorant ok je xde bau…

    Penah kwn yg aku anggap kwn baik rupanya x suka kwn ngan aku siap rancang ngan kwn2 lain call aku n ckp mcm2 kt aku…aku ingat lg sapa orgnya n die pn ada dlm friendlist fb aku skang.

    Tp syukur la masa form 3 jmpa bff aku skang Monie Mohd n Diana Hani yg trima aku seadanya..tq korang ber2 sbb jadi kwn sejati aku…syg korang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *