Pilihlah bidang belajar berdasarkan minat.

Akhir akhir ni makin kerap orang kongsi pasal susahnya cari kerja. Ada yang pointer rendah, ada yang tak pandai communicate, dan paling sedih ada yang tak pandai buat kerja bila dah diterima berkerja. Meh sini aku cerita pengalaman aku sendiri pelan pelan kerja dalam bidang IT syarikat swasta. Gaji pun dah jejak 5 angka lepas 10 tahun kerja.

Nak pendekkan cerita, aku ni pemalas tapi pandai. SPM tahun 97 dapat 7A. Zaman tu, result macam tu, kalau nak mintak course apa apa pun kat IPTA confirm dapat.

Aku minat sangat bidang IT tapi atas desakan keluarga aku mohon course kejuruteraan (mekanikal atau elektrik atau civil. maleh bagi details nanti ada family yang terasa pulak).

So, macam yang dah dibayangkan kat tajuk cerita ni aku sebenarnya sangat tak minat course yang aku apply tu. Akibatnya, aku banyak tangguh pengajian dan extend belajar sampailah akhirnya berjaya grad dengan CGPA 2.08.

Apa aku buat sepanjang tempoh tu sampai grad cukup makan je? Aku baca buku cerita mat saleh la, study IT la (syok sendiri je), lepak mamak la. Dah kata tak minat bidang kan? Ooh, yang baca buku cerita mat saleh tu aku bangga sikit. Dari cakap English berterabur aku berjaya capai tahap penguasaan sampai orang sangka aku ni lulusan luar negara. Masa pergi bercuti kat Melbourne tahun lepas orang kedai sana ingat aku 2nd generation immigrant. haha.

Balik ke cerita utama. Cuba bayangkan, aku fresh graduate dengan CGPA yang memalukan, nak cari kerja. Confirm tak dapat kan? Hantar resume merata, langsung tak dilayan. Lepas beberapa bulan, aku cuba nasib terjah career fair kat satu IPTA ni. Kebetulan aku sampai awal gila, orang tak ramai. Interviewer yang kebosanan ajak la masuk interview. Dia kata at least nanti dapat pengalaman menjawab interview.

Tuhan memang nak tolong aku, ada 2 Interviewer kebosanan. Sorang bidang Engineering, sorang lagi lagi bidang IT. Syarikat MNC, so diorang terus mulakan dalam bahasa Inggeris. Nampak la diorang berdua agak impressed bila aku yakin je jawab soalan2 diorang dari dua bidang berbeza dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Bila tak reti jawab soalan teknikal engineering, aku terus terang kata tak tahu. Takde kelam kabut nak goreng jawapan. Soalan IT je yang banyak aku jawab dengan betul.

Nak pendekkan cerita lagi, hari tu aku dapat offer kerja dari Interviewer IT. Gaji permulaan 2.5k, standard freshie zaman tu. Syukur sangat.

Disebabkan aku memang minat, kerja2 kat situ jadi senang je aku laksanakan. Aku juga tak segan mintak join projek yang guna teknologi baru / bahasa programming baru. Maklumlah, bidang IT ni sentiasa berubah. Dari C ke C++, kemudian Perl / Bash / Python, sambil tu study sendiri js & php sebab minat. Dalam masa 5 tahun je aku nyer skillset dah capai tahap senior engineer.

Lupa nak citer, bidang swasta ni kalau nak cepat naik gaji kena rajin lompat tiap 2 ke 3 tahun. Tempoh tu kira sweet spot la sebab by the 2nd year patutnya dah masak dengan teknologi yang syarikat lama tu gunakan. Berani la masukkan dalam resume as Intermediate level.

So…kesimpulan?

1. Aku kerja bidang yang langsung tak pakai benda2 yang aku belajar kat IPTA dulu. Buang masa je. Kenapa? Sebab tak minat, maka aku jadi tak cekap dalam bidang tu. Mana2 MNC pun tak hingin la panggil interview bila tengok pointer cukup makan je. So… mintaklah course yang kita minat, mmkay?

2. Pointer rendah tak menjadi masalah lepas dah 2 tahun kerja. Senang je dipanggil interview bila dalam resume ada beberapa skill yang diorang nak pada level intermediate or master. Of course, dalam bidang IT diorang akan bagi exam ikut apa yang kita claim dalam resume tapi kalau korang jujur dan memang minat, exam2 tu jadi kacang je. In fact, syarikat MNC ke-4 aku join lebih separuh soalan aku jawab "My apologies, I've never used Perl before". Tapi aku still masukkan Psuedo-code untuk buktikan aku faham logic yang diperlukan untuk selesaikan soalan tu dengan betul.

3. Bahasa inggeris tu penting. Tak perlu pergi kelas mahal2. Pergi je pinjam kat perpustakaan sekolah / IPTA. Ada satu tahun tu, kad pinjaman aku catatkan 150+ buku dipinjam dalam tempoh setahun. Novel tebal2 tau. Tak main le buku nipis. Skill dapat PERCUMA je. Tapi zaman sekarang susah sikit la sebab masa kita banyak habis kat FB dan sebagainya. Ni pun dah 3 bulan tak habis2 lagi baca buku nipis kanak2 bahasa Spanish. haha.

4. Patutnya ni nombor 1. Banyakkan berdoa. Katakan tuhan tak hantar Interviewer IT tu masuk sekali masa first interview dulu. Rasanya tak dapat masuk MNC as first job. Entah2 dah give up dan masuk bidang banking or apply KPLI. Pastu disebabkan tak minat, tak boleh nak excel kerja dan jiwa kacau.

Dah lah. Tak pandai pun mengarang. Selalunya coding je kat ofis. Lately ni ada rasa nak apply kerja luar negara. Australia kot. Rasa konfiden je sebab skillset dah tinggi dan langsung tiada masalah bahasa. Tengoklah rezeki camana.

– abam kampung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Abam..aku setuju byk point ko bam. Tapi, aku lg tercampak jauh bidang. Dri legal..skrg aku in charge information security. Wakakaka. Dan plan nak amik safety officer course.

    Sbb bila dh kerja..barulah aku nampak byk gila cabang kerja yg aku x prnah tau n explore ms kekecik dlu. To adik2 smua, explore segla jenis bidang kerja yg wujud dlm dunia ni..study bidang2 tu..gaji dia..enjoyment dia..supaya nnti x nyesal.

    • Kerja dgn rnd pon stress jugak. Suruh buat tool dlm masa yg hampir x masuk akal. Pastu bila buat, tetiba x jd pki lak. pastu kena tibai dgn akaun sbb bajet melebih pulak. Increment susah dpt sbb kpi asek kelaut je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *