bohong..kahwin tak pandang rupa!

Assalamualaikum semua..thank admin approve.

Korang semua pernah tgk x komik2 kat fb yg kata lelaki ni kawen tak tgk rupa?
Aku just nak bagitahu kalian JANGAN percaya.

Kahwin dan melihat rupa satu aspek yang tak boleh di pisahkn langsung. Baik mana pun kau tudung labuh besar mana pun serban tinggi mana pun kalau tak de rupa susah orang nk terima kita as pasangan hidup.

Rupa is the first expectation. Muka cantik mulus handsome badan kurus sado cepat lar kau kahwin. Kau belajar tinggi mana pun rupa tetap jadi pilihan pertama.

Aku baru sahaja direject sebab gemuk.haha nak buat mcm mana. Just anggap tak de rezeki lar. Cuma kesian kat mak aku penat2 dia cari try kenen2kn last kene reject bulat sebab gemuk.

Aku ni bukan gemuk sgt pn. Tak de pn gelebeh sampai jalan mcm sumo.xde. aku just tinggi n besar n padat.hahaha.
Macam tu kene reject bulat2 kot.takde berkias-kias..haha

Bukan nak cakap apa, rmai lagi orang yang kat luar sana lagi remaja2 budak2 uni yg gemuk yg melampau2. Aku just nal bagi nasihat kat korang try jaga makan dari skrg. Exercise.

Aku as saudara semuslim aku mohon gadis2 teruna2 yang badan besar kita kuruskan badan kita sama2. Pedih wei kene reject bulat2. Aku kesian kat mak aku sbb dapat aku yg gemuk susah utk dia kenen2kn. Mama, akak minta maaf sgt2

Akak tekad nak kurus nie. Serious. Demi mama. Tak sanggup tgk mama sedih.

korang nak buat mak korang sedih jugak ke? Nangis x berlagu nanti.

Ingat pesanan aku RUPA SGT PENTING.

Thank you.

– chubby

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

198 Comments

  1. betul sgt.. tp yg lelaki pun kenalah sado jugak…jgn hrpkan pompuan je cantik.. ye dok…ni nak hebat mcm model tp diri sndiri ntah apa2…manusia…manusia…

  2. Ye, especially perempuan. Lepas tu ayat2, jadi la diri sendiri tu tak berapa releven. Perempuan macam mana pun kena sopan lembut, kena paksa diri ada ciri-ciri keibuan.

    Rupa, badan dan personaliti. Dalam hati tu sebenarnya belakang kira.

  3. Gemuk bukan rupa.tu kuat makan.lain la klau muka tak cantik..(sbnrnya smua manusia cantik).sbb kecantikan satu pkara y . subjektif…badan besar boleh ubah..klau muka ye .xle ubah..exercise malas.makan tido…bg aku ..x cntik xpe..hati mesti mau baik..ni asyik bgaduh je hari hari..hati bikin panas..kalau d takdirkan aku kawin ngn pmpuan gemuk aku x kisah…tp aku akn pastikan stiap pagi kena panjat gunung smpai kurus… * nota kaki* org gemuk yg jd kurus kbiasaan nya berubah jadi cantik gile.. ok bai..

  4. akak rasa rupa ngn fizikal lain, yang adik cakap ni fizikal, kawan akak ramai yg chubby bila kurus cantik sangat, sebenarnya think positive, jaga badan untuk kesihatan bukan sebab reject ke ape. ade je orang chubby kawin je, betul, tapi yela ujian setiap orang brebeza, pape pun satu masa ade orang terima kita seadanya. jangan kita cari yang hensem2 sgt mmg la kena reject, berpadanan la gitu. Terima orang yang syg kita, :)

  5. Just nak share tips:- 1- set reasonable target. biar lambat janji konsisten. 2- Know your body, then plan your diet. mcm saya kalau makan berat lebih sekali/hari confirm akan naik, so sy mkan berat sekali sehari je. (kadang2 terlajak jugak, lols) 3- Banyakkan berjalan, cuba setiap hari jln 40minit (sy consider nie exercise sy). 4- Jaga portion makanan, setiap hari awak cuba kurangkan portion makanan awak sampai awak dpt small portion that enough for your tummy. Saya guna pinggan kecik. sampai kena perli la dgn family. hehehehe..5- Jangan lupa pantau berat badan. 3 hari sekali check. P/s: Jgn lupa betulkan niat, nk kurangkan berat badan sebab nak sihat.

  6. Yes! Lelaki pandang rupa.

    Kaum lelaki selalu diperli memandang rupa. Sedangkan kaum wanita tak kurang perangainya.

    Apabila ditolak, mulalah kata semua pandang rupa. Sedangkan jodoh itu telah ditetapkan. Kamu bukan terbaik untuk dia.

    Bukan semua mampu lihat kecantikan yg ada pada dirimu. Hanya mata yg tetentu dan org tertentu sahaja. The only one. Itulah JODOHMU.

    So jgn jdi stereotype sngt

  7. Tbh kalau overweight/obese managed your body. But apa yang penting learn to love yourself. Mungkin Dia bukan jodoh awak. InsyaAllah the right one will come.

    P/s: akak pun bujang lagi dik kihkih

  8. Mcm stuju mcm xstuju…sbb ad je kwn yg sesize dh kawen, bhgia je..Ad kwn yg Bak model, still single… N ad jgk yg lawa tp jodoh xpnjang, asyik bercerai je… Sebenarnya, semua dh Allah tentukan… Jgn sekali2 menafikan ketentuan Allah, bersangka baik dgn Allah…,☺

    • Tapi being overweight juga bukan sunnah Nabi. Believe me, weight management has very big impact in our life. Bukan sekadar untuk mata orang lain yg melihat, tetapi yg paling penting ialah untuk diri kita sendiri membawanya. Tubuh badan kita ni nak pakai lama, jadi jagalah ia sebaiknya, demi kesihatan, kemudahan beribadah serta our own monetary benefit.

    • Mksud sy kt sini…klu org tu x boleh accept u the way u are, just walk away. Mmg wt management pnting, tpi hidup kita bukan setakat nak memenuhi other people’s expectations. It is beyond that. Just walk away from him and love yourself more, do what u want to do. Eventually all other things will fall into places..

  9. Laki tak hensem biasanya nk tekel pmpuan cantik ni dia akan bg ayat2 sedih, simpati dan kesian, banyak pmpuan yg terjatuh dgn cara tu, tp ada ke pmpuan tak cantik tekel lelaki hensem bg ayat2 kesian dan simpati, cuba tgk kaedah ni harap2 dapatlah jodoh laki kacak amin.

  10. Cantik itu subjective..smua org ada citarasa sendiri.sbbtu Allah ciptakan manusia yg berbagai rupa..klau cmto baik smua manusia jd patung silicon..serupa jee muka semua org

  11. Tak semua laki macam tu la. Kalau semua laki jenis memilih pada rupa, maka yang hodoh gemuk gedempol tu tak laa kawen kawen. Sebab sorang saja yang reject, katakan semua laki macam tu. Memang berat sebelah sungguh. Perempuan pun 2×5 gak perangai. Memilih. Nak yang hensem ja. Hahaiii… dia reject kau bukan sebab kau hodoh or whatever.. tapi sebab kau tu bukan jodoh dia mungkin. Tak menggeletar sampai menggelupur bila nampak kau. Hmm.. apa pun, sentiasa positif. Semoga berjaya dalam diet kau.

  12. lelaki memandang permpuan mungkin rupa paras wajah bentuk badan dan etc2 .. tapi perempuan memndang laki only duit money duit.. kalau bonus laki tu hensem dan sado..

    p/s xsemua memandang camtu.. tapi y pasti lebih 50 persen macam tu..

  13. Sorang tu je pn yg rejek sis..maknanya Allah nk bg yg lbh baik utk sis..yg blh terima sis seadanya..bkn sbb rupa ke apa ke..kan dh nmpk hikmahnya skrg..sis dh mula nk berubah jd lbh baik kan…alhmdllh…

  14. Itu bukan jodoh… Bila jodoh dah sampai (ikhtiar kene buat)… Hang gemuk ker… Hang kurus ker… Hang tetap akan nikah… Jadi diri sendiri…

  15. Eleh..kwn2 aku ade je yg lawa, kurus, langsing x kawen. Aku yg gemoks comel ni ade jw org nak tp after few series of unfortunate event la.haha..ala, ko gemok ke kurus ke, ade je org yg blh terima tp ko tu jgn la memilih sgt..asalkn sygkn ko, ikhlas terima ko seadanya tu ckupla.jgn la nk kaye rye cam putera raja.dun give up, trskan mencari..insyaallah, jumpe kalo dh tertulis x kire la ko gemok ke kurus.

  16. xpelah kau nak kurus kan badan sebab xnak kena reject ke, sebab nak sihat ke, asal kau ada semangat nak kurus, teruskan.. aku dah berjaya hilang 20kg wakakaka.. usaha tangga kejayaan.. nak kurus kena ada target

  17. Ade je lelaki yg suke bdn mcm sis.yg pntg siht dlmn dn luaran.bkn sume laki ske ppuan keding keremping mcm papan kayu,atau bdn kerengga ala2 model majalah.klu berat sesuai dgn ketinggian sis,pon da kira ok.xperlu kurus sgt tuk org lain sukakn kita.just be yourself dn amlkn pemknn yg siht.

  18. Hurm..xsemua laki cmtu.aku yg gemuk & serba serbi kurang ni pn ade je org terima..walaupun terpaksa dengar buah mulut berbau longkang drpd org sekeliling aku sbb saiz fizikal aku dan suami yg ibarat langit dan bumi..sblm aku kawen, org2 duk kate xde org nk dkt aku sbb aku gemuk..bile dh kawen, 1st raye aku belum peknen lg..org2 duk kata aku xleh peknen sbb gemuk..skrg anak dh setahun..raye ni nk dgr ape plak dorg nk cakap kt aku…
    The point is: xsemua lelaki tu sama..mmg aku penah kena dump sbb saiz fizikal..tp tu xbermakna semua lelaki sama. Bertabahlah & sayang diri sendiri. Berharap pd kasih Allah. InsyaAllah, akn ade jodoh yg lbh baik utk kau nti..

  19. Cantik tu subjektif. Bak kata kawan saya ada lelaki suka perempuan mcm teddy bear ada yg suka yg mcm barbie doll. Yg penting akhlak kena jaga. Hubungan dgn Allah pun kena jaga. Jodoh ni mmg urusan Allah tp dlm masa yang sama kita pun kena berusaha juga. Doa banyak2 insyaAllah klu ada jodoh tu x kemana nya.
    #sayapungemukjuga

  20. Takdelah. Tu semua jodoh. Maknanye jodoh adik blom dtg lg lah tu…jgn terlalu merendah diri ye dik huhuhuhu…yg penting hati kita baik. Selalu berdoa supaya dtg jodoh yg tbaik utk kita.

  21. hee..sy ade pndapat yg belainan..maaf la..cume nk bgtau..akan ade seorg manusia yg allah da jodohkn utk kita yg akn terima kita seadanya..betul kene reject tu pedih..tp sabarla..perancangan Allah sgt cantik..tabahla sis ye..akk sy pun berisi..alhamdulillah da kawen n hepi skrg..:)

  22. Tak masalahnya sekarang ni kalau si dia tu memang jodoh hang, Allah akan bukak mata hati hang so that hang akan nampak dia cantik/hensem. Kalau hensem/cantik lagumana pon, tapi dah kalau Allah kata bukan jodoh hang, memang huduh jugak hang dok nampak orang tu. Paham dak? Sekian ✌

  23. kene reject mmg pedih weyh…hahahaha…tp jgn lh mrendah diri sdr mcm tu…kdg2 mungkin apa yg d cari xada pada diri kita…mgkin jgk kecantikan yg d cari..xada pada kita…so…move on…jodoh kita Allah dh tetap lah…so dun worry…cantik itu subjektif….

  24. hahaa, even aku yg dulu gelebeh pon diet beb. dah 5 bulan stop makan nasi. alhamdulillah doe, pinggang seluar aku pon skank ni londeh gila, kalo dulu letak henset dlam poket, susah gila nak angkat kaki. skank, nah kau, bole jadi atlet bai gimnastik bai aku. hukhuk. aku diet bukan sebab nak rupa, tapi sebab aku nak tanak control makan aku pas kurus. gemuk semula, diet lagi. hukhuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *