Kalaulah aku dapat cekik orang….

Assalamualaikum,Terima kasih kepada admin sebab approve confession aku. Aku bukanlah pelajar UIA. Aku pelajar UiTM. Aku belajar dalam bidang chemistry. Pure Chemistry. Bukan chemical engineering tapi Pure Chemistry. Semuanya theory sahaja. Tapi theory pun ingat senang ke? Aku bercita-cita nak jadi Ahli Kimia lepas aku tengok surat khabar masa aku darjah 5, "Malaysia kekurangan Ahli Kimia". Alhamdulillah aku dapat capai impian aku cuma belum graduate lagi.

Aku faham sangat perasaan confessor yg confess pasal course pertanian tu. Aku pun kena benda sama sebab semua org fikir yang aku ni takdak sinar nak dibandingkan dengan chemical engineering. Nampaklah mereka itu akan jadi engineer at least. 3 tahun yang lepas masa aku isi upu, chemistry ni aku letak jd pilihan no 1. Masa tu suka gila lah. Sebab aku lagi sikit je nak grab jadi Ahli Kimia Malaysia. tah mcm mana tah, perasaan merudum sikit bila one of my makciks cakap "Kenapa nak kimia? Senang ke dapat kerja? Belajar apa? Lain kali pilihlah yg specific sikit. Isi upu tu cuba pilih betul2". Masa tu kan aku terfikir, kenapalah aku lupa nak gunting surat khabar tu dekat mkcik aku dan tunjuk impian aku? Dulu masa aku lepas SPM, aku dpt course x-ray (Diploma) tu pun tak sokong aku. Cakap susah dpt kerja. Aku pun terpaksalah pilih matrik. Tapi cubalah sokong aku untuk aku teruskan degree ni. tu yang rasa nak cekik je makcik aku tu.

Sampaaaaaai skrg org tanya aku mcmtu. Tak sangka kawan2 aku pun kena jugak mcm aku. Serius rasa nak cekik orang. Tanpa kimia, tayar kereta tak wujud. Tanpa kimia jugak, kereta tak wujud, tanpa kimia, tak wujud lampu kat rumah tu ha. Semua tak nampak kan apa benda budak ni tanpa kimia, tayar tarak . tapi theoretically kami salah seorang pencipta tayar, cuma proses tayar kami pass la kat org lain. Kereta (body kereta), theoretically kami salah seorang penyumbang idea. Tapi part nak pasang body tu, kami pass lah kat abang mechanical engineering. Tanpa kimia jugak, makcik2 pun tak boleh lah nak beli pinggang mangkuk bebas cukai dekat Langkawi tu. Kami pun salah sorang ahli pembuat pinggan mangkuk makcik. Ketahanan pinggan mangkuk, tahap keretakan apa semua tu kami pun salah sorang yg tolong perah idea nak bagi makcik2 selamat bila gunakan pinggan mangkuk. Tapi bab bentuk pinggan mangkuk, bab ukir mengukir kami serahkan kepada yang mahir. Aku pernah tau berfikir aku dah graduate nanti aku takkan tolong negara sendiri sebakan persepsi orang terhadap bidang kimia. Biar aku majukan bidang kimia kat negara orang. Geram tau.

takpe taktahu dan bertanya, tapi cuba tanya dengan penuh minat supaya kami boleh explain dengan gembira tapi bukan tanya dengan penuh kesindiran macam chemistry ni senang alah setakat hafal periodic table (jadual berkala). Takpe jgn risau sampai sekarang pun aku tak hafal semuanya sebab susah. Kahkah. Semua orang ada kepakaran masing2 kan. Sepatutnya kita kenalah sokong sesama sendiri supaya kita boleh sama maju dengan negara lain. Doakanlah kami yang amik bidang chemistry ni berjaya dan dapat harumkan nama negara dalam bidang kimia. Panjang sangat ni. Bosan nanti orang baca. Terima kasih.

– -si pembuat tayar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

30 Comments

  1. All da best.. Chemist mmg perlu dalam manufacturing.. Tp biasanya in low volume.. Sy berharap kamu bleh buktikan cita2 kamu tu.. Mcm kat kilang sy kerja dl, most formula dari japang.. Kita ikut je.. Hope lps ni, kita akan dpt hasilkn produk yg lg baik dari negara2 luar..tp apa yg sy respek, kamu mmg da ada cita2 dari kecil lg..

  2. Hi confessor! Saya adalah salah seorang ahli kimia dalam malaysia ni. Sape kata ahli kimia takde masa depan yang baik? Yang penting belajar rajin2 dan abis belajar apply la company yang top2 okay. Silap2 gaji anda nnti lagi tinggi dari engineer yang kerja di company biasa.

  3. Sy nak sgt kos kimia waktu isi upu. Malangnya 1 cos upu pun sy tak dpt. Sedih sgt tp alhamdulilah sy dpt enroll pharmacy di private university. Buat confessor, sy yakin awk akN jd org berjaya nnt☺

  4. Bukan kimia je dipandang rendah, aku yg minat graphic/multimedia ni pon dipandang hina. Masa tingkatan 5 kawan aku tnya nnt masuk u ambik apa? Aku dgn smgtnya ckp graphics/multimedia. Patu dia kata ada keje ke? Dgn reaction dan nada yg menyindir. Aku sabar lg.

    Ramai yg xtau graphics/multimedia ni utk apa. Yg dorg pikir just lukis.
    Parents aku pon xtau. Dorg ingat lukis katun lukis katun lukis katun. Tp xpa la dorg org tua, x kesah la, bila diterangkan elok2 baru dorg paham (sikit).

    Dah masuk blaja pon org tnya ambik kos apa? Aku ckp multimedia. Dia kata kos tu kena buat apa? Lukis katun je? Aku rasa agak offended lg. Bukan apa, mmg btul apa dorg ckp tp sbb bila org cakap “lukis katun je” bunyik mcm “duh? Tu je? Keje utk budak2, Buat tu je? Xde manfaat, pekebenda tu?, bukan something yg wow sgt pon, nak keje apa dgn bnda tu? Brapa je gaji dpt? Xkan nak keje tu je?, graphic lukis kat tepi jalan tu ea? krik2”

    Kdg2 rasa nak je ckp kat org yg pandang seblah mata kat kos ni bahawa tanpa graphics/multimedia xde la nak bantu org2 bisnes nak promote brg dorg buat poster yg attractive, buat iklan gempak2 bg products dorg nmpk wow, buat logo bg brand nmpk mahal and high standards, edit movie, buat movie lebih gempak dgn cgi, buat kartun bg anak2 korg seronok tgk, buat komik hiburkan hati, berdakwah, design interface, designkan web, design products, bla3 and byk lagi.

    Semuanya utk seronokkan org, memudahkan dan membantu org. Mengutuk tp x sedar yg dok tgk tv tu multimedia jugak.

    So conclusion, lantak pi kat dorg nak kata apa, ckp byk cuba buat tgk. Dulu aku pon pikir nak keje kat luar negara sbb dorg appreciate art and budak art. Biar org kata asalkan kita suka ngan apa yg kita buat, kita ada passion. Even kena struggle pon tp worth it sbb kita minat. Nak keje pon seronok.

    • Mindset melesian
      Katun=budak2
      Industri kreatif dipandang rendah
      Tpi bila omputih wat katun gedik2 pg tgk pg puji
      Aku multimedia gak..tpi slalu org salah anggap sama dgn it
      Tpi ada jugak budak2 kos lain pandang rendah..coth programmer..die igt main grapik main gambar je ..die igt senang la kut…lgpun die igt multimedia xde blaja programming gamaknye

      Pada aku melesian masih ketinggalan mindset…sbbtu dulu2 bnyk cina ambek kos2 mcmni..tpi skarang pelan2 org celik..kalau ada jugak xpaham kesiankan je lah diorang

    • Indeed. Luar negara appreciate art dgn budak2 art. Kat sini anggap org suka melukis ni mcm budak x matang je. Dr sekolah lagi budak aliran seni org x pandang. Typical malayyy redha jelaa

    • Sistem kasta melebih2kan gred paper teori dari kecik

      Kesan die budak2 seni,sastera,vokasional dgn lain2=budak2 bodo
      Dok kelas bawah

  5. Ola confessor. Aku pun spesies kau, minat chemist. Tp jiwa aku terarah kpd dunia motivasi dn Kaunseling. Lalu aku study la bidang yg jiwa aku nak. Bagi aku, buat apa yg kita minat tu sbgai bidang pekerjaan kita. Fuuu ~ bab nak cekik macik kau tu. Serious. Tayah nk dilayankan macik yg gitu . hmm. Kau hdupla utk diri kau. Hidup utk cari redha Allah. Okay?

  6. Aku dulu best student kimia masa form 5. Syukur alhamdulilah minat bidang ni. Masuk kimia tulen sekejap, pastu tukar course sbb masa tu prospek kerjaya kimia terhad. Cikgu, lecturer dan pegawai sains.

  7. Siapa kata bidang kimia tak penting? sebab ramai anggap lekeh, maka langsung tak tahu apa2 pasal kimia.

    Bila orang jual produk cakap produk diorang bebas bahan kimia. berdesup2 la ummah membeli. sebab dalam mentaliti diorang (termasuk aku sekali la kot sebab aku bukan chemist) perkataan kimia tu sesuatu yang hazardous.

    padahal ape benda je dalam dunia ni tak de bahan kimia? orang ingat perkataan kimia je boleh buat kulit melecur, otak cacat.

  8. Relax je. Ak ni haaa amek Degree in Welding and Quality Inspection orang ingatkan ak amek course welding pagar rumah hahaha. Relax je. Mentality gini memang kena biar je hahaha

    • Anis Habibah Zulkeply ada banyak cabang. Basically lepas abes Degree boleh amek certification dari TWI dan sengkatan untuk specialise dalam certain part of the industry. Contohnya, ada yang amek cert berkenaan dengan Non Destructive Testing macam Radiographic Inspection, Ultrasonic Inspection dan so on. So basically ada banyak cabang dari Welding Inspector sampailah ke Welding Engineer

  9. Ermmm… aq rasa.. bkn bidang kimia je.. semua bidang.. persepsi melayu..yg nampak bidang engineering, doc n lagi satu keje kerajaan.. sikit2 ckp mohon la keje kerajaan senang hidup…ingt mohon cam tu terus dpt agaknya.. biasanya makcik2 ni mulut x de insurance.. parent sendiri relax je.. dia plak lebih2.. jaga la sana anak hang..tgok jadi ape nnt.. huh.. aq plak yg geram.. abis pahala puasa aq.. aishhh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *