Struggle Seorang Lelaki: Keluarga, Cita-Cita & Cinta

Assalamualaikum. Terdetik untuk aku kongsikan apa yg aku struggle sekarang ni. Harap kawan-kawan yg baca boleh bagi respond tak kisah membina ke mengutuk ke. Aku terima saje.

Aku berkawan dengan seorang wanita ni, lama dah. Sebab lama sangat berkawan, dia pun nak lah jugak ada at least ikatan between kitorang ni. Tapi tu lah, aku belum mampu. Aku struggle sekarang sbb aku sambung master direct after habis degree. Yang berkait juga dengan cita-cita aku dan juga harapan family aku nk aku achieve highest education level. Mak bapak aku siap pesan kalau nak kawen tunggu kerja setahun dua dulu. Dan benda tu jugak aku cakap dekat perempuan ni. At least 3 tahun baru aku boleh nak pegi melamar dia.

Dan dia pun dah buat keputusan, dia terpaksa pergi even sebelum tu dia dah janji, cakap dah malas nak kenal & start over dgn orang lain. Sbb masing-masing bukan awal remaja lagi. Terkontang-kanting aku dibuatnya. Aku ada juga buat kerja part time sementara belajar utk cover hidup sbb mak ayah aku tak macam family dia allocate tiap-tiap bulan walaupun dia dah bekerja sekarang.

Aku buntu lah jugak, sbb aku expect dia boleh ikut sama struggle dgn aku, tp dgn jujur dia cakap yg dia perlu cari lelaki stable. Aku sampaikan meronta-ronta fikir nak quit je master masa awal-awal dulu sbb nak kerja dan kumpul duit nak kahwin.

Sampai satu tahap disebabkan kitorang ni dah kawan lama, mak dia contact aku dan tanya kan sama ada aku serius ke tak dgn anak dia. Aku terus terang cakap, aku betul2 ikhlas, kalau tak takkan lah sampai skrg aku keep berkawan dgn anak dia. Aku pun explain jugak pasal kedudukan aku ni, aku anak lelaki, apa-apa pun family aku kena utamakan. Last mak dia cakap suruh tunang dulu. Aku yg ada sikit modal yg curi-curi simpan selama ni fikir nak cari cincin tunang terus. Sebelum tu aku tanya bapak aku, sekali direct kena sound "kalau ada duit, kahwin terus tak payah tunang, jgn duk ikut adat sangat, menyusahkan diri".

Terus tersedar yg aku selama ni cari kerja gigih pergi interview sana sini sbb niat nak kahwin bukan nak bahagiakan family. Dalam masa sama aku nak juga achieve and habiskan master aku. Dalam masa sama jugak aku betul-betul sayangkan dia. Apa aku boleh buat sekarang?

Hanya berhuhuhu, habiskan ramadan yg berbaki dan terus berdoa akan keajaiban.

Info terbaru, tempat aku kerja part time dah taknak aku kerja sbb tak boleh bayar gaji, gaji aku bulan ni pun tak sure dpt ke tak. Betul-betul menduga. Begitu lah struggle seorang lelaki yg aku hadap sekarang.

Andai keadaan tak mengizinkan aku terpaksa tanggung dulu master if ada tawaran kerja. Doakan aku kuat guys. Thanks a lot

– Mat Trouble

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

46 Comments

  1. dude .kau ade matlamat .. kadang2 kita berkorban untuk dapat yg terbaik .bgtau gf kau .kalau mmpu tggu tggu la .tak mampu takpe .mungkin smpai disini ..and dude .. jodoh msih pnnjang .in sha allah kau dapat yg lg baik .. abehkan master kau ..cri keje yg elok .. bahgiakan mak bapak .. and ku doakan smoga ko bejaya dude .. dunia dan akhirat .

  2. Sila abiskan master kamu sbb master tu ssuatu yg pasti dpt.. Redha mak ayah kamu kat situ. psl jodoh biarla tuhan yg tentukan. Kalo tpisah sini, xsemestinya xjumpa blk dmsa dpn ;) kalo bkn jodoh, anggapla ia sbg satu dugaan yg mematangkan ^^

    • betul. kalo jodoh x kemana. walaupun berpisah skrg, kalau dh jodoh, lps ko hbs master pn die available lg. don’t worry.

      if x, jodoh yg lebih sesuai sedia menanti…tunggu masa shj.

      fokus dulu pd study n kerjaya. 2 ni penting utk lelaki sbb nanti ko kena jg mak ayah ko n jg family sendiri lps kawen. pastikn keputusan yg dibuat menjamin masa depan.

  3. Aku dulu cakap kat suami aku, ko nak kahwin ke tak, kalau tak, aku takde masa nak buang masa… Terus dia nak jumpa mak ayah dan nikah. Memang tak payah bertunang la, tak payah adat2 ni… Ramai kawan aku yg kahwin org luar memang lebih flexible, takde nak adat2 sangat. Buang masa buang duit. Lepas dah kahwin tu aku pon taktau apa nak jadi…sebab aku keje di malaysia, dia keje di UK…tapi Tuhan permudahkan dia kena buang keje, so dia datang dok malaysia dengan aku, dia jadi surirumah la kejap…. Kesimpulannya, ko nak struggle sama2 pon apa salahnya struggle sebagai laki bini… Aku tak paham org yg boleh sibuk bercinta bertahun-tahun tapi bila suruh kahwin jadi tak boleh pulak…Ko pegi date seminggu 2-3 kali, kan mudah ko nikah je dok serumah, tak payah date2 dah. Aku rasa org yg pandang nikah ni susah, sebab dia memang belum matang, takut dengan itu ini… Takpe je kalau ko memang tak berani nak take the risk, tapi kalau aku jadi pompuan memang itu la yg aku akan buat, aku blah je, takde masa nak buang masa tunggu laki…. Itu aku le

  4. Engko kalau dah bagi harapan bagai nak kahwin, lepastu ko duk tahan dia bertahun tahun, mmg sampai saat nya, dia fed up gak dgn ko. Perempuan ni suka laki yang ada effort. Kalau ko nak tumpu master, fokus je lah. Takyah simpan anak dara org lama-lama. Kalau ko tahu tanggungjawab ko lagi besar kat family, knp bagi harapan nak kahwin kat anak dara org. Ni kalau setakat menunggu bertahun-tahun, bukan struggle sama-sama namanya. Struggle sama-sama tu dah kahwin nanti susah sama-sama.

  5. Orang perempuan ni walau dia sayang mcm mana skalipun pd laki tu tp kalau di simpan lama sngt memang dia akan angkat kaki. Bukan dia taknak setia tp ko kena fikir situasi perempuan tu jugak. Saya pernah berada dalam situasi ni yg mana sy sampai tahap terfikir mcm ni “kalau aku duk tunggu lama lg, skali tak kawin, buang masa je. Umur makin meningkat. Baik aku move on terus”.

  6. aku pun tengah rasa sedemikian.. ajak bf kawin xmau.. worse sbb bf aku dh keja pun.. walaupun dia baru je kje, tp aku bukannya mintak marriage ala anak Pak Jibby pun, cukup la jadi halal… org pompuan ni ada target, umo berapa2 nak akwin, umo sekian nk ada anak.. semua dia kira tu.. engkau nak anak kau bru sekolah PASTI, tp kena hadap hot flashes menopause mak dia? btw kenapa mak dia yg contact kau utk tanya, suppose kau la yg contact mak dia tunjukkan yg kau betul2 serius.. master je lebih kau ni..

  7. Kalau mak bapak dia pn on, kawen je la trus.. Buat mana yg wajib.. Da smbg master, rajin2 g jd ra dan tutor, dpt gak duit.. X pn kalau kau pandai masak, masak nasi lemak dan jual pepagi time org nak g keja.. Xpn, wat sewa kereta ke.. Wat uber ke apa ke.. Skrg mcm2 bisnes bleh buat.. Income lg masyuk dari buat part time tu..

  8. meh sini abam nak cite. sikit pengalaman dan byk dr perhati masyarakat.

    org puan ni dia nak sesuatu yang dia rasa dia boleh secure. contohnya, dah lama kawan, nak bg secure, kena la kenal2 family ke masuk bertunang. then, dia akan rasa secure. kalau setakat cakap lobiu lobiu 10-20x sehari, lama2 jemu weh.

    kemon, ko laki kot. ko boleh tentukan apa yang kau mahu. ko tak terikat sgt dr parents. (maksudnya, masih boleh bertegas dgn apa yang ko mahu) jgn kuang ajo sudah la. parents pun kena tau la respect pendapat kita kan. ayah abam ok je bila abam tidak lagi separti dgn dia.. hahaha..

    ooh, pasal family. famili tu utk selamanya, ia lebih besar dr priority. kalau ko buat sesuatu semata2 utk famili, kurang tepat la. boleh je, tp kena fikirkan kita jugak.

  9. habiskan master. gua dulu pernah amek master, tapi sebab bz kerja gua ketepikan blaja.last2 company tempat gua kerja tutup. nyesal tak sudah. kalau lu teruskan master at least lu ada something yg lu bole pegang.base on pengalaman gua, kalau dia jodoh lu, lu kelaut dia kelangit bersatu jugak didarat.ecececeyh. berkawan laaaa lama manapun,kalau bukan jodoh lu,so bukan la. hehe

  10. Pasa pendapat aku kau dengan dia tak sesuai. Berbeza hala tuju. Cinta x semestinya bersatu. Kadang2 kalau kita sayang dia kita kene lepaskan dia pergi. Ya btol. Pihak pimpuan biasanya nak cepat kawin dan nak lelaki yang stable. Ini x boleh kata apa sebab ramai masyarakat kita yg terpengaruh mcm drama melayu pukul 7 mlm. Umur kau diorg expect dah jadi ceo syarikat buat projek juta juta. Tapi kau masih bergelut dgn master. Hutang lagi. Memang perit, tapi itulah hakikatnya. Kalau aku dipihak kau aku akan lepaskan dia cara elok elok. Concentrate pada belajar dan berjaya. Terus sampai phd. Pastu jadi lecturer. Ko cakap nak capai peringkat tertinggi kan. Bayangkan ko jadi prof umur 40 bujang. Masa tu berapa banyak pompuan nak kat kau tak kiralah muka ko hensem ke x hensem. Ko nak yg muda, cantik, semua boleh dapat. Itu pendapat aku lah.

  11. susah nk ckp..soal jodoh Allah yg tntukn..kte usaha shabis baik tpi jika xdi izikn xjdi..mgkin dia xsggup susah dgn kamu dlu..takut nau jdi ank dara tua..bkn kah jdoh tu dah di tetapkn sbrlah akn tiba je..yg pnting usaha n doa..laki mak ayah paling utama tu tnggungjwb ank laki..syurga dia dkt mak ayhnye..hurm susah nk ckp pdpt masing2..sggup n tak je..kalau dia xsggup lpaskn jgn seksa diri dia n diri sdri..btw sy pn masih bujang..sape xnk kawin kn..blum tiba masa..kita nikmati lah saat bujang ni puas2..bsok dah kawin senget benget dukung ank..dah xboleh nk bebas ke sana ke mari sbb dah ade tnggungjwb..ape yg dtg tu ujian..sbr jelaaa

  12. Saba la brader.. kalau ade jodoh ade la ngn ppuan tu..normal ppuan meronta2 sbb aim dia cuma 1 bila ada relay ni.utk kawen.. tapi llaki aku pon xfahm ape diorg fikir.. haha..aku sendiri pon dah hampir 7thn bkawan tapi stil xde ape2 lagi.. yeah, sape xnak kawen kn? N last aku fikir, biarlah.. mls fikir kawen. Kbye! Goodluck bro

  13. i bet prmpuan tu dh tggi umur…mgkin lbh 25…kalau xnak brgerak k dpn…lepas kan…bagi dia peluang utk brkenalan dgn org lain…kalau lps kau dh hbs master dia xkawen lg…kau masuk la minang…kalau dia dh kawen, kau cari la yg lain…

    kalau akak gf ada sggah baca komen kat sini.. tinggal je bf ni.. cari yg lbh serius…tggu lama2 pun belum tntu dia akan setia…dh smbung master kang berlambak lg pmpuan lain dia akn jmpa…

    mana2 laki yg ada duk simpan ank dara org…fahami lah…bila prmpuan sibuk suh masuk minang n tunang bagai, bkn sbb dia nk push kau lbh2…kau miskin papa kedana pn dia xkisah…kalau dia kisah,dia xsuruh kau masuk minang…dia terus tinggal….dia cuma nk kepastian yg lbh jelas…pmpuan xsama mcm laki…lg brumur lg brnilai…umur pmpuan ni kalau dh lbh 25, ssh dh nk pilih pasangan…mmg ada…tp susah…tmbh dgn desakan family bmbg nnt mndapat title andartu…jd kalau dh tunang, mmg pmpuan ni akn sggup tggu…kalau kau cakap terang2 xnak, boleh dia move on cari org lain…

    so….be gentleman…jgn mnyusah kan hidup pempuan blh x…nak ke xnak biar jelas…

    minta maaf ak xfokus pn pasal master kau n harapan kluarga…sbb bg aku…kau lelaki…kau nak kat org tu…pandai2 kau manage…terlalu bnyak cara utk kau buktikan kau serius…kalau mak gf pn dh tepon kau blh buat xtahu lg…herm…xtau la nk ckp apa lg bro…

  14. Bagi faham sama tu perempuan. Klu dy betul syg dy akan tunggu sebab sebagai anak llki tanggungjawab berat. Tp bila perempuan dah fhm dgn situasi. Jgn pula cri perempuan lain. Hehe. Situasi awak sama dgn mak cik saya. Dia tgu pakwe dy lepas pakwe dy explain apa semua. Tp pakwe dy pla yg kenal awek lain. Alhamdulillah skrg mkcik saya walau kecewa. Tp bertunang dgn llki yng lagi baik. Xlama lg kawin. Hrap diorang bahgia

  15. Ketika aku sedang berkawan dgn seseorang tu, aku minta nak jumpa mak ayah dia n minta dia jumpa mak ayah aku..then mcm2 alasan dia bg.katanya awal lagi..hal tunang tak leh buat main..hello? Aku tak suka berkawan lama2 ok..then aku dpt tau dia ada org lain..patut la beria bg alasan..so aku tinggalkan dia after aku bakar line relay dia dgn gf dia..muahahaha…tu ma sapa suruh bagi harapan pelesu kat aku..ni la makannya..

    K..lari topik..k bai..

  16. Hm.. kamu ni mcm ex sy dulu.. beza nye die soh tggu smp die dpt buat rmh tuk mak die dlu.. hm.. dari saya blm diploma smp da habis degree rmh nye blum ada lg.. hm.. die anak yatim.. so die full sponser adik die blaja kt u lg.. tu ok lg tuk buat sy tggu die lama2 sbb nmpk tggjwbnye.. tp bila die da start curang.. hm.. bye2 je la.. kecewa kot…. tp xp la.. skurang2nya curang sblm kawin.. xpela mgkin bkn jodoh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *