Salam warga IIUM Confession. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah saya tentang saya hampir terpedaya dengan scammer alaf baru.
Saya harap kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Kisah ini mungkin tak semua yang faham tapi saya harap inti pati kisah ini ramai yang akan faham. InsyaAllah..
Kisahnya bermula ketika saya sedang melihat IG story di aplikasi Instagram. Seperti yang kita tahu, dalam IG story ni akan terselit iklan.
Saya terjumpa satu iklan di mana ia menawarkan pekerjaan sambilan dengan hanya bekerja di rumah dan menjana pendapatan RM200 ~ RM500 sebulan.
Siapa saja yang tak tertarik kan? Memandangkan saya pun sekarang masih mencari pekerjaan, saya mencuba nasib dan menghantar maklumat ringkas seperti nama dan no telefon di borang yang disediakan dalam IG story ini.
Beberapa hari kemudian saya mendapat message daripada no telefon yang tak dikenali melalui WhatsApp. Permulaan no telefon ini adalah +65. Rupanya ada pemilik no telefon ini saya adalah berasal dari Singapura.
Melalui profile picture yang terpapar di WhatsApp, pemilik no telefon ini ialah seorang lelaki Cina dan memperkenalkan diri sebagai Kelvin.
Dia menghantar message dengan mengatakan dia mendapat maklumat saya melalui iklan IG story dan bertanya adakah saya berminat untuk pekerjaan sambilan. Saya terus balas dengan mengatakan saya masih berminat.
Kelvin mula menerangkan macam mana perkerjaan sambilan ini beroperasi. Pekerjaan sambilan ini hanya memerlukan saya mengambil pesanan dan buat pembayaran. Setiap pesanan mempunyai komisen.
Sistem ini meletakkan syarat perlu menyelesaikan 33 pesanan ke atas dalam satu hari. Selepas 33 pesanan baru dapat mengeluarkan komisen yang diperolehi melalui sistem ini.
Kelvin menjelaskan bahawa sistem ini telah mendapat kerjasama daripada Shopee, Lazada dan Zalora bagi membantu sellers untuk mendapatkan pesanan di kedai atas talian mereka.
Macam waktu PRU kan kita selalu dengan ada pengundi hantu. Sistem ini pulak ‘mencipta’ pembeli hantu. Harap setakat ini anda faham lah.
Bagi memulakan proses membuat 33 pesanan itu. Kelvin menyuruh saya mendaftar akaun baru dalam sistem ini. Kemudian dia mengajar langkah demi langkah cara membuat pesanan.
Kelvin tidak membenarkan saya terus membuat pesanan di akaun saya. Sebaliknya dia memberi saya maklumat untuk ‘login’ ke akaun dia.
Kelvin juga menyatakan dia telah topup RM400 ke dalam akaun dia. Saya hanya perlu melengkapkan ‘Ambil Pesanan’ selama 33 kali.
1 pesanan contohnya berharga RM40 dengan komisen RM5. Apabila saya tekan ‘Bayar’, duit dalam akaun Kelvin akan berkurang ke RM360.
Setelah pesanan ini selesai, akaun Kelvin akan menerima komisen bersama jumlah yang dibayar pada pesanan tadi. Di sini saya dapati dalam akaun Kelvin, daripada RM400 menjadi RM405.
Selepas melengkapkan dalam 10 pesanan, duit akaun Kelvin telah bertambah menjadi RM600 lebih.
Apabila saya ingin melengkapkan pesanan yang ke 11, harga barang pesanan ini adalah RM700. Maknanya duit dalam akaun Kelvin tidak cukup untuk membayar pesanan ini.
Saya terus memberitahu Kelvin dan dia mengatakan saya bertuah kerana mendapat pesanan yang mahal kerana nanti akan mendapat komisen yang banyak. Komisen bagi produk ini adalah RM50.
Kelvin juga mengatakan saya layak memohon voucher RM100 daripada sistem ini kerana saya mendapat pesanan yang mahal.
Saya hanya perlu memulakan ‘chat’ di chatroom sistem ini. Gambar voucher yang saya terima di chatroom tertera RM100. Jadi akaun Kelvin telah bertambah dari RM600 ke RM700.
Akhirnya setelah selesai 33 pesanan, jumlah dalam akaun Kelvin adalah RM960. Dan Kelvin menyuruh saya ‘logout’ daripada akaun dia supaya dia dapat ‘withdraw’ RM960 itu ke akaun bank dia.
Tidak sampai 15 minit, Kelvin kongsi screenshot transaksi RM960 telah masuk ke dalam akaun Maybank dia.
Ini bermakna saya telah membantu Kelvin untuk mengaut keuntungan melalui sistem. This system sounds promising right? But nope.
Pada mulanya saya memang hampir terpedaya sebab macam menjadi saja sistem ini. Tetapi saya tidak terburu-buru untuk memulakan proses mengambil order di akaun saya sendiri kerana ada beberapa perkara yang saya rasa tidak logik.
1. Saya perlu topup duit saya sendiri dulu dalam sistem ini. Sistem ini hanya menerima amaun RM100, RM200, RM400, RM500 dan ke atas.
Saya terfikir kenapa saya perlu keluarkan duit sendiri sedangkan saya yang bekerja melengkapkan pesanan dalam sistem ini.
2. Kelvin mengatakan jika mendapat pesanan yang berharga mahal, saya boleh memohon voucher di chatroom sistem ini. Di sini tersangatlah mustahil untuk orang bagi duit free free saja dekat saya. RM100 pulak tu.
Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja menyertai Shoppe Affiliate. Komisen Shopee Affiliate memang sangat sikit.
Bulan pertama saya menyertai Shopee Affiliate ini, saya hanya mendapat RM19. Itupun saya perlu menunggu lagi 2 bulan supaya Shopee team perlu verify adakah komisen saya yang dapat ini valid.
Bayangkan ini hanya RM19 sahaja tapi sangat susah and lambat untuk saya dapat.
3. Kelvin share screenshot transaksi akaun Maybank. Saya sudah membaca T&C dalam sistem ini satu persatu dan salah satunya mengatakan transaksi withdrawal hanya dibenarkan antara pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Screenshot yang Kelvin hantar kepada saya adalah pada pukul 7 malam kerana saya hanya selesai membuat 33 pesanan dalam pukul 6.45 petang.
Macam mana kelvin boleh dapat payment sedangkan proses transaksi sudah berakhir pada pukul 5 petang?
4. Ini adalah ramalan saya di mana sistem ini membenarkan saya topup RM100. Akan tetapi kemungkinan untuk saya mendapat pesanan yang mahal adalah tinggi.
Bagi menyelesaikan pesanan ini, saya perlu topup lagi dalam sistem ini.
Bayangkan jika pesanan ke 33 saya adalah sangat mahal dan amaun dalam akaun saya tidak mencukupi. Saya jugak tidak dapat menukar pesanan lain yang lebih murah. Nak tak nak saya kena topup lagi.
Saya mengambil masa dua hari untuk brainstoRMadakah sistem ini scam atau betul betul mendatangkan keuntungan.
Saya sudah cari maklumat di pakcik Google namun tidak ada hasil yang berkaitan dengan sistem ini. Saya juga terfikir dari mana sistem ini dapat fund untuk memberi komisen yang tinggi? Takkan lah Shoppe, Lazada or Zalora yang bagi?
Maaf kalau agak pening untuk faham proses sistem ini. End up saya tidak meneruskan hajat untuk memulakan proses membuat pesanan itu.
Kelvin pun tidak pernah hubungi saya lagi sama ada bertanya progress saya dalam sistem. Ini bermakna dia tidak kisah pun apa yang saya lakukan.
Mungkin sistem ini legit tapi saya memilih jalan selamat untuk tidak terjerebak. Scammer sekarang memang makin hebat. Menyediakan website atau sistem yang nampak macam menyakinkan.
Yang pasti saya yakin benda yang daripada scammer ini mesti melibatkan kita perlu melabur duit kita dahulu sebelum mengaut keuntungan.
Objective scammer daripada zaman P Ramlee tak pernah berubah, yang berubah teknik mendapatkan mangsa. So berhati-hatilah semua ye.
Kalau ada yang pernah alami macam saya, harap boleh kongsi juga di ruangan komen nanti. Terima kasih.
– Maria Mariana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit