PENTINGKAH BERGADUH PASAL BOLA?

Aku seorang peminat bola sepak. OK pasni akan ada 'claim' bola sepak berasal dari peristiwa Karbala. Tetapi kebanyakan sejarah asal bola sepak itu tidak disenangi oleh semua orang. Kita ambil sejarah bola sepak moden di Eropah lah.

Aku tahu bola sepak ini berasal dari England. Tetapi aku sedih melihat rakyat kita ni lebih sudu dari kuah. Ada hamba Allah pernah bercerita, penyokong MU selalu bergaduh dengan Liverpool, MC dengan MU, Arsenal dgn Chelsea, MC dengan Chelsea. Apa faedah pula bergaduh bola sepak luar ni? Macam la korang dapat makan plak.

Itu belum sentuh penyokong Lionel Messi dengan Cristiano Ronaldo. Melampau lampau menyokong sambil mencari kesalahan rival masing-masing buat modal debat.

Ini lagi satu, penyokong liga Itali sentap dan suka nak bergaduh dengan penyokong liga England. Peh siap maki hamun lagi tuh.

Sekarang JDT pula, lepastu claim bangsa Johor. Aku sure bukan semua orang Johor boleh accept JDT dan BAngsa Johor ini. Lepastu upload kekayaan apabila kalah. Padahal orang tak sealiran dengan pemikiran dia je. Tak sealiran, pastu kecam macam-macam.

Kadangkala lebih baik juga tiada sukan bola sepak di muka bumi ini. Hormat minat orang lain baru orang akan hormat minat kita. Tu jer…

– SI PEMINAT BOLA SEPAK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Setuju! Sebab tu setiap kali saya baca kes rusuhan di stadium bola atau kes pecah kepala bergaduh pasal bola saya jadi menyampah dan tak faham. Kenapa hanya kerana bola perlu bertumbuk segala. Merugikan.

  2. Tak payah nak mention JDT sangat la bab2 gaduh ni. Semua kelab dan negeri pun sama gaduh mcm harey. Jdt jgak yg ko highlight. At least jdt dah up kan standard bola negara kita.

  3. Satu je aku nak clarify. Bangsa johor ni bahasa, sama macam anak jati selangor. Semua orang baru tau sebab JDT baru popular. Tapi betul lah, kadang2 page JDT agak riak, walaupun ia adalah sebahagian daripada strategi promosi. Kadang2 kita je yg terlebih emosi. Tengok masa JDT vs Pahang yang dlu orang cakap rival. Bila habes main je dorang semua terus salam2, duduk borak.

  4. Ada 2 jenis gaduh aku rasa.
    Satu. Yg macam kau sebut. Sampai merusuh, tumbuk apa semua.

    Yang ke2.
    Gaduh kelab. Contoh macam kelab terhebat dan paling lejen ManUtd vs Liverpool.
    Aku rasa normally gaduh mulut dan manja saja.
    Dia kutuk player, kutuk kelab. Bahan2, perli dengan kelab ayam pun kalah.

    Takda la sampai tumbuk pun selalu. Kalau kt Malaysia lah.

    Let’s take it as fun.

    Lainlah kalau dekat UK. Memang gaduh betul.
    Kita hanya fan luar.

    Bab gaduh kelab antara negeri tu aku setuju. Over sangat sampai nak merusuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *