Cara aku spend kurang dari RM50 seminggu.

Salam, aku berasa terpanggil nak kongsi bagaimana aku spend duit aku utk makan dlm masa seminggu.Aku ni datang dari kelurga yg sederhana. Aku tinggal di mahallah Ali,so hari2 aku makan kat situ sbb situ antara cafe yg ada bnyak pilihan dan harga pun berpatutan utk mahasiswa.Tak tahu lah cafe mahallah korang mcm mana.Biasanya aku tak ambil breakfast walau breakfast tu mmg bagus.Aku makan 2 kali sehari, lunch ngn dinner.

Isnin:
Lunch- nasi + ayam goreng + air masak (RM3.50)
Dinner- nasi goreng biasa + air masak (RM3.00)

Selasa:
Lunch- nasi + telur + air masak (RM2.50)
Dinner- mi sizzling + air masak (RM4.00)

Rabu:
Lunch- nasi + ikan keli + air masak (RM4.00)
Dinner- ommellet +air masak (RM3.00)

Khamis:
Kalau puasa berbuka makan chicken chop + air kordial (RM7.00)

Kalau tak puasa
Lunch- nasi+ ayam goreng (RM3.50)
Dinner- nasi goreng kampung (RM3.00)

Jumaat:
Brunch- nasi ayam (RM4.00)
Dinner- french fries (RM2.00)

Sabtu:
Brunch- nasi + ayam goreng (RM3.50)
Dinner- roti nan kosong (RM1.00)

Ahad:
Brunch- nasi + telur (RM2.50)
Lunch- french fries + extra joss (RM3.50)

Total semua:

RM43.50 (kalau puasa hari khamis)
RM43.00 (kalau tak puasa hari khamis)

Duit selebihnya aku masuk dlm tabung.
Yg penting skali aku jarang keluar ke bandar.

Saya percaya ada lagi yg lebih susah dari aku,kalau aku nampak ada member yg tak cukup makan, aku guna duit dl tabung tu untk belanja diorang.

Lagi satu,kalau nak jimat lagi,join lah program yg ada provide free food..tak rugi pun,ilmu dpt dan kenyang pun dapat..kat uia ni ada bnyk sangat program

Aku selalu amalkan dan percaya bhw rezeki yg kita dapat tu bukan sepenuhnya hak kita,mungkin ada sebahagian darinya adalah hak org lain.

– Banin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *