Alahai Si Keyboard Warrior

Keyboard warrior atau dalam bahasa baku dipanggil juara atau pahlawan papan kekunci. Kerana hebat dan nampak heroic bila menaip.

Menaip atau menjatuh kan hukum pun tak tahulah nak cakap. Entah-entah, orang macam ni, kalau berdepan, biasanya dia pun teruk, atau senang tak nampak kesalahan diri sendiri.

Aku mengaku, aku pun salah seorang daripada netizen atau keyboard warrior yang join banyak page, forum dan antara yang aktif dan rajin komen atau like komen atau isu yang bagi aku menarik perhatian aku.

Tak kisah lah hiburan, artis menggedik, mengada, atau forum macam IIUM Confession page ni yang menceritakan masalah peribadi.

Yang mana tak kena dengan apa aku rasa, aku hentam saja komen atau mengecam padahal aku tak tahu cerita sebenar sangat pun.

Kena ingat, meluah melalui penulisan ni, boleh jadi tak lengkap, dari sebelah pihak mungkin, atau yang bukan sependapat, semua aku teruk hentam.

Untuk pembaca, aku harap beringatlah kalau nak menegur. Aku tengok dan aku nampak bukan saja kat page ni, kat mana-mana forum pun.

Contoh antara isu hangat, cerita pasal si transgender yang lari dari dakwaan mahkamah sampai luar negara,

Contoh si kaya yang bising pasal hal dia nak kahwin, lepastu tak jadi, katanya marketing strategy, pasal pendakwah yang macam menjual agama.

Cuba perhati, berapa banyak yang jatuhkan hukum? Acah macam dia ahli syurga dan sebagainya?

Kan alangkah bagus kalau komen tu biar beradab. Atau paling mudah pun, tak payah komen, tapi doa mintak dia berubah kalau memang dia salah.

Tapi benda tak seronok kalau tak kecam kan? Aku tahu sebab aku pun pernah macam tu. Tu sebab aku menulis sini.

Aku akan sentiasa beringat lepas ni, untuk berubah perlahan lahan supaya tak lagi jadi keyboard warrior.

Antara sebabnya, baru-baru ni, mak aku ternampak aku komen yang agak mengecam satu confession ni, dan satu ayat dia buat aku tersentap.

Ayat mak aku lebih kurang macam ni – “Kalau kau guris hati orang, lagi-lagi yang kau tak kenal, kau ingat senang ke nak cari dia balik kat hari perhitungan besok kalau dia tak salah?”.

Itu buat aku terfikir balik tindakan aku yang sebelum ni. Aku biasa saja kecam orang, kutuk salah orang. Guna alasan yang si polan tu b*d*h.

Benda boleh fikir , tapi kau buat juga. Kau tak fikir ke. Macam bagus kan jadi keyboard warrior atau pahlawan papan kekunci ni?

Selalu saja gunakan jari aku menaip, bagi pendapat. Kutuk orang, kecam lagi tu. Biasanya taip dengan emosi atau tak fikir masalah orang tu sebab takde kaitan dengan aku.

Asal dapat kecam, seronoklah. Tapi aku lupa, lidah kita ni kadang kadang lebih tajam dari mata pedang.

Dalam zaman teknologi ni, lidah dengan jari ni sama saja. Sebab jari menaip apa yang kita fikir lidah kita nak cakap kan?

Cuba kita fikir, orang tengah ada masalah. Atau share something, tapi mungkin gambaran situasi tak jelas, mungkin sebab melalui penulisan.

Kita baca dan nilai, lepas tu, kita pula pergi serang, pergi kecam, pergi menghukum, apa perasaan dia? Terguris tak? Terasa tak?

Orang tu mungkin meluahkan untuk tanya pendapat, atau share something yang memang salah, tapi kita berjemaah ramai-ramai pergi kutuk, sindir, perli, kecam, hukum dan lain-lain.

Tegur tu bagus, tapi tak lah sampai biadap atau keluar kata kesat.

Untuk yang muslim, anda suka ke pahala anda pindah pada yang terguris tu?

Jangan bercakap macam kita ni sempurna sangat. Kita ni bukan malaikat. Setiap orang adalah pendosa. Kalau muslim, beringatlah, kita tak nampak jahat kita ni, sebab Tuhan tutup aib kita.

Bertapa beruntung nya kita. Kalau aib tu ada bau, nescaya tak tenteram semua kat dunia ni. Sebab tak ada orang tak ada aib. Semua berbau busuk.

Kita semua manusia. Ada emosi, ada pandangan, ada pertimbangan dan sebagainya tapi tu bukan alasan untuk kita suka saja nak tegur atau kutuk tanpa adab.

Satu pesan aku untuk semua dan diri aku sendiri. Kalau tak suka, kalau benci sekalipun, jaga adab dalam menegur kalau nak tegur tu.

Tak kisah lah dalam page IIUM Confession ni ke, atau mana-mana gosip artis ke, jangan bangga sangat jadi keyboard warrior.

Berkokok saja pandai, tapi diri sendiri tak betul . Tuhan tak tunjuk saja tu. Lagi satu, ingatlah untuk yang muslim, dosa kau dengan Tuhan senang nak setel. Sebab dia Maha Pengampun.

Dosa sesama makhluk, kalau dia tak ampunkan, nauzubillah, kau merangkak lah cari kat Masyar besok. Beringatlah, hari pembalasan tu pasti! Semoga ambillah peringatan walau sedikit.

– Sadiqaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *