Jodoh itu ketentuan Allah

Jodoh itu ketentuan Allah, hubungan kami bermula sebelum aku masuk matrik lagi,dan dia stdy di u lain, umur dia beza 3 tahun dengan aku,kami jarang berjumpa,masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing, tapi family dia sangat mengenali aku, family aku pun sama kenal sangat dengan dia.

Ketika dia convo, aku baru 1st year kat universiti, alhamdulillah dia boleh kerja government, setelah tiga bulan dia kerja dia mampu untuk beli kereta sendiri, sebulan kemudian, aku dapat rasa perubahan dia, selalu tanya soalan pelik-pelik kat aku, mintak aku cari pengganti la,cakap aku dapat jumpa lagi baik dari dia lah dan macam-macam lagi, sampailah satu hari dia call cerita yang sebenar.

Sebenarnya dia ada berkawan dengan agent yang uruskan pembelian keretanya tu, seorang perempuan, perempuan tu senang berkawan dengan dia. Banyak yang diorang kongsi cerita bersama termasuklah tentang aku. Dia mntak aku lupakan dia, sebab dia simpati dengan perempuan tu, perempuan tu pernah jadi mangsa rape,maka dia sanggup untuk memperisterikan perempuan tu, katanya tak ada lelaki yang sanggup terima perempuan macam tu. Sebelum dia blah dari hidup aku, memang dia mintak maaf banyak2.Aku cuba faham, aku cuba positifkan diri. Aku try untuk move on.

Macam mana nak move on? Doa mintak kekuatan dari Dia.Alhamdulillah sekarang aku dah final year, byak improvement dari perpisahan ini,dia pun dah kahwin setelah 8 bulan kami berpisah.Parents? Mak dia selalu juga context aku tanya khabar sebab mak dia dah anggap aku macam anak dia, tapi aku x pernah jejak kaki ke rumahnya lagi lepas aku x ada apa2 dengan dia walaupun mak dia ada juga jemput aku datang rumahnya kalau cuti. Dia pun sama. Bagi aku, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Doakan yang baik-baik sahaja, kerana itu semua percaturan Dia.

-nurul-

– Nurul

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *