Suami Dayus

Harap cerita ini memberi pengajaran pada semua diluar sana, untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin.

Saya ringkaskan cerita, usia perkahwinan hampir 4 tahun, saya (isteri) penjawat awam dan dia (suami) tidak bekerja.

Seawal perkahwinan kami seperti pasangan lain juga, hidup bahagia. Namun hari bukan sentiasa cerah kan?

Bermula dengan dia tiada sumber pendapatan daripada perniagaan online, dan makin lama dia rasa selesa dengan perbelanjaan rumahtangga yang semua saya tanggung.

Kenapa? Saya sebagai isteri dah tentulah bantu suami bila dia susah kan. Dengan harapan, ada rezeki dan perniagaan semakin maju.

Namun, dia tiada inisiatif. Sehari-hari hanya mengadap komputer dan bermain games. Anak diletak didepan TV, kemudian sambung main.

Ada ketika, anak seharian tak mandi kerana dia leka dengan games.

Perkara ini berlanjutan sehinggalah sekarang dan dah mempunyai 2 cahaya mata.

Komitmen makin meningkat, duit tak cukup hingga buat pinjaman bank dan asyik overlapping. Dia? Sama.. tiada tindakan.

Lagi menyakitkan saya, Tanpa segan silu boleh meminta duit daripada saya untuk membeli barangan atau gadjet komputer yang tak penting pun.

Kalau tak bagi, diungkitnya berhari-hari. Kata saya berkira sedangkan saya ada duit dalam bank. Padahal gaji saya setiap bulan cukup makan sahaja.

Nak mewah-mewah tak dapat. Nak membeli pencuci muka satu set trial pun berkira duit takut tak cukup nak isi minyak kereta. Nak membeli biskut-biskut untuk anak pun kena kira.

Setiap hari menangis kerana keperluan sendiri pun tak boleh beli. Dah tentu la nak ganti kasut koyak untuk ke pejabat, tapi takde bajet untuk itu. Dia tak pernah nak ambil tahu.

Setiap bulan saya lah yang membayar sewa rumah, loan kereta,belanja barang dapur, membeli susu dan pampers anak, membayar pengasuh, membayar bil api,air,internet, minyak kereta.. sekecil-kecil barang pendek kata semuanya saya.

Selama ni saya redha sebab percayakan dia akan berusaha mencari rezeki.

Bila disuruh mencari kerja saya pula dimarahnya dan kadang ada tanda ugutan nak pukul saya.

Sampai satu tahap saya minta, biarlah saya kerja, dia uruskan anak-anak dan pastikan rumah terurus sementara saya pergi kerja. Tapi kata-kata saya seolah-olah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sudahnya saya juga yang mengemas rumah, termasuk ruang “bekerja” dia tu, sayalah yang membasuh baju,jemur dan lipat, sayalah yang urus anak.

Sayalah yang uruskan dapur, saya jugak yang kena fikir makan minum pakai dia

Sekarang saya terlalu penat, penat membuat pelbagai kerja demi mencari pendapatan tambahan untuk bayar semua tunggakan loan,hutang.

Dia SANG SUAMI senang lenang menghabiskan masa dengan Media sosial T*k T*k.

Bukan niat mengaibkan, tetapi biarlah kisah saya ini dijadikan teladan.

Lelaki, silalah menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab pada isteri dan anak. Dan pada perempuan, pilihlah lelaki yang benar sebelum dijadikan suami.

Ya,ini takdir saya. Saya hanya berharap agar Allah memberi petunjuk, melembutkan hati dia dan tetapkan hatinya menjadikan seorang khalifah yang bertanggungjawab pada diri,ibu bapa, isteri, anak-anak dan agama.

Nukilan,

– Isteri Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *