Aku ada terbaca confession im give to much but gain so little, (https://iiumc.com/i-give-so-much-but-gain-so-little/). Aku pun berada dalam situasi yang lebih kurang. Cumanya aku tinggal bukan di tengah bandar.
Cuma nak share pengalaman aku bekerja dan aku juga nak minta nasihat pembaca pembaca semua macam mana nak handle situasi yang aku tengah hadap sekarang. Aku perempuan berumur 22 tahun.
Tinggal di luar/pinggir bandar. Kalau ikut apa yang orang panggil aku ni adalah miskin bandar. Aku bekerja bahagian essential. Bergaji RM1100 tidak termasuk kwsp. Tu sahaja yang ditawarkan. Tiada socso mahupun elaun lain.
Mula mula bekerja sini aku okay saja dengan gaji yang ditawarkan. Sekarang dah lebih 2 tahun bekerja aku sedikit kecewa dengan janji nak naikkan gaji aku. Entah bila. Klinik yang aku bekerja memang tak banyak patient.
Tapi kami ada side income lain. Patient setiap hari akan ada. Waktu pkp mula hingga dah hujung 2021 patient tak pernah berkurang malah makin bertambah.
Masalah pertama adalah gaji. Faham klinik ni kecil kerja tak banyak. Tapi disebabkan aku orang lama. Semua benda aku kena buat. Dari management sampai ke invois ubat ubat ke akaun bank klinik, fomema, email. Semuanya aku kena notify update ke doktor.
Doktor selalu masuk tak masuk klinik. Bila ada patient terpaksa tolak sebab bukan bidang aku. Lagi lagi yang emergency terpaksa pass ke klinik lain. Tapi gaji aku sama dengan gaji staff lain. Sampai tahap kalau ade supplier datang aku yang update ubat apa yang habis bukan doktor.
Klinik ni tak ambil swab test atau test covid ke apa sebab alasan doktor, doktor dah tua dan kami tiada kelayakan. Tak pe lah aku pon taknak lah bahayakan diri sendiri. Jadi klinik takde peningkatan bagi aku. Waktu kerja pulak 6 jam satu shift.
Sehari ade dua shift. Tapi setiap kali ada cuti umum weekend ke klinik akan buka separuh hari atau full macam biasa. Dan kalau yang full tu mesti aku yang kena dengan alasan aku orang lama dengan rumah dekat.
Iye rumah aku sangat dekat dengan tempat kerja. Antara semua staff aku yang paling dekat. So kunci klinik aku kena pegang hari hari kena pass kat staff lain kalau mereka kerja. So aku buat rules baru jadual baru.
Klinik aku pasang wallpaper baru. Banyak benda aku ubah nak bagi nampak ‘klinik’. Barang barang macam buku alat tulis semua aku beli pakai duit sendiri. Banyak benda aku buat sebab tu aku rasa doktor tak nak lepaskan aku.
Tapi bila aku mintak naikkan gaji aku sikit banyak alasan doktor bagi. Bagi aku, aku dah buat yang termampu dah 2 tahun lebih ni. Aku tak pernah mc aku tak pernah cuti selain daripada cuti yang doktor sendiri bagi.
Bukan tak pernah minta kerja tempat lain , pernah tapi tak dapat. Mereka pandang aku atas bawah terus kata “nanti kita call balik ye”. Tapi sampai sekarang tiada jawapan. Sangat susah ye nak cari kerja sekarang.
Masalah kedua staff. Ya Allah pening kepala aku dengan staff baru ni. Dah lebih 2 tahun kerja ni mestilah banyak staff keluar masuk. Sebab aku orang lama aka leader akulah yang kena ajar staff baru yang masuk.
Kebanyakannya sebab sambung belajar. Jadi aku banyak dapat staff yang lagi muda dari aku. Mereka semua takda masalah dengan aku.
Cuma ambil masa sikit nak ajar benda benda baru sebab masing masing mesti lepasan spm atau cuti sem. Bila staff tu baru nak okay doktor akan berhentikan sebab tak bagus katanya. Jadi staff baru tak pernah tahan lama.
Baru baru ni ada staff baru masuk. Lagi tua dari aku. Berdasarkan resume banyak kerja klinik lain dan gaji nya agak tinggi jugak.
Persoalannya kenapa tukar klinik?
Doktor ambil dia kerja dengan syarat 3 bulan training. Aku ajar la apa yang patut. Mula mula tu okay. Sebab sekarang staff memang tinggal
3 orang. Aku dan lagi sorang tu aku gelar mira (nak masuk 2 tahun kerja) dengan wan (akak baru). Aku ada tanya dia kenapa tukar klinik kan sebab klinik lama dia gaji agak tinggi dari yang sekarang.
Macam macam alasan dia bagi antaranya klinik sana staff berpuak dengan dia tak suka doktor sana. Aku pun okaylah.
Hari pertama kerja dia dah mc. Tapi dia ambil kat klinik lain. Klinik ni aku dah terangkan dah kat dia kalau tak sihat boleh ambil mc cumanya kena bagitahu doktor sendiri la.
Nanti doktor sendiri bagi mc siap ubat free lagi. Tapi sebab dia ambil kat klinik lain. Akulah yang kena call klinik tu komfirmkan semua benda. Sebab kat mc dia takda tulis reason dia sakit apa semua. Start situ dia dah tak suka aku.
Sebab jadual, billing, invois, payment apa semua aku yang handle termasuk bancuh ubat apa semua aku. Dia persoal kenapa jadual aku buat macam tu. Dia mula cakap buruk pasal aku dekat mira.
Mula mula aku abaikan saja. Aku cuba untuk abaikan. Sebab bagi aku, aku tak kacau orang so jangan kacau aku. Tapi dia tak dia start ubah cerita. Contoh
Ada sorang pakcik ni datang shift pagi si mira handle sakit gaot. Dah jumpa doktor dapat ubat apa semua. Petang tu aku kerja dengan wan si akak tu. Pakcik tu datang lagi katanya ubat tahan sakit yang dia ambil pagi tadi tak berkesan.
Dia cerita la ambil ubat apa semua dekat akak tu aku dengar dari belakang. Yang akak tu tiba tiba saja ambil ubat lain tunjuk kat pakcik tu kata
Wan: ubat ni memang tak kuat pakcik, pakcik kena ambil ubat lagi kuat
Aku: ehh tak pakcik tu tak ambil ubat tu cuba akak baca kad patient tu balik
Wan: a ah akak ada baca.
Tapi still salah tau. Aku tegur elok elok akak cuba tengok ni doktor tulis ubat apa semua siap bacakan slow slow depan dia.
Wan: ye akak tau tulisan doktor cuma pening sikit.
Aku: okay takpe biar saya terangkan kat patient.
So aku cakapla kat patient nak ubat lagi kuat boleh cuma kena call doktor dulu tanya ubat apa yang sesuai.
Aku suruh akak tu call sebab dia dekat dengan phone. Lepas tu dia pura pura cakap dengan patient. Dah setel semua tu. Esoknya sebab si mira ni memang rapat dengan aku.
Dia cerita la apa yang akak tu bagi tau dia. Katanya aku kurang ajar dengan patient. Patient datang sakit sakit aku tolak tak nak ambil sebab bukan aku yang handle. “Patient ni mira yang handle biarla dia uruskan”. Gitulah.
Tapi yang lagi kelakar dia siap ubah cerita yang dia dah nasihatkan aku “tak elok la misha patient sakit tu mana boleh macam tu”. Aku dah terdiam sebab yelah aku tak cakap macam tu tau.
Dia yang gelabah masa patient tu datang tadi. Rupanya banyak sangat cerita pasal aku selama ni dia tokok tambah dekat si mira. Mira memang tak percaya kat dia sebab pernah kantoi depan depan mira dia ubah cerita.
Tapi satu hal yang pasti, depan aku dia tak berani nak komen apa apa hatta jadual pon. Cakap pon elok saja. Tapi belakang aku, pasal jadual pon nak bising, sibuk cari salah aku. Bandingkan cara aku layan dia dengan mira layan dia.
Sampai naik rimas mira dibuatnya. Sebab setiap kali dia buka mulut mesti mengenai aku. Tapi yang buruk buruk jelah. Ada jugak dia buat cerita yang kononnya aku ni burukkan mira dekat dia . Sampai satu tahap dia buat salah aku tegur depan depan dia.
Dia boleh letak salah tu kat orang lain kononnya dia busy buat benda lain. Dia banyak berdalih. Banyak lah banyak sangat pasal aku yang aku dengar. Sebab kerja 3 orang saja pun. Aku malas la nak gaduh gaduh ni.
Selama ni kerja dengan orang laintak pernah ada masalah. Nak cuti boleh nak tukar jadual ada masalah boleh. Asalkan bincang atau inform awal awal. Dia tak semua dia tak puas hati dengan aku. Siap tanya kat mira “staff sebelum ni semua okay ke dengan misha??
Takde yang ada masalah dengan dia?? Memang kalau dia buat jadual macam ni ke? Bancuh ubat memang dia ke? Dia saja ke yang boleh bukak tutup klinik?” Dan banyak lagi. Aku syak dia jeles dengan aku ni.
Aku dah lama terfikir nak berenti kerja tapi resume aku tak cantik. Banyak dah resume aku hantar tapi tak dipanggil panggil. Aku paham zaman sekarang sangat susah cari kerja. Lagi lagi kelayakan spm macam aku nih. Aku tak tau nak buat apa dengan akak tu.
Kalau ikutkan banyak benda yang dia buat aku nak cerita sebab sakit hati sangat. Cuma satu lah yang aku suka pasal doktor tu. Dia sangat percaya kat aku so kalau aku cerita apa apa memang dia akan backup aku.
Cumanya aku malas nak gaduh kalau aku cerita mengenai si wan tu kat doktor. Sebab kita kerja nak kena hadap masing masing hari hari. Aku takut kalau aku bagi tau doktor, doktor akan berhentikan dia.
Orang macam tu dah tak suka kat kita nanti kan berdendam pula. Aku kalau boleh nak lama kat sini. Fokus kat sini selepas tu cuba cari side income lain.
Cumanya kalau ada idea macam mana nak hadap orang macam si wan tu bagi la tips ye. Kalau boleh tips yang boleh bagi dia blah dari sini.
Tapi aku kalau boleh nak bagi dia sedar yang apa yang dia buat tu salah. Entahlah.
Dari AKU YANG SAKIT HATI,
– Misha omar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit