Assalamualaikum wrt. Aku baru lepas baca confession “Salah ke doa diceraikan?” (https://iiumc.com/salahkah-aku-berdoa-untuk-diceraikan/).
Wow. Aku just… Wow… Terkedu aku baca confession ni. Tapi boleh faham. Maybe sebab confessor dah biasa & selesa hidup seorang, memang boleh terasa sangat ketidak-selesaan bila hidup dengan pasangan yang berbeza dengan kita.
Aku pun jenis yang pembersih. Kalau nak sewa rumah aku prefer rumah yang baru siap, bukan bekas orang duduk HAHA. Tandas awam, tandas rumah orang, aduh seksanya nak berurusan. Kalau kat rumah sendiri pun, rasa terpercik air sikit terus ganti pakaian.
Lepas kahwin, walaupun suami bukanlah jenis pengotor, keluarga mertua pun jenis pembersih. Tapi aku sedar pengertian ‘bersih’ bagi setiap orang adalah berbeza. Ada orang makanan jatuh atas lantai dia boleh kutip lagi sebab ‘3 seconds rule’ atau lantai bersih katanya.
Tapi bagi aku, lantai nampak bersih tapi tu ‘lantai’ tempat dipijak-pijak. Kuman tak tunggu 3 saat kalau dia nak sentuh makanan tu.
Walau bagaimanapun, aku usaha terima perbezaan sesama manusia. Asalkan jangan melampaui had dan batas. Setakat cara picit ubat gigi, stokin tinggal depan tangga, baju kotor lepak di lantai, itu biasa.
Bangun tidur air liur melekat di bantal? Biasa. Basuh saja la ganti baru. Nafas berbau, rambut hapak, aku cakap saja terus-terang pd suami, minta gosok gigi, syampu kepala. Ada masa aku tolong buatkan. Keramas rambut dia, skrubkan badan dia.
Kalau depan-depan tak berani atau malas tegur, tak payah nak komplain belakang. Sia-sia saja sis~
Bersyukur suami masih tolong buat kerja rumah, urus anak. Suami aku ni nak kena gaduh dulu baru nak buat. Sebelum kahwin aku tengok dia bagus betul dengan family dia, adik-adik & anak buah.
Nampak macam family man sangat, melting sangat. Tapi bila dah ada anak sendiri, sejam? Setengah jam pun dah limit kot dia nak tengokkan anak. Mungkin dia tak pandai nak layan lama-lama.
Suami sis tidur awal? Ya Allah. Sungguh terbalik dugaan kita sis.. Suami aku nak kena berleter macam dengan anak teruna kalau nak suruh tidur malam. Sampai bergaduh-gaduh panggil dia balik tidur.
Kalau duduk rumah pun dia main game atau tengok movie sampai lewat malam. Kalau tidur awal nanti tengah malam dia akan bangun berjaga.
Benda lain aku boleh tolerate, tapi bab tidur ni memang sangat-sangat buat aku tertekan. Sebab dia memberi kesan kepada banyak aspek dalam hidup kami.
Aku susah nak tidur bila dia tiada di sebelah. Rasa kurang selamat. Kalau dah tidur pun akan terjaga tengah malam, tengok jam dalam 1-2 pagi, call dia, tunggu dia balik. Tidur aku jadi terganggu. Aku jadi sakit kepala & emosi.
Bila malam tak tidur, dia akan tidur siang. Ya. Inilah masalah paling besar dalam hidup aku sekarang.
Tambah lagi dia memang susah dikejut. Silap-silap kita kena marah. Selagi tak puas tidur, dia memang takkan bangun. Sampai aku rasa muak tengok dia tidur. Subuh banyak terlepas, kerja pun banyak terlepas.
Aku sangat idamkan hidup yang rutin dengan bangus subuh, solat berjemaah, sarapan bersama & teruskan dengan rutin harian masing-masing.
Tapi gara-gara tabiat tidur dia ni, makan bersama pun saaaaaangat jarang. Aku sedih sangat. Kehidupan rumahtangga yang langsung tak macam aku bayangkan.
Hidup aku jadi dah tak bermotivasi. Hari-hari dengan rutin yang tak produktif. Lebih lagi dah berhenti kerja untuk besarkan anak. Nak keluar pun terbatas dengan anak kecil dalam situasi pandemik ni.
Langsung tak bebas. Aku tinggalkan kehidupan aku yang selesa untuk hidup sebagai isteri & ibu kepada anak dia. Tapi dia tak sanggup nak lepaskan keseronokan dia demi keluarga.
Bila aku cakap macam ni, dia akan meletup. Katanya dia keluar untuk cari rezeki juga. Bukan semata-mata berkawan. Ya betul, tapi sebahagian saja betul.
Sebab aku tahu dia jenis yg suka melengah-lengah, buatkan kerja yang sepatutnya selesai pukul 10, jadi pukul 12. Sekarang makin menjadi konflik antara kami sebab aku dah perasan banyak dia mengelat bila aku tanya sesuatu.
Selalu aku ingatkan dia “nanti Tuhan tunjuk pada isteri ni”. Aku faham dia mengelat sebab nak elak kemarahan aku. Tapi bila kantoi dia tipu aku, makin berapi la kesannya.
Aku memang dah biasa dengan fikiran “dah puas hidup”. Hari-hari mengeluh “apalah nak jadi dengan hidup aku ni”. Padahal masa muda & bujang orang memandang aku sebagai ‘seorang dengan masa depan yang cerah’.
Tekanan bertambah-tambah sebab aku tiada tempat meluah. Cerita pada kawan atau keluarga memang tak lah. Dulu aku ingat aku boleh luah pada family dia memandangkan kami tinggal dekat & family dia tahu sikap dia ni. Tapi rupanya, aku tertipu.
Family mertua baik. Tak tipu, memang baik. Tapi sejak aku dengar ayat “Nour mungkin tak biasa, tapi kami dah biasa dia macam tu.”, aku dah faham.
Apa sekalipun, family dia akan ‘lebih faham’ sisi dia daripada aku. Aku pun baru mula perasan, kalau apa-apa memang family dia lebihkan dia.
“Ayah balik kerja dah nak pergi kerja lagi.”. “Kesiannya kalut-kalut nak kerja, makan pun tak menikmati dah.”. “Bagusnya ayah tak tidur malam jaga anak.”
Aku macam, ‘pffffft..’ Dalam pantang pun aku bangun urus anak sendirian, makan pakai semua urus sendiri. Kalau tak cakap sebiji-biji memang dia tak buat. Tak apa la aku faham, dia pun pertama kali jadi suami & bapa.
Tapi aku akan panas kalau family pandang macam ‘suami sibuk kerja, isteri habiskan duit saja’. Like, hello? Aku buat kerja rumah, jaga anak semua tu, apa? Orang gaji pun dapat gaji lebih mahal daripada aku tau…
Tapi pointnya kat sini, dia dah jadi keluarga kau 20-30 tahun pun, pasangan dia akan lebih kenal dia yang sebenar.
Point nombor dua, marah macam mana pun pada anak, tetap anak. Sayang macam mana pun pada menantu, tetap hanya menantu. So jagalah apa yang kita luah pada keluarga pasangan. Silap-silap kita jadi isteri tak sedar diuntung, tahu burukkan suami saja.
Aku, sekarang aku dah faham so aku jawab yang bagus-bagus saja pasal dia. Order barang online sila letak nama suami kalau tak nak dicop menghabiskan duit suami.
Entah apa-apa dah jadi dengan confession aku ni. Asalnya triggered dengan confession akak tadi. Kalau tak dah lama aku tahan diri tak nak confess di sini.
Ikutkan aku memang sangat dah tak tahan dengan kehidupan sekarang sebab sangat berlawanan dengan hidup yang aku cita-citakan.
Aku dah sampai tahap nak minta cerai tapi dalam masa yang sama tak nak bercerai.
Para pembaca doakan lah kami yang baik-baik. Doakan lah aku dikuatkan iman, dekatkan diri kepada Allah. Doakan aku untuk lebih cintakan Allah melebihi yang lain. Supaya aku tak terlalu kecewa dengan tingkah manusia yang aku sayang ni.
Entahlah korang. Aku betul-berul rasa hidup dah tak bermakna. Aku rasa dah putus asa nak perbaiki hidup aku ni bila suami tak membimbing. Tapi aku tak nak terus macam ni. Aku nak bangkit dengan diri aku sendiri, bukan terus bergantung & beralasan pada suami.
Tolong doakan aku. Aku nak keluar dari kegelapan ni. Aku masih sayangkan keluarga kecil kami, rumahtangga kami. Aku nak ubah diri aku dulu, semoga suami aku pun nanti Allah tarik dia untuk berubah.
Aku nak jadi rajin berdoa kepada Allah. Aku baru sedar yang berdoa pun sebenarnya saru usaha. Bukan mudah nak berdoa sungguh-sungguh pada Allah. Hinanya aku rasa diri ni. Entah lah.
Maaf aku tak dapat nak susun cerita dengan baik sebab penulisan ni spontan.
Di hujung kata, aku nak pesan, & aku selalu pesan macam ni kalau ada kawan-kawan bujang tanya pasal jodoh, nikmati sahaja lah kehidupan korang yang sekarang. Tak perlu gelabah sangat untuk berkahwin.
Kecuali kalau memang dah gatal sangat tu wajiblah kahwin. Bercinta tanpa kahwin tu haram dan jadah ya kawan-kawan. Bercayang-cayangan, video call, bermanja-manjaan tanpa nikah tu semua haram.
Dan ketahuilah kalian perbuatan-perbuatan haram sebelum nikah ni akan memakan diri kalian, akan merenggut kebahagiaan kalian selepas kahwin nanti.
Tapi harus siasat bakal pasangan korang (ala zaman teknologi hujung jari ni) & jangan letak ekspektasi tinggi walau sesempurna apapun dia di mata korang. Jadi jaga hati, jaga diri, jangan menyesal kemudian hari. Jangan lupa doakan aku!
– Nour (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit