Untuk part I, (https://iiumc.com/merajuk-dengan-allah/).
Assalamualaikum, saya Qistina. Saya pernah hantar confession Merajuk dengan Allah sebulan yang lalu. Sebulan juga ambil masa untuk confession kedua ni.
Ingatkan nak habis disitu saja tapi lepas baca komen, siap ada confession reply lagi, i think you guys deserved an appreciation.
Terima kasih semua. Terima kasih sangat-sangat. Kata-kata positive dari pembaca semua menaikkan kembali semangat Qis. Ada sedikit komen yang agak kasar and judgmental but its okay. i’m taking it positively.
However, komen yang lembut dan berhikmah, penuh dengan nasihat diakhiri dengan doa and hugs, betul-betul masuk kedalam hati, membuatkan saya menangis.
Bila orang yang kita kenal doakan kita pun dah rasa terharu, inikan pula orang yang kita tak kenal langsung doakan kita beramai2. Its double triple terharu.
Antara komen-komen yang sangat terkesan dihati bila ada yang ingatkan kembali tentang sifat-sifat Allah, tentang sifat Maha Penyayang Dia, Maha Pengasih, dan Dia menerima doa hambaNya.
Kita insan yang lemah kadang-kadang terlupa Allah itu tidak sama dengan mahkluk-Nya.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ya Allah betapa aku lupa tentang sifat Mu yang penuh kesempurnaan.
Ya, saya menangis teruk bila baca komen sampai bengkak mata, keluar hingus semua. Nasib baik suami keluar solat Jumaat. Kalau tak mesti dia pelik, tengok apa la kat phone tu sampai menangis beria.
Tak kurang juga yang share kisah hidup masing-masing yang buatkan saya lagi bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, kesihatan, harta dan paling penting suami, keluarga dan inlaws yang sangat2 baik,
Ya Allah kenapa aku boleh lupa tentang semua itu. Semua dah ada, hanya satu itu saja yang tak ada, anak.
Saya hanya manusia biasa, iman naik turun. Kadang-kadang tergelincir dari landasan. Ada pembaca yang ingatkan tentang ujian. Tanpa sedar, hidup ni memang medan untuk diuji.
Kita acap kali menzahirkan ucapan bahawa kita beriman kepada Allah, namun apabila ujian menimpa, kita berkeluh-kesah, menyalahkan takdir.
Firman Allah SWT bermaksud: “Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’ sedang mereka tidak diuji? Semoga saya dan kita semua berjaya dalam ujian masing2.
Tak lupa untuk semua yang doakan yang terbaik untuk saya, ada yang doakan saya dapat kembar sepasang terus. Qis gelak sambil nangis tau bila baca tu. Hehe. Thank you sangat.
Tentang anak angkat, bukan tak pernah terfikir. Tapi suami Qis memang tak mahu ambil anak angkat. And when I asked him is there any particular reason why? he just goes like ‘No reason, I just dont want to. Please respect keputusan abang for this one sayang.’.
So yes, saya taat dan akur dengan keputusan dia. Biasanya dia layan saja kehendak kita, nak bela kucing la, nak tukar cat rumah la, nak mengidam pelik2 food hunting pun dia layan saja. Tapi bab anak angkat ni dia memang taknak padahal dia suka budak-budak.
Masa kakak ipar berpantang aritu dia yang tolong mandikan baby apa semua, kita pula yang kekok sebab tak biasa pegang baby yang baru lahir, takut salah pegang baby lembut lagi masa tu.
Suami kakak ipar frontliner selalu tak ada rumah, ibu dan ayah mertua dikampung sebab pkpd jadi memang suami saya yang banyak tolong kakak nya disini uruskan baby,
Saya pula tolong tengokkan anak2 yang lain sebab rumah kami tak jauh sangat. Suami juga suka sedekah dan bagi hadiah pada kanak2.
Masa gi umrah dia bawak banyak gula-gula dan coklat dari Malaysia sebab nak bagi budak2 disana. Dia banyak join CSR yang mellibatkan anak2 yatim dan sebagainya. Banyak lagi la kalau nak cerita.
So, memang tak tahu reason kenapa dia taknak anak angkat. tapi saya hormat keputusan dia. Once dia dah keluar ayat please respect his decision, I knew it was final. Maybe one day he’ll share with me the reason why.
Bila ingat kembali punca kenapa ‘merajuk’ ni, Qis dulu memang betul-betul dah redha sehinggalah PKP 2020. Masa tu both of us kena work from home (WFH).
So Qis fikir maybe this is the chance yang Allah bagi untuk ada zuriat sebab sebelum ni kami berdua sibuk dengan kerjaya masing2.
My husband always come back at night, lepas tu dua2 dah penat. Stress hadap jammed di KL, and tons of works sometimes bawak balik rumah, so I thought maybe it was the reason belum dapat zuriat walaupun usaha macam-macam dah. Harapan Qis tinggi sangat waktu tu.
Ada lebih masa untuk ibadat, ada masa lebih untuk bermanja dengan husband. Tapi dari 2020 membawa ke akhir tahun 2021 tak ada apa-apa. Nothing! While everyone around me lepas sorang sorang dapat baby PKP.
Bila kira balik 18 orang family and friends yang dapat anak sepanjang 2 tahun ni. Sedangkan kita ni dah usaha sehabis baik, habiskan duit, masa, doa tanpa henti.
Tapi mungkin Qis lupa satu, tawakkal. Qis expect bila dah usaha dan doa akan dapat apa yang kita nak. But Allah’s plan doesn’t work that way. Semua dalam pengetahuan dan perancangan Dia.
Disitu la Qis mula kecewa dan kecewa bila harapan yang setinggi gunung dihancurkan setiap bulan – negative pregnancy test. Every single time check UPT and nothing comes out.
Months goes by. I was frustrated! I was questioning Allah, what else? What else yang kena buat ya Allah?
Aku dah redha sebelum ni, tapi kali ni harapan ku tahun ni tersangat tinggi ya Allah. Kalau belum ada rezeki untuk aku ada anak, rezekikanlah untuk aku mengandung. Gugur pun tak apa.
Rezekikanlah untuk aku rasa mengandung walaupun sekejap ya Allah. Rezekikanlah untuk tengok UPT itu positive. Sampai begitu sekali doaku.
Masa tu Qis fikir mungkin permintaan untuk dapat anak tu besar sangat, so mintalah untuk rasa mengandung sahaja mungkin Allah bagi.
I was so stupid to have thoughts like that. Allah bukan bersifat seperti mahkluk yang kedekut. Allah Maha Pemurah kan. Boleh saja minta sebesar-besar permintaan dengan dia.
Sedangkan syurga pun hari-hari kita doa untuk dapat masuk. Entah lah. I was stupid sometimes.
Ikutkan rasa dan hati. Qis kecewa bila masih tiada apa berlaku, hati mula pudar untuk berharap tinggi pada Allah. Takmau minta dah.
At the time I post the previous confession, I was at the lowest point is my journey getting a baby. So yeah, I did what I did like in the first confession.
Of course dalam perjalanan untuk bangkit semula ni sometimes I’m feeling down. But every time I feel that way, I will remember back all those blessings, nikmat Allah bagi and all the loves I received from everyone around me. Sekarang Qis dah tenang kembali.
Sekarang suka dengar selawat Tafrijiyah kat youtube, tenang saja bila baca dan hayati maksudnya. At the same time akan teringat Nabi kita pun diuji dengan ujian yang lagi dasyat tapi dia tak pernah putus asa dan mengalah.
Tak pernah marah Allah. Selain tu Qis baca quran, kadang-kadang buka balik confession dan baca komen2 korang tauu. Rasa nak nangis dan terharu everytime baca semula. Dah dua tiga kali buat kerja macam ni. Haha.
Harap confession tu tak hilang so that I can read the positive comment over and over again, every time I need a lift.
Tak nak merajuk dah. Or patut ke Qis screenshot dan simpan semua komen2 positive tu? Hahaha.
Semoga pahala mengalir pada semua yang doakan Qis. Positive words seem like a small thing but actually it could change someone’s world. Moga hati ni tak berbolak balik lagi.
Saya doakan moga yang terbaik untuk pejuang TTC. Semoga kita diangkat darjat untuk menjadi seorang ibu suatu hari nanti.
Rasanya ini confession yang terakhir. Inshallah if I get the good news one day, I will share here too! Lots of love, Qistina.
– Qistina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit