Takayasu Arteritis atau Penyakit Tidak Bernadi

Takayasu Arteritis atau Pulseless Disease atau Sindrom Arkus Aorta atau Tidak Bernadi ini adalah merupakan satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu itu tidak mempunyai nadi dan boleh membawa kepada kematian!

Pelik tapi benar.

Takayasu diambil sempena nama seorang professor Mikito Takayasu yang telah membentangkan satu kes pada pertemuan tahunan ke-12 badan Oftalmologi Jepun berkenaan seorang wanita berusia 21 tahun yang mempunyai anastomosis salur vena dan arteri koronari yang aneh di bahagian retina.

Satu autopsi dilakukan pada salah seorang pesakit yang telah meninggal dan mendapati si mati mengalami keradangan yang membabitkan setiap lapisan salur darah arteri yang mengakibatkan pengecilan diameter semua salur darah arteri yang terjejas.

Dengan pengecilan yang berlaku ini, bekalan darah dengan oksigen yang dibawa oleh arteri ini menjadi tersekat.

Apabila saluran darah tersekat, ia menyebabkan bekalan darah ke kepala terkesan dan bahagian kepala tidak mendapat bekalan darah yang cukup. Justeru, berlaku percantuman dan pertumbuhan salur darah baharu yang dilihat dalam retina pesakit.

Dari sudut epidemiologi Keradangan Arteri Takayasu ini lazimnya berlaku dalam kalangan orang yang muda (lingkungan usia 20 hingga 40 tahun) dan kecenderungan terhadap wanita berbanding lelaki, sebanyak 8 hingga 9 kali ganda.

Punca berlakunya penyakit ini masih belum dapat diketahui namun ada yang berpendapat kerana faktor genetik atau infeksi. Namun, pengesanan awal pesakit Arteri Takayasu ini sebahagian besar lain mengalami gejala seperti:

* demam ringan

* anemia

* pening

* berpeluh

* sakit otot

* sakit sendi

* sakit kaki terutama ketika sedang berjalan atau bersukan

* tubuh terasa lemah

* sakit perut terutama ketika setelah makan

* tekanan darah tinggi

Kebiasaannya pesakit Arteritis Takayasu  akan sakit dengan perasaan sakit yang kuat. Pesakit merasa sangat letih dan lemah, mengalami kehilangan selera makan dan penurunan berat badan serta merasa sakit sendi dan otot. Anda mungkin demam dan berpeluh malam.

Selepas gejala awal timbul, gangguan peredaran darah dan bekalan organ yang tidak mencukupi menyebabkan lanjutan sakit kronik yang lain seperti gangguan penglihatan, pening dan pengsan, tekanan darah tinggi dan sakit kepala.

Risiko strok dan serangan jantung juga meningkat. Tekanan darah di kedua lengan sering berbeza antara satu sama lain.

Sekadar perkongsian buat saudara sekalian. Jika mempunyai simptom tidak bernadi ini, maka lekas-lekaslah pergi berjumpa pakar bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku di masa hadapan.

Jaga kesihatan kerana sesungguhnya nikmat sihat itu adalah antara nikmat-nikmat besar yang kita miliki selain daripada Islam.

Saya doakan agar saudara saya sekalian sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan dipelihara oleh Allah SWT.

Si Takayashu Arteritis

– Mklong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *