Gangguan Bilik Opah III

Assalamualaikum. Aku Jay. Terima kasih korang sebab baca kisah benar aku Gangguan Bilik Opah 1 & 2.

https://iiumc.com/gangguan-bilik-baru-opah/

https://iiumc.com/gangguan-bilik-baru-opah-ii/

Kisah kalini jadi masa 2018. Waktu tu aku dan ex-partner aku uruskan satu program kem 2hari 1 malam dalam hutan. Chalet dan dorm semua ada.

Aku mempunyai masalah kerjasama dengan ex-partner aku. Dia sibuk nak bagi ceramah dan acah hebat ilmu itu ini depan audien. Tapi satu apa pun ilmu perubatan islam dia tak tahu menahu.

Peserta audien merupakan satu kumpulan belia dalam 20 orang.

Pada waktu malam, ex-partner aku bertegas nak bawak belia2 ni naik atas bukit, dalam hutan. Nak bagi ceramah sedih2 la. Sambil pasang lagu instrumental Opick.

Aku malas nak bertekak, so kami bawak lah diorang naik atas bukit.

Buat pengetahuan korang, ex-partner aku tak tahu menahu langsung pasal tempat tu.

First time dia datang, dia buat2 pandai macam dh tau tempat tu lama tanpa fikir akibat buruk yang akan berlaku selepas itu……

Sebelum kami naik, aku ketuai bacaan ayatul kursiy dan bacaan doa. Dalam hati aku, aku niatkan Allah pagarkan kumpulan kami agar tak berlaku gangguan

Kami masuk hutan dan naik atas bukit. Duduk dalam kumpulan besar dan mulakan sesi ceramah tu..

Tiba2, ex-partner aku arahkan salah seorang peserta keluar dari kumpulan dan duduk sorang2 berjarak dari kumpulan kami. (Orang acah2 pandai buat kepala sendiri)

Aku rasa tak sedap hati weh.

Aku round kat budak tu sekali takda apa. Dia senyap dudu bersila je.. aku round kali kedua.. tiba2 dia mengigil sorang2. Dalam hutan weh..jangan buat pasal.

Aku bagi salam.. tak berjawab.. bagi lagi salam.. tak berjawab. Aku pun sentuh bahu dia.. gulp..

Tiba2 dia jeling aku dan terus ubah posisi merangkak.. sambil buat bunyi menderam harimau..

Aku panik.. tiba2 ada sorang peserta pegang dia kuat, tutup muka dengan kain sambil baca surah. Aku kena turun bawah untuk ambik air nak siram bagi dia sedar.

Tau2 masa aku nak naik bukit balik.. satu kumpulan otw turun bawah, diaorang tak jadi nak teruskan. Kami pun terus masuk dorm masing2 untuk tidur. Tentatif dibatalkan.

Tengah Malam tu jugak. Dorm yang menghala ke hutan bukit dengar sayup2 lagu instrumental dimainkan entah dari mana..

Dan lagu tu adalah….. sama seperti lagu yang kami pasang awal2 masa dalam hutan.. tau2 lah siapa yang duk meniru bunyi tu.

Tingkap2 dorm pulak… terdengar seperti dicakar dari luar.. seperti ada benda yang tak puas hati dengan kami.

Firasat aku merasakan, “benda” tu dah turun dari bukit datang melilau ke tapak kem kami sebab kami dah masuk ke kawasan dia..

Siapa yang keluar dari dorm tengah2 malam tu rasanya memang nampak la benda tu duk melilau. Glups.

Ex-partner aku?dia lari masuk bilik. Terbongkang tidur. Tau pun takut.

Pesanan aku jika nak masuk hutan buat apa2 aktiviti, jangan buat pandai. Kita tak tau siapa penghuni di tempat tu sebelum kita datang.

Jaga adab. Pastikan ada serba sedikit ilmu perlindungan diri dengan amalan ayat2 Allah.

Al fatihah.

Al baqarah ayat 102.

Al baqarah ayat 255

Al baqarah ayat 256-257

Al baqarah ayat 285-286

2 ayat terakhir surah at-Taubah

Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas

Btw, aku pun dah resign program2 kem ni dan putus contact dengan partner aku atas pilihan aku sendiri. Aku pilih untuk jadi pendidik anak bangsa. Tenang hidup aku.

Terima kasih sudi baca. Maaf story tak berapa best.

– Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *