Suami Mengaku Sayang Perempuan Lain

Assalamualaikum semua. Sebenarnya saya tak tahu nak luahkan masalah saya pada siapa.

Tapi waktu saya menulis ni, saya memang dalam keadaan sedih teramat, saya dapat rasakan yang rumahtangga saya dah di hujung tanduk :’)

Siapa tak sedih bila suami yang kita sayang sepenuh jiwa, di belakang kita, main kayu tiga. Waktu saya dapat tahu perkara tu, saya rasa macam satu bebanan jatuh atas kepala saya.

Saya dah lama hidu perkara ni, cumanya suami saya baru jujur dengan saya perkara ni beberapa minggu yang lepas. Saya juga pernah menghubungi perempuan tersebut.

Dia siap berjanji dengan saya untuk betulkan semula dan cuba pergi jauh. Siap minta saya beri masa.

Tapi, rupa-rupanya, masa yang saya beri tu, bukan digunakan untuk menjauh, tapi menjadi lebih rapat dari sebelum ni.

Hati isteri mana yang tak hancur bila jadi seperti ini. Suami pulak tak habis2 minta masa. Tapi berapa lama masa yang perlu saya korbankan?

Saya tahu saya bukan orang yang baik. Dan saya juga memang mempunyai masalah dengan keluarga mertua.

Dan ini jugalah yang menjadi minyak yang makin membuatkan situasi ni jadi semakin rumit.

Kesalahan lampau saya kerapkali diungkit, sehingga saya rasa sesak dada, patah semangat untuk teruskan hidup.

Ditambah pula dengan kes suami saya sekarang. Saya akui memang ada salah saya dulu, tapi perlukah saya dibalas sebegini rupa?

Seolah2 macam saya layak untuk dihina, diperkecilkan, dibuat apa2 sahaja oleh orang lain

Salah kah saya untuk minta dilepaskan? Sebab saya juga penat, kecewa, sakit.

Tapi setiap kali itu juga lah, suami akan minta masa, minta untuk saya tunggu sambil tenangkan hati.

Tapi macam mana saya nak bertenang bila memikirkan yang suami saya ada perempuan lain? Allah je tahu perasaan tu

Walaupon pahit, saya tetap juga berjuang. Demi anak2.

Tapi saya tak tahu sejauh mana lagi saya mampu melangkah. Sekuat mana lagi saya mampu harungi perkara ni. Perempuan tu pulak seperti tak mahu melepaskan.

Dan dia berani mengambil kesempatan atas masalah saya dengan keluarga mertua saya. Dia siap contact dengan keluarga mertua saya.

Setiap apa yang saya hantar kepada dia, dia akan screenshot dan mengadu.

Habis, apa lagi yang saya mampu lakukan? Bertahan? Sumpah demi Allah, kalau lah harini saya dapat lari jauh, saya dah lari. Tapi memikirkan anak2, saya jadi buntu

Korang tolong doakan saya ya :’)

– Tia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *