Anak Yang Useless

Aku ada problem besar dengan anak no. 2 aku. Aku ada 5 orang anak. 3 dah dewasa, 2 masih lagi remaja di sekolah menengah.

Problem aku dengan anak no. 2 aku ni. Dia ni perempuan. Aku namakan dia Pink (bukan nama sebenar).

Fast forward aku and hubby hampir kahwin selama 30 tahun. Dan Pink pun membesar, menjadi seorang gadis. Dah graduated with flying colors. Dah besar umur dalam 27.

After habis belajar, dia lari rumah sebab aku and hubby tak bagi dia kerja.

Masa belajar pun Pink mintak izin kerja part time. Of courselah aku tak bagi. Hubby kerja kerajaan kot. Aku pun kerja gaji besar. Lepastu Pink cari biasiswa and dapat alhamdulillah. Kami stoplah bagi duit.

Tapi Pink banyak kali cakap tu bukan biasiswa tu pinjaman je. Tapi dia dah tak pernah mintak duit kami lepastu. Tapi kadang-kadang ada la bagi 100 ke 200 setiap kali balik cuti sem.

Pink kata after habis belajar dia kena bayar balik.

After grad Pink dapat offer kerja dari lecturer dia tapi hubby tak bagi.

Yelah aku dan hubby nak pergi haji umrah pergi mana apa semua dia lah kena jaga adik-adik dia. Plus, Pink la kena tolong aku buat kerja-kerja rumah time aku kerja.

Masa dia belajar aku penat jaga family ni apa salahnya dia tolong pun. Memang tak kenang budi and derhaka bagi aku sebab lari rumah. Tinggal macam tu je tak fikir kami langsung.

Bila tak kerja nak mintak-mintak aku dan hubby beli macam-macam. Sekali dua je la bagi kadang tak bagi langsung. Skincare la bodycare la, walhal shampoo sabun apa semua kan ada.

Tapi Pink ni lain daripada gadis-gadis sebaya dia. Pink ni senang cakap tak cantik, tapi sibuk nak beli macam-macam.

Aku and hubby tak bagila. Make-up pun tak, Bergaya pun tak. Dia asal boleh je. Macam tomboy pun ada. Dia bersih kemas tapi tak menarik pun.

Aku ni tak de lah kejam sangat. Kadang-kadang bagi je baju baru, tudung baru untuk dia tapi dia pakai sekali dua je lepastu dah tak pakai.

Baju and tudung lama aku pun aku bagi tapi dia pakai sekali dua je. Kadang tak pakai langsung. Macam tak bersyukur and tak hargai.

Dah berapa bulan Pink ni lari rumah, aku guilt trip dia suruh balik and dia balik. Masa dia balik, dia kata dia dah kerja kat tempat dia lari tu.

Dia kata dia janji bulan-bulan dia akan balik. Walaupun aku tau jauh and penat dia pulak kerja asyik OT. Keluar pagi balik malam tapi janji tetap janji kan.

Lepastu, kerja gaji pun takat 3k je. Bagi kat aku and husbang 200 sorang sebulan. Apa lah sangat ciput camtu, kalau 2k ke apa tak pe jugak nak bagi.

Tak lama lepastu kantoi bila abang aku, pakcik dia, melawat dekat area rumah sewa dia, dia kerja part time sampai pagi.

Masa-masa ni pulak Pink pun ada cakap dia ada hasrat nak berkahwin. Baru habis belajar and kerja sekejap nak kahwin. Memang aku tak bagila.

Hubby ada bagitau, boyfriend Pink ada mesej dia nak berkenalan. Hubby aku ignore je mesej boyfriend Pink tu.

Pasal kerja part time tu, abang aku agak marah and terkejutlah. Dah ada kerja kenapa kerja part time lagi. Pink kata time cuti kerja biasa, dia kerja situ. Geram la aku.

Masa dia balik aku dan hubby paksa dia berhenti semua kerja and aku carikan dia kerja lain kat rumah siap-siap. Dia kata dia boleh berhenti tapi dia tak nak kerja aku carikan.

Memang taklah aku bagi. Susah-susah aku carikan tak nak pulak. Nasib baik dia dengar cakap. Dia berhenti kerja, Lepas balik, dia terus kerja kat tempat aku carikan pulak. Lepastu dia buat problem lagi.

Pink ni tahan dua minggu je. Lepastu mula tak datang. Lepastu aku carikan lagi kerja lain, dia lepas interview tapi dia tak pergi jugak.

Pink kata dia dapat tawaran kerja kerajaan kat tempat kat area dia kerja dulu. Aku dan hubby tak bagila. Dah lah jauh, balik sebulan sekali.

Lepastu dah dekat 4 tahun dia mengangggur. Duduk rumah saje, tak buat apa. Setakat buat kerja rumah. Aku suruh buat affiliate dia kata ya, tapi tak buat-buat. Aku suruh mohon sana sini siap hantar link macam-macam lagi, dia diam je.

Duit memang aku bagi 4 or 5 bulan RM100 kadang-kadangla untuk dia beli apa dia nak. Kadang tu pun dia tak nak tapi paksa jugak dia ambik. Yela tak nak la nampak kejam sangat dengan dia.

Tu pun kadang tak bagi jugak. Yelah tak kerja kan. Sepupu-sepupu dia, anak-anak kawan aku semua even lagi muda kerja korporat, beli tanah, beli emas. Dia? Duduk je bilik dalam rumah. Dia ada berjinak-jinak buat kuih.

Aku suruh dia jual. Macam biasa dia kata ya tapi tak buat-buat. Aku pun dah tak tau nak buat and cakap apa lagi dah. Aku kadang abaikan si Pink ni and kadang tak tegur dia sampai berbulan-bulan even duduk serumah.

Dia pun asyik duduk bilik je, walaupun dia buat kerja-kerja rumah. Habis masak, masuk bilik. Habis sapu, masuk bilik. Habis lipat baju, masuk bilik. Dia tak ada lah buat muka atau apa-apa tapi dia tak tegur aku, buat apa aku tegur dia.

Time raya lagilah tiap-tiap tahun selamba je cakap bila orang tanya kerja apa dia kata duduk rumah je sambil cari kerja. Tapi aku tau dia tipu. Dia tak cari pun. Sekadar jadi pemanis mulut berbual dengan orang je.

Apa lah masalah dia. Dah la tak kerja. Apa-apa kerja tak nak. Sekarang zaman online kerja wfh pun tak kerja. Aku buntu dah tak tau nak buat apa.

Apa patut aku and hubby buat dengan si Pink ni ya?

– Magenta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

31 Comments

  1. I am sorry to say this. Kalau saya jadi Pink, saya pun akan lari kalau perangai parents saya macam ni. Setiap anak mesti ada impiannya masing masing. Mungkin waktu semangat dia tengah berkobar kobar nak capai impian, parentsnya menghalang. Anak tu tanggungjawab, bukannya investment. Dengan harapan, kalau kita susah dia akan tolong. No. You signed up for it.

    First time saya jumpa parents yang tak bersyukur anak bagi duit belanja bulan bulan. Dia ingat tanggungjawab sebagai anak tu dah biggest blessings dah tu.

    Moga saya tak jadi parents yang macam ada mindset macam ni. Apologized for my harsh words.

  2. Dear Pink.
    If you read this.
    Find a job faraway from your home.
    Live your life.
    Take care of yourself.
    You are amazing. You are going to do amazing thing. Have amazing life.
    You are kind. You are pretty for the right people.
    I am sorry for everything that has happened in your life.
    But you are going to have a better life soon, inshaAllah.

    • Anak tu tak problem. Tt yang problem. Anak tu derhaka sebab ibunya derhaka dulu pilih kasih, hina zuriat sendiri. Tt mesti dah 50 atau 60an dan well educated. You’re not a good mom. Pendapat sy utk tt, doa baik-baik utk anak.

  3. Maaf la kalau bahasa saya kasar ye. Maaf tanya puan penulis ni bela robot ke? Atau bela lembu? Bela bagi besar dengan harapan boleh generate income dari dia. Sendiri cakap kerja gaji besar bagai laki bini. Masih nak harapkan duit dari anak ke. Anak tu kalau masih belajar memang tanggungjawab ibubapa untuk nafkahi dia. Ni dok harap biasiswa. Elok anak tu kerja disuruh berhenti. Pastu bising anak sekarang tak kerja. Dikutuk pulak anak takda rupa bagai. Dari mana ya rupa dia kalau bukan genetik dari ibubapa dia??? Mak ayah saya tak kerja hebat macam puan suami isteri tapi sepanjang kami anak 6 orang belajar semua ditanggung ye. Walaupun ada biasiswa masih mak ayah saya bagi duit belanja. Ini la ibu yang derhaka pada anak. Membezakan anak. Kufur nikmat. Berkira nak belanja duit untuk anak sendiri. Anak tu amanah bukan binatang peliharaan nak ikut cakap puan je. Itu tak boleh ini tak boleh. Dah tu dihina dan downgrade anak sendiri. Astaghfirullahalazim. Harap puan banyak berzikir dan solat taubat. Kata-kata puan sangat menyakitkan dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu. Kepada Pink, keluar la menyewa, sesungguhnya ibu awak ni manusia tak bersyukur. Saya harap awak tak tekanan dapat ibu spesis rare ni. Jarang sangat nak jumpa ibu kutuk anak yang keluar dari rahim sendiri.

  4. Punya lah rajin si anak bekerja sampai pagi buat part time… Boleh pulak ada pemikiran pelik2 x bg anak buat tu buat ni..

  5. oi makcik, anak bukan hamba kau…. kesian anak kau…
    elok kena starlight kat dahi je makcikkkk….
    ko igt ape 100 utk 5bulan dah besar sgt ke, dpt parents mcm ni.. boleh biol otak anak

  6. toxic gila kau ni?? baik masukkan je balik dlm punai laki kau, xpayah buat si pink ni.. stupid parent!

  7. sebenarnya puan nk pink jadi ape?
    bila dia dah kerja, puan suruh berhenti, bila dia xdapat kerja, kata cousin2 kerja korporat?
    hello kalau saya jadi anak puan pun saya stress. xkesah la dia keje ape pun as long dia keje kan.
    dia tak kerja tu sbb dia protes. dia ada dream kot. why you control it?
    ke sbnrnye dia xmenepati apa yg puan nak. you such a control mother. yes i know, she is ur daughter but she big already. she has her own dream. lepaskan dia utk jadi ape.
    sampai hati u kata dia buruk. she is your own daughter pun. pastu bagi duit pun 100. lantak la dia nk beli ape. at least dia kerja tu for own sake what she want.
    and you kata you and husband kerja grand, tp bg 200 xbersyukur. hello once again, if you have big amount, 200 tu celah gigi u. xkalau u xnk guna masuk la tabung, ke tabung kawin dia ke, at least nk kenduri nnt u xpayah pakai duit u. pakai je duit 200 dia tu.
    saya bersyukur di kurniakan mak yg open minded and lepaskan saya terbang utk menggapai impian walaupun mak saya suri rumah duduk kampung.
    semoga saya menjadi ibu yg bertimbang rasa. dan jauhkan sifar selfish parents macam ni.
    to pink, semoga awak dpt kerja oversea dan dikurniakan husband n inlawa family yg sayang n hargai awak

  8. lahhh makcik, dia dah kerja kau xbagi, kau paksa dia balik ngadap kau, then dia x kerja kat tempat kau, kau salahkan dia, kau bandingkan dia dengan sepupu-sepupu dia, dia dalam rumah kau, kau xlayan dia, dia dah ada duit sendiri, dia bagi duit lebih kat kau dr apa yg kau bagi kat dia, kau nak apa ni makcik?? memang sengaja minta kena kecam ke?? memang perlu ke atur hidup anak kau sampai macam tu makcik?

  9. act mak bapak yg problem. Anak kerja bagi rm200 kau mcam hina. Sumpah kau ni mak bapak yang problem!!! memang mintak kena maki. Dia dah duduk rumah ngadao kau, masak apa semua, bukan lah dia duduk rumah ngangkang je. Mak jenis apa kau ni? ego kelangit acah bagus

    • ank bg rm200 sbulan dia perlekeh..yg dia tu bg rm100 5 bulan skli..kte gaji besar..bglah anak 2k sbulan..hahahaha

    • Saya pun rasa yang tulis ni sbnrnya si Pink. Dia nak suruh org judge perangai makyah dia dan nak makayah dia baca komen bhw diaorg tu toxix sbnrnya.

  10. Ni luahan yg betul berlaku atau rekaan cerita? Maaf lah ya nampaknya makcik ni nak atur hidup anaknya. Tak mau anak kerja jauh sbb jarang balik dan untuk uruskn adik beradik klu makcik ni keluar kawasan. Anak tu bukan maid dan juga budak suruhan yg ikut je telunjuk awak. Dia ada keinginan dan sepertinya dia sudah ada perancangan masa depan cuma makcik dah hancurkn semua. Jd dia memberontak dengan cara dia sekarang. Makcik tak reti bersyukur anak hulur duit tu walaupun sedikit tanda dia ingat pd org tuanya. Umur dah 20an nk kawin makcik tak bg. Mak cik sebenarnya nak apa dari dia. Tak mau lepaskan dan tak mau tanggung dia jg. Ibu bapa apa macam ni. Pada sya alhamdulillah jika anak lulus cemerlang dan ada hala tuju serta boleh kerja tanggung diri sendiri.

  11. anak yang useless apebenda. hey makcik!!! kau tu yang useless. semoga pink lari jauh2 dari keluarga ni. cari kerja & merantaulah jauh2. jangan pernah balik dah kat rumah makcik tua ni. dia nak expect anak dia bagi 2k HAHAHAHAHA. dia bagi 100 untuk 5 bulan dasar takde otak. bingai betul!!!!! nak aje aku carut kau ni

  12. Salah tu patutnya titlenya adalah Mak Bapak Yang Useless.
    Apa bendanya anak nak buat, semuanya cakap tak tak. Anak ko tu bukan kecik lagi pun ko nak atur2. Tu dah cukup elok, anak kerja ingat kat mak bapak lagi. Siap part time lagi makcik. Dah kenapa makcik?? Kang anak kerja tak ingat mak bapak pun kena jugak. Entah la tamfamham aku

  13. Makcik, you are such a toxic mom. Saya harap makcik muhasabah diri dan fikirkan perasaan pink dan saya berdoa tak ada anak orang lain yang dapat ibu bapa perangai macam makcik suami isteri.

  14. ok..nk maki….
    ape punya bod*h la mak pak budak pink ni…kita ni..bagi anak belajar pandai..nk bagi anak tu berdikari..boleh hidup sendiri…bukan menempel kat orang tu..menempel plak sikit je dibaginye…mcm hara*…budak perempuan ni..maintanence tgi, mcm2 nk beli….kalau tiba2 mak bapak mati…anak tu xreti nk buat ape..lagi la susah…bia la budak tu berdikari…panas pulak baca confesion yg acah2 dia paling baik..pulak suruh joint affiliate…jadah dia…baik la budak tu kerja gaji 3k…

  15. wei, anak dia kerja lecturer dia tak bagi, lepas tu dia bising mcm2. sape yg useless sebenarnya niiiiiiii?

    • You people kena game. Mana ada parents setoxic ni. Ni rekaan jer. Sengaja memancing emosi. Hahahaha….

  16. mak pak apakah ini? anak tu dah elok2 kerja, dia suruh berhenti, dah berhenti suh carik kerja pulak?? Anak tu duk umah tolong buat kerja rumah, xnak tegur sapa pulak? Apelah dosa dia mak nye oii. Anak baru nak kerja memang la gaji biasa2, mak nye dulu start kerja pun bukan terus dapat gaji 5 angka, realistik sikit la mak nye.. mentaliti apakah ini, pastu ajak orang kecam anak sendiri, hanatnye perangai, kesian anak tu dapat mak pak useless

  17. masalah betulah org tua toxic narcissist ni … kau yg tk reti bersyukur tak reti hargai anak kau… pebende masalah siak…. kau la yg masalah org tua tk sedar diri…. cuba kau tu pulak nk buat ikut keinginan kau pstu org lain halang semua apa yg kau ingin… tau plk tk suka dh tu jgn buat kt org la…. org tua tk reti jadi ibu…. penat jaga rumah? itu mmg tanggungjawab kau sebagai IBU bukan anak kau…. klau tk ikhlas tk yah jadi ibu la takyah ada anak la pebende siak… sumpah aku nak mencarut kat kau….. menyampah betulah aku… klau anak kau tk cantik bagi kau itu keluar dri rahim kau org tua maksudye kau la yg tk cantik *##@$$@…. ishhh sumpah aku nk mencarut… at least dia ada usaha nak mencantikkan diri supaya tkdelah nmpk iras dri keturunan kau yg memburukkan dia…. pebende org tua otak cetek tak reti nak guna otak fikir…. aku tk tau la yg confession ni mak die ke atau anak die sendiri yg tulis tpi pengajara utk mak² org lain kt luar sana jgn nk toksik sgt…. anak kau tu dh depression dh tu…. tkde semangat dh nk teruskan hidup utk capai apa²

  18. Nasib saya sama mcm si pink ni. Bezanya saya tak lari byk dduk rumah je.. Bila saudara mara kwn2 tanya.. Saya ckp tak kerja.Sampai diorg kata knp tak cari kerja. Saya dulu lps abis sklh mcm si pink ni la.. Sapa nk jaga adik. Smpai adik saya yg bongsu pun dah kerja. Saya mohon la sana sini blum ada kerja. Bila org tanya parent saya. Dgn lantangnya mak saya ckp kat org lain tak kira sedara ke kwn2. Mak akan ckp dia bg je saya yg taknak. Jd org lain nmpk saya je buruk. Tugas saya mcm si pink tu la buat kerja2 rmh je. Sdgkn kwn2 dh pergi jauh ada khidupan sendiri. Saya ank sulung umur beza setahun dr si pink ni.

  19. Serius aku cakap aku tak respect cars parent si pink ni. Asal tak bersyukur sangat. Masalahnya si pink dah dapat banyak tawaran kerja yang okay tapi boleh pulak parents dia tak bagi. Dah la alasan tak logik. Kau tak bagi dia kerja alasan nak tolong kau jaga anak2 kau yang lain. Pastu apa function kau hantar dia belajar. Baik kau suruh jer dia jadi bibik dari dia lahir. Dah elok si boyf dia nak chat hubby kau, boleh lak tak layan. Ni kira si pink ni masih ada hormat tu kat parents dia. Dia tak belakangkan parent dia walaupun disakiti berkali2. Yang anak no 1 kau hi mana. Kata gaji banyak takkan tak leh upah maid.
    Aku harap pink dapat cari kebahagiaan dia sendiri..

  20. Please la mak ayah Pink. You kena berubah. Pink bukan lagi baby. Bagi dia kebebasan untuk berfikir dan bertindak. Bukan you all nak control lagi. Aku konfiden sangat both of you father and mother yang problem, not your girl. Bagus jugak you tulis experience kat sini, semoga you sedar diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *