Aku Buntu

Assalamualaikum. Aku seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak. Aku surirumah. Anak sulung aku berusia 9 tahun dan anak kedua aku berusia 5 tahun. Kami sekeluarga tinggal jauh dari kawasan bandar.

Aku minta maaf kalau susunan ceritaku tak kemas, emosi aku sangat tak stabil, fikiran aku melayang jauh fikirkan macam-macam perkara, runsing, risau dan sedih tu sudah pasti.

Sikit-sikit aku cuba kumpul cebisan kekuatan sekarang ni sebab tengah menjaga anakku yang tak sihat.

Untuk semua pembaca tahu, kedua-dua anak-anakku ini ada penyakit asma dan disahkan oleh Doktor.

Kalini, aku nak luahkan bertapa aku seorang ibu dah terlalu letih kerana anak-anakku sering diserang sakit. Demam, batuk, selsema dan serangan asma itu dah kerap anak-anakku alami.

Anak sulung aku yang berada di tahun 3, sesi persekolahan baru saja 2 bulan bermula, tapi rekod kehadiran ke sekolahnya sangat tidak baik.

Sehingga hari ini, aku kira-kira bila dicongak-congak lebih kurang dua minggu hari yang dia tidak hadir ke sekolah.

Sekarang ni, aku macam berperang dengan diri sendiri. Nak bagi anak pergi sekolah walau demam, aku rasa macam pentingkan diri sangat. Anak aku tak fit untuk lalui sesi persekolahan dalam keadaan dia tak sihat.

Bimbang juga anak aku punca anak-anak orang lain sakit padahal di sekolah lah anak aku berjangkit dari kawan-kawannya.

Bila si sulung bawa balik batuk yang dia ‘dapat’ di sekolah, adiknya juga akan berjangkit sama. Dari seorang sakit, dah jadi dua.

Aku tidak bekerja, hanya suami sumber kewangan yang kami ada. Suami banyak membantu, cumanya emosi kami suami isteri dah sangat rapuh sekarang ni. Kami dua-dua dah burnt out.

Walau dalam kedaan situasi apapun, kami tetap juga ikhtiar untuk anak-anak sihat dengan cari jalan terbaik untuk anak.

Keadaan tempat tinggal kami yang jauh dari bandar dan jauh dari fasiliti kesihatan juga buat aku sangat risau bila anak tak sihat. Yang paling dekat klinik swasta.

Sekali anak aku kena serangan asma kena bayar RM30 untuk nebuliser dan perlu ulang ambik nebuliser sebanyak empat atau 5 kali dalam sehari.

Dah RM150 kat situ belum kira ubat dan consultation fees. Ini untuk sorang anak yang sakit. Mahu tak mahu, perlu keluarkan juga untuk anak.

Kalau kedua-duanya sakit serentak..? Boleh bayangkan tak kosnya macamna..?

Untuk semua tahu, sepanjang bulan April, hampir tiga minggu anak aku batuk-batuk.. 2 kali berulang ke klinik.

Bila sembuh seminggu, dia pergi sekolah.. Tiba-tiba dia batuk-batuk semula berjangkit dari kawannya. Adiknya juga dah berjangkit sama.

Ya Allah, aku letih Ya Allah. Berdosakah aku sebagai ibu letih macamni Ya Allah?

Bila anak aku sakit, aku hanya dapat inform guru kelas dia dan dengan harapan yang sangat tinggi aku berharap cikgu kelasnya dapat faham yang anak aku selalu sakit. Selalu demam + selesema + batuk. Batuk yang kadangkala ambil masa hampir seminggu tak hilang-hilang.

Paling sedih bila dapat sekali dengan asma.

Ya Allah, aku sangat letih. Berbakul-bakul ubat anak-anak aku dirumah. Aku sedih melihat kedaan anak aku macamni. Memang normalkah anak-anak aku ni…?

Kalau ibu-ibu diluar sana yang tahu penawar untuk penyakit asma, kalau kalian tau suppliment apa yang baik untuk anak-anak makan kuatkan imune sistem badan, tolonglah aku, aku merayu, aku akan cuba ikhtiarkan. Supaya keadan kesihatan anak aku bertambah baik.

Mungkin ada yang beranggapan masalah aku ni kecil sahaja, tapi hati seorang ibu aku ni dah tak sanggup melihat anak aku sakit berulang-ulang-ulang-ulang kali. Boleh dikatakan setiap bulan, anak aku sakit.

Kadangkala tempoh anak aku sihat ada dalam seminggu atau dua minggu sahaja, dua minggu berikutnya dia kena makan ubat sebab demam + batuk + selesema + asma. Kedua-dua anak-anakku ini sama sakitnya.

Bila anak sakit, aku akan rawat anak sendiri bagi makan ubat dan rehat saja dirumah. Bila anak aku kembali sihat, aku akan buat surat untuk dia serahkan pada guru kelas. Aku berharap sangat cikgunya tak jemu terima surat dari anak aku.

Kalau dengan merawat anak sendiri dirumah masih tak mampu sembuhkan anak dalam masa 3 hari, aku akan bawa anak aku ke klinik berdekatan dan minta MC dan MC tu aku serahkan pada cikgu.

Ada tak dikalangan kalian yang bekerja sebagai seorang guru disini..?

Untuk situasi aku, macamna cara aku nak handle keadaan ni sebab aku dah terlalu runsing dengan rekod kehadiran ni, sebab semuanya masuk dalam sistem sekarang ni kan.

Kalau ada yang sudi berkongsi, aku hargai sangat-sangat. Aku pohon tolong doakan anak-anak aku diberikan kesihatan yang sihat dan kuat. Aamiin.

– Aku Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ujian untuk awak. Semoga tabah. Btw, nebulizer tu ada jual di shopee. Boleh beli di shopee je mesin dia tu, jimat dah duit wak. Mungkin boleh suruh anak pakai mask ke sekolah. Dan makan vitamin utk tingkatkan immune system. Doa yg baik2 utk anak2 ye. Hugs for u.

  2. Saya sarankam puan terus berjumpa pakar kanak2 drpd terus ambil ubat2an yg tak menunjukkan keberkesanan.
    Utk tmbahkan immune system bnyk bergantung kpd diet sésorang. Juga aktiviti seharian utk kanak2.Jumpa la yg pakar…

  3. Lebih baik bawa anak ke pakar kanak2. Bg pihak guru pula bincanglah baik2 dan terangkn situasi anak puan. Guru akan faham. Saya pernah hadapi anak murid yg berulang2 deman dan sentiasa tidak hadir. Saya sarankan dia pergi hospital cek darah dn sebgnya. Akhirnya dpt tahu dia ada cancer darah dan alhamdulillah sudah sembuh.

  4. Puan cuba la bg ank mkn madu pagi lps bgun tidur dan mlm sblm tidur..inshaaAllah kahak mudah kering. Tp kna madu asli la.. smoga dpermudahkn urusan puan dan diberi kesembuhan pada anak-ank puan ye.

  5. Saya ada history asma disebabkan faktor keturunan. Masa kecik2 dulu memang kerap kena, ada yang sampai tak boleh nak tidur malam. Saya selalu kena full package, demam + selesema + batuk + sakit tekak + muntah + astma. Bila kena, seminggu tak pi sekolah, dan tiap2 bulan mesti kena.

    Tak ada apa yg boleh dibuat untuk kurangkan sakit bila dah kena, tapi boleh cuba mengelak dari kena. Contohnya saya akan demam kalau kena hujan, jadi saya akan elakkan kena hujan, sampai la sekarang saya sentiasa bawa payung bila ke mana2. Sebab bila demam/selesema, saya akan dapat sekit tekak. Bila tekak sakit dan rasa gatal2, saya akan mula batuk2. Batuk2 akan trigger asma. Jadi saya elakkan dari kena hujan yg menyebabkan demam dan selesema.

    Saya juga elakkan dari duduk dekat dengan orang yang sakit, memang nampak kejam, tapi imun badan saya tak macam orang lain. Orang lain kalau kena selesema, dia kan sembuh dalam masa satu hari, tapi saya ambil masa 1 minggu untuk sembuh. Jadi puan boleh gently ajar anak puan untuk jangan duduk atau bergaul dekat2 sangat dengan kawan yang ada tanda2 selesema, demam, batuk etc.

    Saya tak pernah pakai inhaler, tapi makan ubat untuk asma. Jadi ubat tu sentiasa ada stok kat rumah dan bawa kemana2 sampai lah ke universiti.

    Last saya kena pekej asma + demam etc ini masa saya tingkatan 4. Lepas tu saya mula duduk asrama dan mula ada kesedaran untuk ambil peduli kesihatan sendiri, mula ambil precautions seperti bawa payung, jauhi kawan yang sakit etc.

    Saya mula stop bawa ubat asma bila saya mula kerja umur 27. Sekarang ni saya jarang2 kena asma, mungkin beberapa tahun sekali, dan kalau kena pun dah mild, tanpa perlu ubat.

    Seperti yang orang pernah bagitau parents saya, bila anak (saya) dah semakin besar, paru2 akan lebih kuat, masa tu asma akan kurang. Dan itu mungkin benar bagi kes saya.

    Jadi apa yg saya cuba katakan, tak banyak yg boleh dilakukan, cuma boleh identify apa yang trigger demam/selesema/asma dan cuba avoid perkara2 tu. Puan kena ajar anak puan untuk mula peduli kesihatan sendiri.

    Orang juga kata minyak ikan (omega 3) bagus, tapi minyak ikan mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *