Terima kasih sudi luang masa untuk membaca luahan dari insan yang baru ingin mengenal realiti kehidupan.
Tujuan penulisan panjang ini sekadar berkongsi cerita, tak tahu nak cerita dimana, mungkin luahan disini tanpa mengenal diri dapat bantu tenangkan dada yang sesak.
Luahan tentang cinta mungkin membosankan, Cuma sekadar mencari kata-kata yang dapat bantu membangkitkan semula motivasi.
Aku K, tepat pertengahan 20-an. Pengalaman dalam soal cinta amatlah kurang atau tiada langsung.
Pernah la pertama kali terbuka hati semasa umur 19 tahun, cinta monyet 4 bulan, move on makan masa 2 tahun. Kelakar kan? Ini kisah cimta tak kesampaian kedua aku.
Dulu sama sekolah, kelas je beza. Aku hanya kenal nama dan orangnya. Perkenalan dengan makhluk tuhan ni bermula Ogos 2018, hanya sekadar chat di fb selama 2/3 minggu sahaja. Setahun kemudian dia datang kembali dan berjaya meraih perhatian aku (2020).
Perjuangan menuntut ilmu tamat, pulang ke kampong halaman dengan niat untuk luangkan masa setengah tahun sebelum kembali berhijrah. Tuhan lebih arif dalam menyusun takdir manusia. Perjalanan kehidupan turun naik bermula.
Kehilangan si tua yang sentiasa percaya dengan aku pada awal Mac. Kemudian, Covid mula melanda, aku hilang kerja.
Tahap stress waktu tu, fasa yang tak pernah aku alami. Nak nangis, tiada airmata. Nak ketawa, tiada apa yang menghiburkan. Seolah macam zombie. Haha.
Dia ada teman aku di fasa kegelapan hidup. Setiap hari bertanya khabar, pinjamkan telinga untuk mendengar, lawak hambar, nasihat membina.
Aku bangkit. Aku mula semula meniaga. Orang sekeliling aku tak setuju aku fokus meniaga, kata mereka aku tak boleh.
Tapi dia bagi semangat untuk aku terus bangkit. Alhamdulillah sekarang kerjaya lebih baik. Atas doa teman sekeliling juga mungkin.
Persahabatan dengan dia sangat tulus buat aku. Aku berkawan bersungguh-sungguh kerana tuhan.
Setiap hari pasti ada khabar dari dia walau sesibuk macamana pun dia. Macam2 cerita kami kongsi. Namun, cerita mengenai dia kebanyakan adalah kisah duka. Dia hilang orang tua semasa sekolah, hilang ibubapa selang 6 bulan sahaja. Dunia dia hanya warna kelabu.
Kehilangan dia buatkan aku menghargai apa yang aku ada. Entah apa yang jadi, hubungan aku dengan mak ayah aku semakin erat sekarang.
Kisah hidup dia banyak membaiki hidup aku.
Oleh kerana aku terleka, aku mula rasa suka dengan dia. Makin lama, dari suka jadi sayang. Antara kesilapan atau keberanian, aku pun tak pasti.
Aku confess perasaan aku pada Ogos 2020. Mungkin dia terkejut, dia persoalkan kenapa aku suka dia. Dia minta aku buat istikarah dulu. Aku malu, dia ingat aku kesepian.
Pertama kali dalam hidup, aku belajar solat istikarah, berturut-turut. Aku redha kalau tuhan pisahkan kami masa tu. Lama jugak tuhan pegang doa aku.
Aku mula keliru dengan dia, samada terima aku atau tak, entah tak pasti. Dia tak menghilang apatah lagi menjauh. Kami jalani persahabatan seperti biasa.
Aku hidup dalam tanda tanya. Action speak louder than words. Jadi aku cuba tunjukkan aku serius dengan kata2 aku. Aku jadi teruja nak buat dia gembira.
Aku nak jadi orang petama dalam hari2 dia, orang pertama dia cari bila sedihnya, gembiranya. Aku usaha sepenuh hati untuk buat dia gembira semampu aku. Tak perlu lah dinyatakan disini apa yang aku usahakan.
Kadang2 aku rasa terlalu naif. Aku kuat percaya dia jujur dengan aku. Dia banyak kali pesan jangan letak harapan pada dia. Jangan berharap pada dia.
Dia tiada jawapan untuk aku, hanya Tuhan yang ada jawapan yang aku cari katanya. Aku terlambat sedar tanda2 macamni. Seperti yang aku cakap, aku tiada pengalaman bercinta.
Hari berganti hari, dari ada setiap hari mula ada jarak. Dia berubah satu persatu. Banyak simpan rahsia, pernah tinggi suara, tak banyak cerita lagi.
Aku jadi sendu, mula menangis sebab dia. Banyak kali percubaan dia nak jauhkan diri dari aku, tapi aku selalu cari dia, ok semula.
Sampai satu tahap, dia merayu buang perasaan aku pada dia, dia anggap aku tak lebih dari seorang kawan. dia minta maaf sebab buat aku fikir dia suka aku. Ya, aku terluka. Terlalu positif atau bodoh, aku tak tahu. Aku masih berharap dia sekadar menguji sahaja.
Aku cuba lupakan dia, tapi tak mampu. Aku ubah panggilan dari awak-saya kembali aku-kau, aku harap hati aku mampu terima dia sebagai kawan. Aku kurangkan chat dan call.
Malangnya bila rindu menyerang aku tewas lagi dan lagi. Menangis macam tak waras bila ingatkan dia.
Tanya khabar sekali setiap selang 2 minggu. Pernah dia katakan rindu aku. Hati mana yang tak berbunga kalau crush cakap rindu. Move on aku selalu sangkut tengah jalan.
Sejak awal 2021 dia ada gurau soal nak nikah. Disebabkan dia tak terus terang dan tak serius, aku tak boleh nak percaya dengan statement tu.
Setiap kali aku tanya serius soal nikah tu, jawapan dia mesti “Kalau jodoh sampai, nikah la..” Dia terlalu berahsia, aku mula cari jawapan dari kawan2 dia.
Hujung Oktober lepas dia marah sebab aku Tanya pasal dia pada orang lain. Dia tak suka. Aku mula pelik dengan tanda2 tak jelas ni.
Petunjuk yang tuhan beri masih lagi samar2. Aku diamkan diri, mengharap dia dating cari aku.
Dia cari aku ke? Dia Tanya khabar aku tak? Dia fikir pasal aku tak? TIDAK. Disember yang penuhduka datang, sekali lagi aku buang ego ku.
9 Disember aku call wish birthday dia, padahal aku rindu dia. Dia rushing sbb tengah kerja. Diam.
20 Disember genap 10 tahun ibunya pergi. Aku chat di fb bertanya khabarnya. Dia jawab dengan bangga “Alhamdulillah ok je, baru lepas kawin”
Aku tersentak dengan berita tu. Minda kata betul, hati kata tak. Aku cuba cari bukti, tak jumpa. Selagi tiada bukti, aku tak percaya.
Jadi masih lagi mengekalkan positif tu dengan menganggap dia menguji lagi.
28 Disember tiba2 dia call. Ya Allah, aku dengar suara yang aku rindu. Mengigil tangan aku angkat call sekian lama tak muncul. Hadiah harijadi yang aku kirim baru sampai. Suara dia macam bahagia. Dia happy dapat hadiah tu. Sempat dia beri pujian segala.
Aku ambil kesempatan ni, aku tanya betul ke dia nikah. Aku menangis sepanjang perbualan. Dari ceritanya, wanita pilihan tu dah ada lebih lama berbanding aku. Dia mula istikarah pada Jun lepas. Dia nampak wanita tu.
Dia kata aku tak serius menyatakan hasrat hati sendiri. Dia kata aku tak jujur. Aku soal dia, kenapa tak jujur je memang betul dia merancang perkahwinan? Jawapan agak bodoh, sebab dia belum kawin masa tu katanya.
29 Disember aku nekad nak cari bukti depan mata. Pagi tu aku solat hajat, basah telekung dengan airmata. Niat aku hanya nak bukti agar aku tak kembali atas sebab yang sama.
Alhamdulillah dipermudahkan. Aku ‘jujur’ segala perasaan aku yang tak pernah aku luah dulu.
Akhirnya, dia kirimkan sekeping gambar di hari bahagia dia. Cantik orangnya. InshaaAllah pilihan dia akan bahagiakan dia sepenuhnya.
Itulah terakhir contact.
Sekarang aku sedang fasa recovery. Ada hari aku okay, ada hari aku rindu. Takdir ni tuhan yang susun. Aku sedang belajar hikmah daripada kisah ini.
Sejujurnya, aku tak pernah jatuh hati sedalam ini, aku tak pernah bergantung dengan tuhan sekuat ini. Allah berbicara dalam cara yang tersendiri.
Ya Rab! Jika Kau restu persahabatan kami, hapuskan perasaan ku untuknya, jadikan kami sahabat yang menjadi syafaat di akhirat kelak.
Jika Kau tidak mengizinkan, bahagiakanlah kami dengan takdir masing2.
Jika reader ada kata2 semangat untuk kembalikan aku yang tabah, sila lah komen, aku sudi membaca. TQSM.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit