Assalamualaikum .
Firsly admin tolong hide profile saya :)
ok apa2 pun nak ucap selamat hari raya dulu dan ampun maaf dipinta kalau artikal ni mengganggu mood saudara2 yang nak beraya .
teringin pulak nak komen tentang Negeri Kelantan yang ku cintai .
Sebelum ni ada confessors cakap jalan raya kecik la , air kuning la ..
Kalau peruntukkan tak ada cane nak besarkan ?? cane dah rawat air tu ?? saya ada saudara yang keje bahagian audit kelantan . Dulu dia penah cite peruntukkan basic pun kadang kelantan dapat lambat . Saya ni tak pandai mana tapi kalau dah royalti minyak yang memang kami perlu dapat fight bertahun-tahun pun belum dapat so apa cerita??
Banyak fasiliti di Kelantan dibuat dengan sumbangan orang ramai , itu pun dah ALHAMDULILLAH . Kalau setakat jem pada waktu hari raya atau musim -musim cuti perayaan sabarlah sedikit bukan selalu pun kan .. salah satu tanda jalan jem itu menunjukkan anak-anak kelantan masih lagi mengambil peluang untuk menziarahi keluarga di kampung walau tahu balik setiap tahun pun jalan sentiasa jem . KL, MELAKA pun selalu jem ok je , ni Kelantan jem nak kecoh .
Then satu lagi bab sampah , inilah mentaliti kita , semua nak kerajaan suap , kerajaan urus … Diri sendiri taknak usaha . Sepanjang saya stay kat oversea, depa orang putih ni punyai disiplin yang tinggi . Negara maju pun terapkan semangat disiplin jaga kebersihan untuk elakkan kos pengurusan yang tinggi , kita yang negara biasa-biasa ni semua nak pampered apa cerita?? Ingat murah ke nak uruskan kos sampah ??
Lastly dengan point-point kat atas ni tiadalah saya menafikan yang Kelantan tidak perlu upgrade dari segi fasiliti tapi jangan letakkan semua kesalahan pada kerajaan negeri, tak perlu pertikaikan elaun wakil politik ke apa ke .. anda pasti diorang tak fight untuk kerajaan kelantan? Kalau tak tahu diam itu lebih baik :) Doa lebih baik mana lah tau ada rezeki lebih untuk negeri Kelantan :)
Akhir kalam , jangan gadoh2 kang hangus lemang :) … Anak kelantan tahniah sebab sentiasa nak balik kampung untuk ziarah keluarga walau tau jalan jem , semoga amalan itu diberatkan di akhirat kelak .
Salam raya dari perantauan melbourne, vic .
– Tanpa nama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit