Assalamualaikum.. First of all, aku bukan nak buka aib keluarga. Cuma, aku nak kongsi masalah aku.. Korang mesti ada yang kata, 'cari lah someone yang boleh dengar' or 'cerita la dekat orang lain. Tak perli cerita dekat sini'.. Kau takkan faham macam mana anak daripada broken family nak share masalah. Bukan semua orang ada broken family. So I choose to be anonymous.
2-3 tahun ni, raya family aku macam tak meriah. Raya tu just meaningless. Ayah aku tak sporting. Abang aku tak baik dengan aku dengan kakak aku. Aku anak bongsu dari 3 beradik. Aku, kakak dengan mak sangat rapat. Ayah dan abang, hal masing-masing. Abang cari awek . dia layan awek dia dan keluarganya lebih daripada keluarga sendiri.
Every year time raya, just rasa macam ada 4 orang je. Serious. Raya tahun lepas, berlaku keretakan sikit dalam rumah tangga. Raya kedua, aku tahu something berkaitan ayah aku.
3-4 bulan lepas tu, mak ayah aku bercerai. Facing too many hard times weh.
Tahun ni, rasa macam raya 3 orang. Semua perempuan. Abang aku sejak 5 tahun lepas kerap gaduh dengan kakak aku sampai pernah hempuk kepala kakak aku dekat sekolah. Tapi pihak sekolah tak tahu. So sampai sekarang, diorang tak berapa baik. Dan aku pun tak berapa rapat dengan dia sebab panas baran.
Mak aku pun, sekarang dah ada orang baru. Alhamdulillah, aku yang suruh mak aku kahwin lain sebab tak nak mak aku sorang2 bila aku nak sambung belajar tahun depan. Lupa. Aku 17 tahun. Sekarang, mak aku dalam proses kenal hati budi pakcik tu. Dua tiga hari ni, pakcik tu selalu wasap aku. Aku serabut sangat. Nak bercinta dengan mak aku, jangan buat aku serabut. Aku faham, dia nak rapat. Tapi aku tak boleh nak treat dia lebih2 sebab rasa bersalah dekat ayah aku. Aku nak suruh pakcik tu stop, tapi macam biadab. So aku bluetick dan aku terus serabut. Mak aku sibuk berwsp dan persiapan raya , aku dengan kakak aku ja buat . memang hambar.
Aku rasa macam, aku nak life aku zaman kecil. Zaman aku dengan family aku masih rapat. Masih bahagia. Masih bersama. Masih berlima. Kau tak faham.
Aku dah dapat agak apa aktiviti esok. Balik semayang, bergambar. Lepastu, tukar baju, semua masuk dalam bilik dan main handphone. Takdenye nak sembang². Semua sibuk dengan hal sendiri. Mana perginya bahagia dulu2?
Kalau nak diceritakan masalah penceraian tu, memang complicated. Aku sampai rasa benci. Tapi tak tahu dekat siapa.
Dan sekarang, aku tak tahu apa yang aku cerita ni kena dengan tajuk ke tak.
Aku cuma rasa sedih sangat sekarang. Tapi perasaan ni tak dapat digambarkan.
Hidup aku complicated. Semua tanggungjawab anak sulung, tengah, aku kena galas. Tak kira dalam aspek sahsiah, akademik mahupun kerja rumah. Sebab semua tak nak beri kerja sama, aku rasa macam nak lari dari rumah kadang2..
Ada nasihat tak untuk aku terus menyayangi ahli keluarga aku dan cara nak layan bakal ayah tiri?
– AQ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kuatkan jelah hati kau.. lama2 kau akan biasa.. yg pntg hati kne kuat lah .. tu je.. doa byk2.. nk ikutkn aku ni lg teruk keadaannya tapi learn to accept the fact yg semua bnde2 dlu2 tu takkan jd dah.. kuat k.. u’ll be fine someday
assalam dear..sis pun ada masalah sama dg awk tpi sis sbgi ibu tiri ,bkan nk buka pekung didada,masalah jodoh xda sapa mampu halang itu semua ketentuan Allah.sis pun berat jga pikir,btahun2 cam tak bahagia.bila difikir knape ye…?sis xda jawaban.cuma akhir2 ni sis blajar trima kenyataan bahwa kta x boleh ubah ketentuan Allah.so sis lepaskan..berserah..ambik positif..maybe dg mak awk kwn baru,ayh ada kluarga baru..dear buatlah mereka kembali rapat..trima suratan,jdi keluarga pun btambah ramai kan..oh ye..insyaallah sis akan beraya dg ex wife hb sis n ank2 semua.harap keluarga awk pun begitu..salam sayang.
kalau rasa diri tu susah, ingat satu jelah. Ada orang lagi susah dari awak. insha Allah, awak akan rasa lebih bersyukur dgn apa yg awak ada sekarang walaupun kehidupan awak tak seberapa. kuatkan hati dan iman.
Kadang semua rakan lari jauh, family sendiri x bahagia, mungkin kita ada dosa ngn Pencipta, tgok dri sudut tu. Doa always work.
Sabar dan usaha..belajar bersungguh2 dik…abg ni pun dari keluarga berpecah juga…tapi satu abg fikir utk kuatkan semangat…apa abg akan jadi selepas 10.tahun akan datang?
Di mana abg akan berada?
Dari situ abg move on…workhard utk berjaya…
Masalah hidup tak yah cakaplaa..banyak…depression lepas parent berpisah malah banyak lagi…
Tapi hikmahnya lepas sabar…tanpa berpaling lagi abg dapat kebaikan kehidupan sekarang….
Dulu abg pula tak ngam dgn ayah tiri…so abg banyan stay rmh nenek…ayah tiri baik…tapi abg ni jenis nakal…banyak memberontak juga…
Apapun…sib baik sempat sedar diri…tapi life tetap dgn nenek abglaa…sbb abg susah nak ngam dgn ayah tiri…rasa pelik…walau dia baik…bukan sebab tak boleh terima tapi sebab masalah abg sendiri yang lebih selesa berdikari dan biarlah mak bina bahagia dia dengan suami barunya…rasa abg ni dari other side of the world….hahahha
Good Luck utk life…sabar dan dekatkan diri dengan Allah ye
Pendekkata, fikir yg baik2, buat benda2 baik. Kesudahannya berlaku perkara baik. Jgn pernah terlintas utk buat benda negatif. Kelak diri sendiri yg rugi.
Terus terang.
Kuatkan semangat dik. 1 je pesan abg ingt Allah. Hubungan dgn Allah kena jaga. Solat wajib tu jgn tinggal. Yg sunat tu cuba amalkan. Cari ketenangan diri tu. Akademik kena titik beratkan. Bila adik ada ilmu buang la kat mana pun adik boleh hidup boleh dan cari kebahagiaan sendiri. Btw, selamat hari raya.
Mangsa penceraian adalah anak². Ya, aku rasa sakitnya kau. Ya, sakit yg tak terkata
Semoga adik terus tabah menghadapi ujian Allah. Setiap cabaran tu ada hikmahnya.
Adik cari seorg kakak lain yg dh brjya, jdi mentor. Sya rasa ramai yg brminat nk bntu nasihat. Kbnyakn org kita ni pndai bgi nsihat walaupun hidup sendiri msih brterabur..hehe. mga dlm rahmat Allah.
Dik, awak ada kakak kan. So, rapatkan dan eratkan hubungan awak dengan kakak awak. Keluar bilik, pegi tengok tv rancangan raya dengan kakak, makan-makan, ajak mak sekali.
Pasal ayah dan abang awak tu biaq pi la kat dorang. Wish dorang, selamat hari raya, maaf zahir batin, jemputlah datang beraya kat rumah.
Gp