Assalamualaikum semua pembaca setia di page IIUM Confession. Semoga semua berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia.
Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman di ejek dan di hina kerana warna kulit muka, gusi dan bibir yang gelap dan hitam.
Saya anak tunggal perempuan dalam keluarga. Saya ada 2 abang dan 1 adik lelaki. Saya seorang yang simple dan tak mementingkan kecantikan diri langsung.
Saya seorang saja perempuan dalam keluarga jadi saya tiada kakak atau adik yang boleh nak berkongsi tentang nak jaga kulit muka ke jerawat ke.
Bedak pun tak penah pakai kat muka sebab rasa keperempuanan sangat pakai bedak ni. Mak saya pulak jenis tak kisah anak perempuan dia cantik ke tudung senget pun mak saya tak pernah nak tegur.
Waktu di sekolah rendah saya suka aktiviti perbarisan. Cuaca pun panas kan, jadi kulit muka jadi gelap. Kulit muka saya sampai sekarang pun jenis cepat sangat sambar panas. Tapi masa dulu dalam tahun 90an tak delah sibuk nak cari sunblock pun.
Sebab masa tu saya rasa bagus la muka gelap sikit barulah hebat muka ada belang. Mula darjah 4 sampai darjah 6 saya aktif berkawad. Muka bertambah gelap la sebab pakai tudung sekolah warna putih.
Masa ni orang sekeliling cuma tegur kulit saya makin gelap saja. Belum sampai level menghina.
Mula darjah 5 ada kawan sekelas lelaki tanya saya ni merokok ke. Saya cakap mana ada. Diorg kata tipu lah sebab bibir saya hitam, gusi saya hitam mesti saya penah merokok sebab keluarga saya semua lelaki mesti saya pernah cuba jugak.
Masa tu ada la 2-3 orang kawan lelaki yang lain pun gelak2. Tapi saya ok saja biarkan berlalu macam tu. Tak fikir apa sangat pun.
Masuk sekolah menengah tingkatan 1 kawan lelaki yang tukang gelak kan saya masa sekolah rendah ni saya namakan dia Ali la ye. Si Ali ni 1 kelas dengan saya. Dia duduk depan saya.
Dia pusing belakang dia tanya saya soalan sama macam kawan dia tanya dulu saya ni merokok tak sebab bibir n gusi saya hitam. Masa tu dalam hati dah mula terasa.
Balik rumah saya tengok cermin saya tertanya la kenapa gusi orang lain merah tapi gusi saya hitam. Tapi takde jawapan.
Pastu si Ali ni penah la cakap saya ni nampak hitam sebab ada parut jerawat tambahan pulak bibir pun hitam. Terasa hati saya ni waktu tu.
Lama lama jadi sensitif ayat muka hitam, bibir hitam, gusi hitam dengan soalan merokok.
Rasa macam saya ni complete la hodoh serba serbi. Lepas tu si Ali ni masuk sekolah asrama saya tak penah jumpa dia dah.
Lepas tingkatan 3 sampai tingkatan 5 sama jugak bila bergaduh dengan budak lelaki diorg akan panggil saya “negro”. Kalau saya argue saja mula diorang nak ejek cakap ‘eleh si negro ni.’
Pernah sekali saya gaduh dengan budak lelaki saya gelarkan dia Karim saja la ye.
Karim ni suruh kawan dia jadi posmen cakap dekat saya yang saya ni hitam macam negro, bibir n gusi pun hitam takde siapa nak kat perempuan macam saya.
Tapi saya pun balas cakap ‘bkn menyusahkan, ko pun kalau xde orang nak dekat aku. Ko tu hati hitam baik terjun gaung saja’. Depan diorang saja la saya okay. Balik rumah nangis masa mandi sebab rasa terhina.
Kesan dari hinaan macam ni saya jadi takut nak gelak nanti orang kata gusi saya hitam. Memang tutup mulut pakai tangan saja bila nak gelak tu.
Bila masuk Universiti saya dah mula pakai lipstick. Lega sepanjang diploma takde siapa pun penah hina saya. Saya mula pakai bedak.
Mula belajar pakai foundation sikit2. Lama lama beli lipstick macam2 sbb saya tak nak orang tau bibir saya hitam.
Tapi pernah sekali roomate saya tanya kenapa gusi saya hitam. Saya cakap saya pun tak tau kenapa. Dalam hati terfikir eh tak habis lagi pasal gusi hitam aku ni.
Saya pernah gosok gigi skali dengan gusi dengan harapan gusi saya merah la lepas ni.
Kemudian saya sambung pengajian ijazah sarjana muda. Saya terjumpa kawan lelaki masa sekolah menengah dia amik course pergigian. Dia selalu ajak saya pegi fakulti dia check gigi.
Tapi sampi saya habis study pun saya tak pegi sebab saya rasa malu gusi hitam. Takot nanti ape pulak dia cakap. Padahal kawan saya ni jenis lelaki baik yang kaki study dan tak masuk cmpur hal orang tapi saya tetap takut kena hina.
Tapi saya penah inbox facebook dia tanya kenapa ada orang yang gusi hitam dan ada gusi merah. Kawan saya bagitau memang ada orang semulajadi gusi hitam. Walaupun memang ada gusi hitam akibat merokok tapi memang ada yang dilahirkan dengan gusi hitam.
Tambah orang berkulit hitam macam negro. Masa tu rasa lega sbb tau mmg ada yang semula jadi hitam. Tapi saya tetap tak pegi check gigi dekat dia hahaha. Rasa rendah diri melampau masa tu.
Sepanjang 2 tahun belajar alhamdulillah tiada lagi penghinaan untuk saya. Masa ni saya dah hebat mekap2 sikit walaupun setakat foundation bedak n lipstick.
Saya tak boleh hidup tanpa lipstick bila keluar. Saya rasa lipstick tu menyelamatkan saya. Masa ni dah mula keluar pakai sunblock nak jaga kulit.
Tapi muka saya tetap tak putih pun. Cerah sikit saja. Biasa orang akn tegur cakap tangan putih tapi nape muka gelap. Sambil gurau2 saya cakap kata ‘ tu tanda aku mmg putih orangnye.’
Masa tu facebook baru saja terkenal jadi mula la ada kawan2 lama add. Sekali tengok si Karim ni add la saya.
Masa tu dia ada gf saya pun approve la n tengok la gambar Karim dengan gf dia. Rupanye gf tercinta dia tu pun gelap dan hitam manis jugak. Lupa nak bagitau Si Karim tu putih orangnye.
Ada la kawan2 perempuan saya gosip cakap ‘hitam gf Karim tu padan muka dulu selalu hina ko hitam tapi tengok gf dia lagi gelap dari kau’.
Saya pun sajalah cakap baru Karim tu tau dan sedar hitam tu cantik.
Dah habis study saya bekerja sebagai cikgu sementara. Masa tu ramai berjinak2 dengan Instagram. Tengok tengok si Ali follow saya. Rajin dia komen n like pic saya. Saya pun okay saja layan sebab kawan2 sekolah kan.
Tapi dalam hati tetap teringat dulu dia gelak2 cakap gusi n bibir saya hitam. Orang kata masih berbekas dalam hati la ayat dia cakap dulu tu. Then lama2 tukar no telefon. Rajin pulak si Ali mesej. Sembang hal masa kecik dulu.
Saya pun cakap dekat Ali ‘dulu ko slalu cakap bibir aku hitam sekarang bibir aku tak hitam dah la aku dh pakai lipstik. Mulut aku dh merah okay’.
Si Ali ni gelak saja sambil cakap ‘mana ada aku pernah cakap kau hitam. Takpa sekarang kau dah cantik. Kau nampak manis bila gelak’.
Bila baca saya pulak macam ‘eh dia ni kenapa puji aku tiba tiba’ . Pastu terus dia cakap ‘kau dah ada bf tak kalau tak ada lagi boleh la aku risik2 kau jadi isteri aku’.
Terkejut saya waktu tu. Tapi saya bagitau elok2 yang saya belum bersedia terima siapa2 lagi sebab saya baru beberapa bulan putus tunang.
Penah sekali tu Ali msg cakap dia tengah keluar dengan mak dia ni so dia minta bagitau rumah dekat mana boleh la datang rumah kenal2 dengan family saya. Hahaha.. terpanik jap masa tu. .
Terus buat2 unread mesej tu. Saya lebih selesa kawan saja dengan Ali. Sebab bila borak topik lain selalunya tak sependapat. Alhamdulillah sekarang dia pun dh kawen dengan orang lain. Saya pun maintain single. Hahaha.
Alhamdulillah sekarang dah tiada rasa rendah diri melampau. Tp kadang2 gosok gigi tu ada jugak belek gusi kat cermin. Tengok gusi dh ada merah2 kalau gelak tu ternampak gusi pun nampak macam normal la warna.
Bersyukur sangat. Walaupun kena hina dari kecik tapi kita lah yang kne perbaiki diri l. Perlahan lahan jadi positif dan tingkatkan keyakinan diri. Bibir pun dah tak gelap dah sapu vaseline sebelum tidur setiap hari. Lama2 bibir jadi cerah sikit tanpa liptick pun dah yakin sekarang ni.
Kalau siapa2 ada petua share la di bahagian komen supaya semua perempuan dan wanita lain pun boleh jadi yakin dan cantik lepas ni.
Apa pun jangan lah menghina atau mengejek sesiapa sebab semua nya kurniaan dari Allah jugak. Setiap ciptaan Nya tu ada kepentingan dan kebaikan.
Kalau tiada orang yang hitam orang yang putih tu takkan tau diri dia putih. Kalau tiada orang yang gemuk takkan orang yang kurus tu tau diri dia kurus.
– Tiramisu87 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit