keinginan songsangku

Sejak aku sekolah rendah, entah kenapa aku suka tengok kawan/ junior/senior yang sama jantina dengan aku. Kadang-kadang hati aku berdegup kencang gila bila bercakap dengan orang yang aku minat tu. Aku ingat benda tu biasa. Normal. Suka minat-minat macam tu. Mungkin aku envy dengan diorang kot. Masa tu budak lagi, aku tak fikir banyak.

Darjah 6 aku dah start ada adik angkat sama jantina.Tapi biasa-biasa je la. Aku ingat aku okay, normal, macam biasa sebab aku ada juga syiok dekat seorang batch mate ni, dia lain jantina dari aku. Tapi apakan daya, dia tak suka aku balik pon. Mungkin rupa paras aku biasa-biasa.

Masuk sekolah menengah, aku masuk asrama. Takda orang pernah suka aku (lain jantina). Nak kata aku buruk sangat, tak juga. Ada yang aku minat sorang dua tapi diorang tak layan pon aku. Kawan aku lain ramai couple. Aku tak kempunan pon nak couple tapi aku nak juga merasa ada orang suka aku. Hm

Dan pada masa yang sama, masa di asrama aku minat sorang dua senior ni. Perasaan dia macam, kau nak terserempak dengan dia, kau nak tegur dia, nampak dia dari jauh pun kau dah gembira. Macam tu la. Seronok. Macam ko syiok dekat kaum berlainan jenis (normal).

Nak tambah buruk lagi, ramai pulak kaum aku yang balas cinta aku. Yang kaum tak sejenis pandang aku pun tak. Ramai pula melayan aku. aku pon tak paham kenapa sebab yang minat aku tu pon stok2 normal. Yang tengah couple pon boleh juga tersuka dekat aku.

Memang Allah nak uji aku. Ada sorang ni, memang kami suka sama suka. Tapi masing-masing tahu yang benda tu salah. Kami pernah terlanjur, banyak kali. Habis sekolah, dia minta putus. Dia minta stop sebab dia tahu salah. Aku pun tahu salah tapi aku sayang gila dekat dia.

Masa ni aku depressed sampai rasa nak bunuh diri. Keluarga aku semua tak tahu apa yang aku alami. Aku nak mengadu dekat siapa pun takde. Kalau kau diuji dengan benda lain, sekurang-kurangnya kau boleh mengadu dekat kawan/keluarga. Ini benda macam ni taboo. Orang akan judge, pandang hina kau. Aku sangat down. aku pendam sorang sakit tu. Sakit sangat.

Masa tu aku start banyak dekatkan diri dengan Allah. Start dari situ aku lebih banyak mengadu pada Allah. Aku nangis3. Kadang2 aku tulis diari sambil teresak-esak nangis.Aku luah semua kat situ. perit sebab kau kena buat normal, macam takda masalah bila berdepan dengan orang.

Masuk uni, aku nekad nak berubah. Dan aku ingat semuanya akan kembali normal.Tapi benda yang sama berlaku. Kali ni aku tak terlanjur, lebih kepada suka sama suka. Yang pelik, semua yang suka aku tu normal. Ada yang dah ada pasangan. Aku kurangkan melayan tapi sakit weh. Kau tengok orang lain bahagia, ada pasangan, ada yang berkahwin.

Aku kalau diuji dengan lambat ada pasangan pon aku ok lagi, ini diuji dengan diri aku yang sendiri keliru kenapa aku suka kaum sejenis aku. Dahla tak ade orang nak kat aku, aku pulak suka kaum sejenis aku. Ini ujian!

Orang yang tak diuji macam ni mungkin rasa aku jijik. apehal kau nak suka dekat kaum sejenis kau. well, kau ingat aku tak jijik dengan diri sendiri? Setiap hari aku berperang dengan perasaan sendiri.

Bila aku keluar jalan-jalan ke, bila aku nampak mana-mana keluarga, aku sebak. mata aku akan berair sebab aku rasa aku takkan rasa semua tu. Aku tak normal. Jiwa aku sakit. Paling sedih bila fikir aku akan hampakan kedua mak ayah aku. keluarga aku okay, mak ayah aku baik. aku tak pernah ada tragedi hitam ke masa kecil.

Aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan. kdg2 aku minta Allah tarik nyawa aku cepat2 sebelum aku tewas lagi dengan nafsu aku yang songsang ni. Lama aku pendam benda ni sorang2, dah nak dekat 15 tahun lebih. Aku dah letih, penat. Hari-hari berperang dengan diri sendiri.

Korang yang sudi baca, doakan Allah ampunkan dosa2 aku. Moga Allah permudahkan aku untuk hadapi ujian ini.

Aku tau ramai di luar sana diuji benda yang sama. Kita tak boleh mengadu pada siapa2. Pesan aku, dekat kan diri dengan Tuhan. Jangan mudah tewas. Percaya dan yakin Allah nak uji sebab dia nakberi ganjaran yang lebih besar, dengan syarat kau tak tergelincir.

Yang tak diuji sebegini, korang jangan pandang rendah,jijik pada orang mcm kami. Korang tak tahu setiap hari kami struggle dengan perasaan sendiri. Jangan tambah lagi luka kami dengan kata2 dan pandangan jijik korang. Kami tak minta diuji sebegini. Tuntunlah kami, jangan support keinginan songsang kami, tapi bawa lah kami ke jalan yang benar.

Thanks.

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Tak kisah la ko laki or pompuan, gd luck! Keep struggle & dekatkan diri dgn Allah.. Makesure tunaikan yg wajib dan cuba2 biasakan diri tunaikan yg sunat.. Aku doakan semoga ko pulih + bertemu jodoh & semuanya baik2 sahaja..

  2. better baca kisah Hassan Al-Basri atau kisah Rabiatul Adawiyah, mereka tak kahwin sampai mereka kembali bertemu Allah atas sebab mereka cintakan Allah lebih dari segala-galanya.. kisah2 para sahabat ra yg lain juga byk yg menjurus kepada cinta Allah tanpa membangkit rasa cinta pada manusia sedikit pun.. ‘iqra(baca), itu yg Allah suruh kita lakukan.. kata tuan guru, kisah2 orang2 yg beriman itu mampu mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasul-Nya.. moga kisah2 para pencinta dan perindu Allah tu mampu membantu anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *