Assalamualaikum admin. Harap diterima dan dishare confession ni. Firstly, buat para pembaca, ini sekadar perkongsian buat anda semua. Ambil yg mana baik. InsyaAllah :)
Cerita bermula bila aku ni ditawarkan ke satu universiti di ibu kota. Tak perlu sebut nama institusi tersebut. So, direct kpd kisah aku ni, masa tahun kedua pengajian, aku bersama rakan-rakan ada menyewa sebuah rumah di sekitar kawasan kampus kami. Sewa situ agak mahal. Maklumlah tempat dekat dgn kampus dan bandar.
Ditakdirkan aku dengan dua orang rakan ni tak dapat serumah dengan member sekelas sebab rumah yg dorang sewa tu jauh dari kampus, jadi kami bertiga menarik diri. Maka bermula la proses pencarian rumah sewa sekitar kampus. Malangnya kebanyakan rumah dah bertuan. Tapi mungkin sebab doa kami yang tak putus2, syukur Alhamdulillah, ada juga rumah utk kami bertiga.
Cumanya, kami terpaksa stay dgn budak kos lain. Masa tu aku kata, "lantaklah Lan oihh, kos lain pon kos lain la. Aku dah malas pikir ke rumah sewa ni. Kita terima je lah yer". Nasib semua setuju. So masa tu kami pon pasrah giler. Hari berganti hari, masa bulan pertama kitaorg stay situ, semua housemate oke je. Boleh kata nak masak ke beli barang dapur ke peti ais mesin basuh, semua boleh dibawa berbincang. Syukur sgt masa tu.
Namun selepas 2 bulan bersama, segalanya berubah semenjak kemasukan Aus (bukan nama sebenar). Pendapat kami, dia ni alim la maybe sebab kami nampak dia jarang lepak luar. Banyak habis masa dlm bilik jer. Tak sama macam student lain. Minggu first kitaorg boleh ajak lepak borak lagi dgn dia ni. Tapi masuk minggu kedua, dia dah mula tunjuk perangai sebenar. Well, waktu tu dah ramai merungut dgn perangai si Aus ni.
Dipendekkan cerita, konflik bermula bila mulut dia tu sering menyindir rakan2 rumah yg lain. Tanpa bertanya, terus dituduhnya itu ini. Contoh situasi, masa tu last week nak submit esaimen sebab dah dekat dgn final exam kan, so majoriti student sibuk dgn esaimen termasuk la Aus ni. Tapi member aku dua orang ni tengah rilek jap lepak kat bawah sambil layan pes. Aku pon ade mase tu kt bawah tengah siapkan esaimen aku.
Datangnya si Aus ni dengan slamber cakap, "kesian mak bapak korang kan". Then aku balas, asal ko cakap macam tu? Dia explain, "bukan ko la, tu haa si Joe dgn Mie tu, korang ni tak kesian kat mak ayah ker? Dorang hantar sini suruh belajar, bukan main game", sambil tersenyum sinis pada si Joe dan Mie.
Ehh bro, ko apehal nak sindir orang gitu. Member tu baru siapkan esaimen kot. So as a self reward, dia main la game kejap. Ade masalah ke lelaki main game? Kau tu tanpa usul periksa terus mengata orang apesal? Hey come on la bro, jangan kerek sangat! Bahasa jage!
Situasi kedua, malam study week bermula. Dah nama study week, so lelaki kan? Ade yg jenis study awal, last minit, tengah2, kiri, kanan, tepi dan macam2 la cara study masing2. Kebetulan malam study week kami penuh pulak dgn game epl yg best. Masa minggu tu ade game leicester vs manU, manCity vs arsenal. Satu lagi tah dah lupa, haha. Citernya memang bersengkang mata melayan bola laa, haha.
So kitaorg ni lepak la mamak sampai abes bola. Then balik sampai rumah dah pukul 5am. Nak tido kang takut terlepas subuh, so borak2 kejap smpai la orang azan. Maka selesai la subuh. Bangun si Aus ni time kami dah habis baca doa. Dengan muka senyum sinis, dia tanye kitaorg, "korang tak tidor ke? Pehh hebat korang, jap g kelas mesti terlepas, tu la orang suruh malam tidor korang berjage. Dah besar pon tak pandai urus mase sendiri, haha" sambil ketawa kecil seolah-olah menyindir kami.
Bro nak tegur tu boleh, tak salah. Nak bergurau pon boleh, tak salah. Yang salahnye tu kau. Mulut sedap kate member tak pandai urus diri sendiri. Kejadah ape. Bukan tiap malam kitaorg hadap mamak tu. Lagipon dah takde klas pagi, lepak je la mamak. Bukan kacau hidup kau pun. Ape masalah kau sampai kau hina kami dah besar tapi tak pandai urus diri sendiri?
Hello, bahasa kasi elok skit. Patotlah kau selalu spent time sorang2 je. Dah mulut puaka tu, sape nak berkawan. Sikit2 itu tak kena, ini tak kena. Pastu kata member kau tak pandai urus diri. Semua benda kau nk kondem bro, kau fikir manusia ni macam malaikat?
Sekadar perkongsian. Buat semua pembaca, muhasabah diri kita, maybe ade yg kita tersilap bicara. Kalau member dah lain je cara layan kau tu, ade la yg tak kena. So cermin balik diri kita, especially lidah. Kerana lidah ni lagi tajam dari pedang. Setakat itu shj. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
-Ana Enta-
– Ana Enta
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kawan ko ni sakit sebenarnya. Bawak la dia pergi berubat. Kasihan..
always be positive
Hang ni, member terperap dalam bilik pun hang kata dia alim.
Fhmkan! 1st impression.
Takdak maknanya nak kata tu 1st impression.
Org mcm ni bagi blanket party seround baru dia tau erti jaga mulut
Mohon dismack je la kepala nya, Dan dilempang mulutnya.
Roomate aku disebabkan ego je masing² da xnak bertegur sapa disebabkan masalah phone terkena air lul.
hurmm, aku x jmpe erman dlm fb. محمد ذولفقر علي Firdaus Hj Radzi Halim Za’ba
Erman Azwan Yahya baca nie.. Tp Muhd Khairul Bin Rumaling dia org melayu.. Org melayu malas membaca.. Haha
aku bajau ok? maka aku baca smpai abis. hahahahahahaha, takde pon erman. dia block aku ke?
Alim sbb jrg lepak luar??
Tapi yg paling aku bengang dalam setiap cerita kat sini ialah pong pang pum pang blame itu ini tapi takde pun ayat cerita ni cakap korang pegi sound direct kat si Aus tu. Setakat berani dalam facebook saja. Cuba la pegi confront dgn org tu
Alibuni Azemi Msti mg namo Aus. Aku main pes sbb siap dh esaimen :(
Pengajaran dio jgn lepak mamak tgk bola.. Live stream