I start to mind my own business

Assalamualaikum. Aku sendiri taktahu mana nak mula cerita ni. Cuma apa yang ingin aku sampaikan ni sangat sensitif buat aku sendiei yang menghadapinya. Aku mempunyai beberapa adik beradik dan boleh dikira aku adalah perempuan sulung. Sejujurnya sifat untuk protect adik2 tu tersangat la tinggi. Aku tak mahu mereka hanyut, tersalah pilih kawan dan aku hanya inginkan yang terbaik untuk future mereka.

Aku tak tahu di mana aku silap. Setiap kali aku menasihati adik beradik ku untuk sesuatu perkara, seringkali mereka mengatakan yang aku cuma menyibuk akan hal mereka. Mereka memaki aku. Sebagai kakak, aku tak mahu adik2 aku tersalah kawan (tak perlu la aku cerita di sini apa salah mereka). Tapi setiap kali aku nasihat, aku akan diherdik, dimarah, dimaki oleh mereka sampaikan sedikit pun tidak ada rasa hormat mereka pada aku.

Jujur, setiap kali mereka memarahi aku, kami akan diam tak bercakap sehinggalah setiap malam aku akan menangis mengenangkan sikap mereka pada aku. Aku sedih. Diorang tak fikir ke perasaan aku bila diorang memarahi aku? Tak kira samada aku menegur secara lembut mahupun kasar. Tetap apa yang dibalas pada aku hanyalah kata2 kesat.

Mereka baik. Suka bergurau dan aku suka melayan gurauan mereka. Namun apa yang aku terasa sangat adalah bila mereka berkata2 tanpa memikirkan perasaan aku. Sedih. Aku kakak salah ke aku ingin menegur adik2ku? Salah ke tindakan aku?

Senang2 mereka menyuruh aku buat segala kerja rumah. Tapi bila aku buat, mereka langsung tak hargai. Apa yang mereka nampak hanyalah seorang kakak yang pemalas. Tapi siapa yang selalu mengemas rumah? Siapa yang menyediakan makanan untuk mereka jika mak tiada dirumah? Aku. Semua aku.

Start dari itu, aku mula untuk tidak menjaga hal mereka. Aku tak kisah mereka nak keluar malam, nak keluar dengan siapa, apa yang mereka nak buat. Aku tak peduli. Hati aku keras. Keras.

Nak cerita hal mereka, ceritalah. Tapi aku takkan memberi sebarang nasihat. Aku hanya mendengar. Daripada aku memberi nasihat dan dicemuh, lebih baik aku berdiam.

Maaf jika terlalu panjang. Aku cuma tak tahu pada siapa ingin aku luahkan.

– Mima

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. aku harap ko baca komen ni.. aku anak sulung jugak..sama mcm ko. byk kali aku give up nak nasihatkan adik2. byk kali terasa. sama mcm ko rasa. tp, blk semula pd ‘anak sulung’. kita dah dilahirkan dengan amanah tu. nak tak nak, kn terima. Allah tahu ko mampu. Allah tahu ko kuat. Allah tahu ko sedih. tp hamba yg berputus asa tu Allah tak suka (chek surah yusuf). motivate urself. tak salah rehat, tp amanah tu akan disoal. jgn rehat lama2. lg1, amalkan surah yusuf ayat 3 utk adik2 hormat ko. baca bila dgn dorg. byk lg ayat quran yg boleh jd doa. chek blk hbgn kita dgn Allah. knpe dakwah pd adik beradik tu tak jadi.. if nak sembang, pm la.. goodluck!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *