Raya: Family ada depan mata, tapi…

Aku bukan student UIA. Tapi dulu pernah lah UIA pilihan pertama UPU tapi tak dapat haha.

Aku cuma follower IIUM confession, lebih suka aku follow dari page confession uni aku sendiri.

Bila hari raya ni, seronok tengok gambar family orang lain di timeline fb. Nampak mesra dan begitu akrab. Begitulah sepatutnya suasana hari raya, mempereratkan persaudaraan, yang jarang berjumpa, kita berjumpa dan berkasih mesra.

Namun untuk keluarga aku, segalanya berbeza. Tahun ini kami beraya di rumah sendiri. Rumah sendiri tempatnya di kampung mak aku. Pak cik, mak cik adik beradik mak aku semuanya rumah sebelah menyebelah. Kiranya dekat je lah.

Adik beradik mak aku ada tiga orang. Mak aku sulung, adik perempuan seorang dan adik lelaki seorang. Mereka semua bukan adik beradik kandung. Adik beradik. Maksudnya, semua anak anak atuk nenek aku adalah anak angkat, termasuk mak aku. Bezanya adik beradik mak aku dengan mak aku, mereka tahu siapa family kandung mereka, mak aku pulak tak tahu. Yang dia tahu, dia anak kepada pasangan Cina, kedua-duanya dari Singapura. Dulu mungkin budaya orang Cina, mereka tak nak anak perempuan kerana mereka percaya anak perempuan membawa sial, mereka akan beri kepada keluarga Melayu yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat.

Oh ya, berbalik kepada adik beradik mak aku, walaupun mereka adik beradik angkat, mereka akrab. Dulu tiap pagi raya kami akan berkumpul. Makan bersama dengan sepupu. Bertanding duit raya siapa banyak lagi.

Mesra.

Namun, ini sudah tahun ke empat, family besar ada depan mata, tetapi segalanya begitu asing. Semuanya bermula setelah arwah atuk aku meninggal dunia. Nenek aku pula meninggal dua tahun lebih awal daripada atuk aku.

Setelah atuk aku meninggal dunia,keadaan berubah. Adik beradik mak aku mula bersifat dingin. Sepupu sepapat yang sebelum ini rapat mula merenggang. Aku sendiri pun tak faham. Segalanya berlaku dengan tiba tiba.

Paling tak boleh percaya, adik lelaki mak aku datang ke rumah, menuntut hak dia ke atas rumah yang kami duduk. Katanya,rumah yang kami duduk ni rumah arwah atuk aku. Atuk aku dah meninggal dunia, maka mak aku tak layak duduk situ. Dia yang lebih layak, sebab dia anak lelaki dan walaupun anak angkat, dia bertaraf anak saudara kepada atuk aku (mak kandung dia adik atuk aku)

Mak aku masa adik lelaki dia datang, menangis macam apa. Mungkin luluh sangat hatinya, adik yang dia sayang, adik yang dia sara persekolahannya (atuk nenek aku orang susah), adik yang dia tanggung majlis perkahwinannya sanggup melakukan sedemikian rupa.

Adik lelaki mak aku terus mengugut mak aku maka mak aku pun keluarkan geran tanah bersama wasiat arwah atuk aku. Mujurlah arwah atuk aku ni jenis yg pandang jauh. Segalanya dah dia uruskan, ada hitam putih sebelum dia meninggal.

Melihat geran tanah dan wasiat tu, dia naik berang. Dia meninggalkan kami. Habis pintu rumah diterajang,pasu bunga dipecahkan.

"Dasar anak cina tak sedar diri. Tunggulah nanti! Aku bakar rumah ni!"

Ugutan tu meninggalkan kesan buat kami. Setiap malam kami tidur dalam keadaan berjaga-jaga. Mak tak sampai hati lapor kepada polis, kerana memikirkan nasib adik lelaki dia bila ditangkap polis nanti.

Adik perempuan dia pulak,tiba tiba memjadi dingin. Tak bertegur sapa. Jika disapa, buat tak layan. Pernah sekali kami bertandang ke rumah, tidak dilayan, malah disindir tajam.

'kalau dah cina, memang tamak macam tu!'

Aku pelik. Tamak? Semua adik beradik ada sebuah rumah. Kalau mak aku tamak, awal awal dah mak aku halau adik perempuan dah jual rumah pusaka yang atas nama dia dan atuk aku.

Macam macam lagi lah sebenarnya. Belum lagi kisah diugut dengan parang, ayah aku dikejar di jalan raya.

Macam sinetron Indonesia kan? Tapi ini memang betul betul berlaku.

Aku tak faham bagaimana perkara ni boleh berlaku. Aku nak keluarga aku seperti dulu. Pagi raya meriah, rapat semuanya. Aku nak usaha menyambungkan semula tali persaudaraan ni, tapi tak tahu nak mula macam mana.

Aku tak nak nanti di akhirat Allah tanya apa yang dah kau usaha utk sambung balik silaturrahim keluarga kau, aku tak tahu nak jawab apa sebab aku tak da usaha.

Harapnya aku dapat jawapan / cadangan dr pembaca IIUM Confession ni. Terima kasih.

– Sepet

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Mak dan awak x salah. Buat masa ini tarik diri dulu. Masa dn peristiwa akan sedarkan mereka. In shaa Allah. Banyakkan solat dn berdoa semoga Allah beri perlindungan dn kemenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *