reply to ‘aku benci hari raya’

Hye! Jujur aku cerita, aku pun beriya jugak post gambar raya satu family pakai sedondon di instagram. Walaupun banyak likes yang aku dapat tapi tetap tak merubah realiti kehidupan sebenar aku. Gambar happening betul. Yela siapa yang nak post gambar buruk dan sedih je kan.

Tapi sejujurnya, gambar family yang aku post tu adalah gambar bersama ayah tiri sekali. Yes mak aku kawin lain. Orang semua taktahu. Kawan2 pun taktahu. Mak ayah bercerai sejak aku kecik. Aku try avoid untuk post gambar family di facebook sebab bapa kandung aku ada facebook. Risau jugak beliau sedih dan terasa hati.

Lepas sibuk bergambar, terdetik dihati aku cemana la bapa kandung aku beraya. Seronok ke beliau. Orang semua tengok mesti yakin yang family aku ni bahagia ceria sedangkan sebenarnya banyak konflik antara kami.

Apa yang aku cuba sampaikan sekarang, kau nak tahu kehidupan sebenar and kebahagian sebenar seseorang tu, kau perlu duduk sebumbung dengan mereka. Kadang2 orang tu memberikan senyuman besar pada kau, tapi disebalik senyuman tu ada duka yang betul2 tersimpan.

?

– kawan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Mungkin satu masa awk dpt smpikan rasa hati pd Mak awk dan Ayah Tiri yg kini satu keluarga.. Kita bermain2 dgn emosi dan lupa bahwa rasa hati, angan2 dan impian belum tentu terbaik buat kita… Rencana Allah lebih baik… klu awk bersangka baik, mungkin aja awk akan fikir mmg tidak ada jodoh antara Mak dan Ayah Kadung awk dah mungkin juga Ayah Kandung awk bahagia bersama keluarga barunya.. Kalau awk positif… satu masa bila awk rasa awk ingin nak smpikan pd Mak & Ayah Tiri awk ttg hasrat hati nak jumpa Ayah Kandung..dgn doa dan harapan pd Allah jadi satu kenyataan. Apa pun mohonlah pada Allah, kerana dia tau apa yg direncanakan.. Apa yg ada skrg mungkin ini lah yg terbaik buat awak…wallahualam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *