Salam admin. Selamat hari raya. Aku harap admin share perkongsian yg aku nak sampaikan ni. Ni cerita pasal abg ipar aku.

Perangai sebenar dia mula nampak sejak dia lafazkan akad nikah dgn kakak aku. Sebelum kawen bukan main baik lagi dia tunjuk depan kakak aku,mak ayah aku and ktorang adik beradik. Tapi biasalah manusia bila sebelum kawen bak kata pepatah "pijak semut pun tak mati". Kisah dia dengan kakak aku membuatkan aku takut untuk berkahwin. Ya aku tahu bukan semua lelaki macam tu tapi kebanyakkan yang aku kenal semua ada pengalaman macam tu.

Sebelum tu aku bukan nak aibkan dia or sesiapa sbb lgpun aku tak bgtahu nama dia pun. Alkisahnya macam ni. Lepas je kakak aku kawen dgn abg ipar aku tu, dlm 3 or 4 bulan mcm tu lah kakak aku pregnant. Masa kakak aku pregnant tu dia dah start buat hal dah. Baru berapa bulan oi kawen tak sampai setahun pun lagi dia dah tunjuk perangai dia. Dia maki kakak aku tak tentu pasal. Kdg2 sbb prkara kecik je dia besar2kan. Bukan dia je perangai macam tu. Kakak dia dgn mak dia pun sama. Diorg anak beranak selalunya marah kakak aku dan cakap benda tak elok. Macam kakak aku ni teruk sgt sampai dpt layanan macam tu dr diorg. Lepas kakak aku beranak, abg ipar aku dah berubah kejap. Tapi kejap je tau dlm beberapa bulan je. Pastu perangai teruk dia dtg balik. Dia pernah sepak kakak aku,ludah,tolak kepala. Pukul jgn cakap la mmng banyak kali. Kdg2 aku rasa perangai dia ni macam budak2 yang tak matang tau.

Haritu dia ada bagi kad parking free kat kakak aku untuk park kereta kalau nak gi office. One day,kakak aku nasihat kat abg ipar aku supaya kalau boleh takyah rapat sgt or ikut sgt kata2 kawan abg ipar aku tu sbb haritu dia balik dia mcm org tak betul tau. Balik2 khayal pastu ckp bukan2. Boleh dia main botol perfume kakak aku. Bila kakak aku tanya dia buat apa main dengan botol tu? Dia ckp dia tgh tengok ada ikan berenang dlm tu haa. Tak ke gila namanya tu? Haha. Pastu dia ckp dia nampak mayat dia tengah terbaring kat depan tu. Dia tanya kakak aku dia dah mati ke? Pastu kakak aku layankan je lah perangai dia. Kakak aku cakap "ye you dah mati. Ni sebab you pergi ke mana entah and amik benda apa pun i tak tahu sampai you jadi mcm ni. So sekarang ni you dah mati dah. Dah tak boleh nak buat apa dah." Teresak-esak dia nangis sbb percaya. Pastu berubah la dlm 2 3 hari. Ni sebelum kakak aku nasihat kan dia tau. Lps dlm 2 3 hari dia berubah tu, dia start balik perangai dia. So masa ni lah kakak aku nasihatkan abg ipar aku supaya jgn rapan dgn kawan2 dia tu. Dia boleh tengking kakak aku ckp kakak aku nak control hidup dia. Pastu dia gi block kad parking yang dia bagi kakak aku tu. Ya Allah macam budak2 perangai dia. Tak matang betul. Aku bukannya nak mengungkit ke apa tapi dia tak sedar ke masa dia sakit kena denggi haritu sape yang jaga dia? Ktorg satu family jaga dia. Kawan2 dia dgn family dia langsung tak amik kesah pun. Tapi bila dah sihat dia lagi pilih kawan drp isteri dan anak sendiri.

Aku kdg2 sedih tgk anak dia tu. Mcm kurang kasih syg drp sorg bapa. Nasib baik lah abg2 aku layan dia mcm ank sendiri. So tade lah dia sedih sgt. Sbb korg tahu tak masa tu boleh dia tinggalkan anak dia kat luar rumah. Dia pergi tutup pagar rumah and biar je ank dia kat luar tu. Sebab? Sebabnya ank sdara aku tu nak ajak ayah dia main and tanak salin baju. Menangis budak tu. Nasib baik abg aku dgr and pergi amik ank sdra aku tu balik. Kalau lah ada org jahat time tu,dia boleh tarik macam tu je culik ank sdre aku tu. Oh btw abg aku tinggal sekali dgn diorg satu rumah sbb abg aku baru pindah kat situ and tgh cari rumah sewa. Tapi kakak aku harap sgt abg aku tu tak pindah sbb kakak aku tahu kalau abg aku ada kat rumah tu, at least abg ipar aku takkan berani pukul dia dengan teruk sbb dia tahu adik isteri dia ada dlm rumah tu.

Barang dlm rumah tu semua beli guna duit kakak aku. Brg anak apa semua kakak aku yang beli. Nak harapkan abg ipar aku? Dah la duit tak hulurkan, duit kakak aku dia pinjam slm berapa ribu pun tak bayar2 lagi. Bukan setakat tu, duit simpanan ank sdare aku yg kakak aku simpan pun abg ipar aku kebas. Hmm aku tak tahu nak ckp macam mana lagi. Tapi yang kelakarnya bila ada kami sekeluarga pergi rumah diorg, abg ipar aku boleh cakap kat mak aku yang sofa,almari apa semua tu dia yang beli. Tapi hakikatnya itu semua kakak aku yang beli. Tapi kakak aku diamkan je. Diam bukan sebab lemah tapi sbb nak tgk lakonan abg ipar aku tu macam mana.

Pastu ada haritu dia ajak kitorg keluar cakap nak bawak kitorg pergi jalan2 main bowling, makan apa semua. Tapi korg tahu tak sebelum tu dia buat apa? Dia masuk bilik dia mintak duit dgn kakak aku dia ckp "aku nak bawak family kau keluar so bagi aku duit". Kakak aku ckp la yg dia nak susah2 nak bwk ktorg keluar kenapa sbb bukannya ktorg yang mintak dia bawakkan tapi abg ipar aku tu sendiri yg ttiba beriya2 cakap esok nak bawak keluar gi jalan2 apa semua. Ehh dia ni lebih2 pulak berlakonnya. Eh sorry banyak pulak yang aku bebelkan ni. Huhuhu. Tapi kalau korg nak dengar lagi aku akan sambung next time insyaaAllah.

– g

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Abang ipar kau ni layan pil kuda ke apa? Jaga-jaga la. Takut-takut kakak kau anak beranak kena sembelih pula kang.
    Selagi boleh lari selamatkan diri, buatlah sesuatu. Jangan sampai menangis tak berlagu.

  2. Dah buat pengaduan ke untuk kes domestic violence? Buat pemeriksaan kesihatan dan report polis. Blh juga bawa kes ke mahkamah supaya bg pengajaran dan pendidikan pada suami.

    Kena do something. Tak boleh biar dan pendam kes mcm ni.

  3. Dari perilaku abg ipar tu,besar kemungkinan dia ada salahguna dadah.

    Keganas rumahtangga bukan boleh ambil mudah.
    Sekarang,banyak pilihan ada
    Sebelum melarat,bagus bertindak.
    Buat laporan polis ke,guna khidmat talian NUR ke.

    Jalan terakhir,rujuk pejabat agama untk minta cerai.isteri pun ada hak minta cerai.

  4. Macam ada tak kena. Mungkin abg ipar ko tau sesuatu yg ko tak tau. Maybe akak ko ada buat something dia rahsiakan dari ko. And dia depressed. So akak ko jadi mangsa. Dia dera sbb balas dendam mungkin. Sbb mcm pelik plak family dia pon violence kt akak ko. Aku rasa la

    • Mana ada perempuan siuman boleh tengok menantu atau ipar didera, apatah lagi mendera perempuan tu. Tolongla, untuk hal macam ni tak payahla asyik nak cakap ‘mesti perempuan tu ada buat salah’. Tak logic langsung. Pukul tu terang2 dan salah, berdosa besar. Takkan nak cakap kakak dia dah membunuh,pasal tu abg ipar jadi kaki pukul.
      Dia dibesarkan dalam keluarga gila, macam tu la jadinya. Keluarga kejam dan biadap.

    • Amanti Itnama suka hati kau je cakap org dibesarkan dalam keluarga gila. Kau tau ke sbb dia buat mcm tu. Kot lah laki dia sakit. Apa kau tahu. Kau cakap senang la. Cuba ko kat tempat akak dia. Akak dia pon terima je kan apa suami dia buat. Bukan xboleh buat report. Aku cuma bagi pendapat aku. Yg emosi pesal. Pendek akal betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *