Kecewa dengan sikap saudara

Terima kasih sebab approve confession saya.
.
Umur aku da 22 tahun.Btw, aku perempuan.Setiap kali raya tak kisah la raya aidilfitri atau raya haji, aku dan adik aku akan berat hati nak balik kampung. Kami akan balik kampung pagi raya tu jugak disebabkan jarak rumah nenek sejengkal je kan dan tak ambil masa yang lama pun kat rumah nenek dalam 3-4 jam sahaja. Selalu nye kami balik kampung hari raya pertama sahaja,raya yang lain kami lebih suka menghabiskan masa depan tv.Sememangnya aku tak berapa rapat dengan sepupu2 aku. Sewaktu kecik aku dan adik memang rapat dengan mereka tetapi oleh disebabkan satu kejadian ketika aku berumur 10 tahun, pakcik aku telah marah dan memaki hamun adik aku yang berumur 6 tahun. Dia marah sebab adik aku terlanggar anak dia semasa mereka bermain.Untuk makluman,anak dia tak ada cedera kat mana2 pon ye dan pak cik aku ni memang yang paling berada dalam family aku. Aku tak kisah kalau dia marah biasa2 aja tapi dia maki hamun sekali family aku. Tapi bila dia cakap keluarga aku miskin, hidup minta simpati orang lain,da la miskin pastu menyusahkan orang pulak,da la takde ayah, memang aku simpan dendam smpai sekarang.Ayah aku tak pernah balik kampung sebab hubungan ayah ngan mak tak berapa nak baik.Bahkan memang dari kecik lagi kami tak tinggal bersama ayah sebab ayah da kahwin lain but tak bercerai ngan mak just berpisah ngan mak.Tapi sekarang,ayah aku da meninggal dunia.Al Fatihah. Dia marah depan semua sepupu aku time tu. Sejak dari kejadian tu memang adik aku yang kena marah ni tak suka nak balik kampung. Aku pun berat hati nak balik kampung tapi mengenangkan kesian kat mak nak jawab pertanyaan kenapa anak2 mak tak balik, kami pon balik la jugak. Sampai la, kami adik beradik tak rapat ngan semua sepupu kitorang mungkin tersinggung dengan kejadian tersebut.Walaupun pakcik tu da berubah sikit,tapi aku tetap tak bole terima kebaikan dia. Sorry pakcik.

So,apa je yang kami buat bila balik beraya?? Kami akan makan dan duduk di dapur sahaja,main fon bagai sebab majoriti sepupu aku semua lepak kat depan. Kalau bole elak,memang kami elakkan dari bersua dengan mereka semua.

Tu je untuk kisah sepupu.

Ada satu hal lagi yang aku tak puas hati dengan makcik2 dan sepupu perempuan aku. Aku kesian tengok kat nenek aku bertungkus lumus masak rendang semua kat dapur,yang makcik2 aku bole pulak bergambar dan duduk santai menyembang kt depan. Kesian la weh kat nenek tu,mak korang kot.Tak baik la buat macam tu. Disebabkan makcik2 aku macam tu, memang mak aku je yang selalu tolong masak dan buat kerja2 dapur setiap tahun okay.Tak pernah lagi aku tengok mak aku duduk santai kat depan biarkan nenek sensorang buat kerja. Aku kesian kat mak aku kena jadi kuli adik beradik dia.Sampaikan ada satu tahap tu,makcik aku buat openhouse pastu dia suruh mak aku datang awal kat rumah dia semata mata nak tolong dia.Masalahnya bukan tolong yang ringan2 ye,ni disuruhnye mak aku memasak la,potong buah la,hidang makanan la..Padahal makcik aku tu ada anak perempuan yang da besar panjang bole tolong dia. Geramnya aku. Aku jugak tak puas hati dengan sepupu perempuan aku sebab setiap raya kitorang ada baraan atau rombongan macam tu dari satu rumah ke satu rumah.So,memang tiap kali tu jugak aku sorang je duduk kat dapur lap pinggan mangkuk,cawan, potong buah, hidang biskut rendang bagai,basuh pinggan..Yang lain semua menggedik kat depan bergossip bergambar semua.Korang bukan kecik lagi nak duduk lepak kat depan tu,da jadi anak dara pon.Bila aku ajak jom la sesama basuh pinggan ke tolong aku ke..heh,takde respon pon. Aku tau la dalam family tu,keluarga aku je yang susah,yang lain sume kaya2 belaka.it doesnt mean that you can make us as your slave. It doesnt mean you do nothing.

Sekian terima kasih.Maaf buat korang baca ketidakpuasan hati aku yang da lama membuak buak dalam hati ni. Apa yang aku nak adalah tolong la jadi lebih peka dengan tanggungjawab memasing.

Akhir kata,SHRMZB

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Hehehe… Biasalah bila dah ‘ada2’ ni jd lupa diri kannnn.. Diaorg lupa tu sapa bg kesenangan hiduppp….lg pulak ada yg melayan makan minum semua tu… Apa punnnn… kalau betul2 pandang pada Allah pandang pada Nenek & Mak… besarrrr pahala tu… esok2 masa bila time kita semua kena hisab…. Allah tak tanya berapa bnyk ‘selfie’ dpt buat masa raya… Kita hidup mungkin x kaya raya mcm org lain tp yg bestnya kita x mudah lupa diri smpi terrrrrhina kemiskinan & kekurangan pd org lain ye tak… Oh ya, jgn lupa Allah tu kan berkuasaaa penuh atas segalanya… yg Cantik ley jd Buruk.. yg Kaya ley jadi Miskin… Begitu jugalah sebaliknya… Awk org adik beradik berdoa dan terus berdoa dgn usaha.. mana tau tul2 Allah terbalikkan keadaan jd Kaya Raya dan kelebihan dari tu tak lupa diri sbb dah pernah rasa dan jadi saksi mcm mana org lupa dirikann… Aminn… Besar pahala awk org tu… Apa pun juga… Allah la utama.. dia boleh ubah apa aja.. percaya pada dia… bersyukur dan berdoa…Moga awk sekeluarga bahagia krna sentiasa bersama dalam kedaaan suka duka dan diberkatii… aminnn

  2. Haaa..akk pom hangin kalo jnis ade org berada yg suka rendah2kan org yg kurang bnasib baik.mcmla Allah bg rezki kt ko sorang.hurmm pd gadis2 yg hanya reti mgedik je..xreti masuk dpur tu lgla melampau..hari raya pom nk men hp lg ke..haishhh akk plak yg pns..hahhahah

  3. If you allow yourself to be a doormat, then you are a doormat. Cer sekali sekala buat keras x nak tolong tgk apa nak jadi. Mmg geram baca pasal org pemalas ni, tapi eiii, geram jugak baca kisah org yg biar diri dipijak gitu. Like I said before, kita x boleh ubah orang, kita yg kena berubah. Kita x boleh ubah orang jadi rajin. Tapi kita boleh je ubah diri kita kan? Buat kerja tapi sakit hati buat apa?

    • Jgn kerja…kerja mana boleh kaya!
      Meniaga…dgn berniaga sahaja boleh jd kaya!
      Mulalah dgn jadi dropship ke apa ship tah…lepas tu tgk…semua yg berjaya hari ini bermula bkn dgn hidup senang.

  4. Kisah openhouse tu mmg ak faham sgt2. Makcik aku buat kenduri.. panggil ak & mk ak tlg masak bagai.. siap arahkn ak jaga tray makanan & angkat brg2 berat.. tp anak menantu dy dtg lbt ke kenduri mk sendiri. Dtg aje.. trus amek pinggan, duduk & makan. Nama nak menolong, mmg xlah..

    Tindakan ak? Trus balik umah ak sbb aku tak sanggup diarah itu ini buat keje padahal anak tuan rumah sibuk goyang kaki.

    Kpd anak2 tuan rumah.. ye.. mmg time kenduri rmi yg menolong.. tp korg jgn la buat makcik2 lain yg menolong tu mcm org gaji korg. Korg sedap2 bjimba kat luar.. makcik2 yg menolong tu siap sakit pinggang bagai.. adab xde ke?

  5. awak , pasni sound je direct kat dorg tu . dah besar panjang anak dara takkan la bengong gak tak reti nak tolong? ? bukan suruh tidur sekali kat dapur , suruh tolong sikit je . srs len kali awak sounddddd je wei pls

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *