Lately ni banyak confession yang melibatkan pasal keluarga. Well aku pun tak terkecuali jugak daripada keluarga bermasalah ni. Cuma tahap kekritikalan 'masalah' tu berbeza.
Aku anak no 2 daripada 3 orang adik beradik. And aku sorang laki. Masalah aku ialah mak, kakak n adik perempuan aku. Dia memang sangat negatif orangnya, baran dan sangat berkebolehan dalam menaikkan kemarahan orang lain.
Aku ingat lagi mak pernah belasah aku cukup2 sebab masa kecik dalam umur 7 tahun aku pernah termuntah kat lantai rumah & terkencing atas tilam (kencing malam) kat kampung. Mak aku memang belasah aku cukup2 and guess what dia kata kau ni menyusahkan aku lah sekali pakej dengan makian. Sakit dia tu sampai sekarang aku ingat lagi macam mana. Masa tu aku terfikir ni ke kasih sayang dalam keluarga yang cikgu cakap masa sekolah tu? Bila dah besar aku cuba justify apa yang mak buat tu kat aku sebab aku ingat lagi benda tu. Tapi tak boleh. Salah aku ke masa kecik aku rasa nak termuntah aku tak pergi tandas? Salah aku ke masa kecik aku kencing malam? Aku tak diajar lagi kalau rasa nak muntah pergi tandas. Lepastu aku terkencing Malam tu sekali tu je. bukannye aku saje2 je muntah, bukannya aku saje2 je kencing atas tilam. Bukannye aku nakal keluar rumah balik malam ke mencuri ke. So aku dipukul hanya simply menyusahkan dia untuk mop lantai.
Then aku ingat lagi masa kecik dulu aku memang jaga aurat aku antara pusat sampai lutut sebab ustazah suruh. Aku memang tak pakai seluar pendek yang atas lutut. ada sekali tu mak aku tanya kenapa tak pakai seluar pendek yang dia beli tu? Aku cakap la seluar tu nampak lutut. Lutut tu aurat. Kau tau apa mak aku cakap? Alah, anak jiran tu boleh je pakai seluar pendek. Takde ape pun. Kau tu lelaki la. Then lepas tu aku pun start pakai seluar pendek. bila dah besar aku cuba justify perbuatan mak aku. And aku fikir what kind of mom la mak aku ni.
Ok, tu citer masa kecik. Antara trauma aku dulu. Suara tinggi, jerit2, terpekik semua tu perkara biasa. Cakap dengan anak pun macam samseng. Maki hamun tu jangan cakap lah. Bodoh bangang lembap tu semua aku dah pernah makan. Babi pun pernah gak. Dalam seminggu tu akan ada lah dalam 5 kali aku kena maki. Kau bayangkan seumur hidup kau berterusan kene maki. Memang lah ada benda yang aku buat salah tapi tak payah la cakap aku bodoh ke bangang ke sial atau ape2 lah. Kata-kata tu doa tau lagi2 daripada seorang ibu. Aku memang dah bnyak kali terasa dengan mak aku. Macam dah tawar hati dah.
Masa aku buat degree, U dekat je dengan rumah tapi aku jarang balik sebab aku tak nak hadap mak aku walaupun aku ada je motor. Aku cakap busy lah ada assignment, test, exam semua. Padahal tu alasan je. Aku sebenarnya lagi suka dok kolej daripada duduk rumah. Masa aku praktikal dulu pun aku saja mintak jauh2 dari rumah. Tak nak aku praktikal dok umah. Tak sanggup nak hadap makhari2 selama 6 bulan straight. Aku balik pun setakat 3,4 kali selama 6 bulan tu. Tu pun setiap kali mesti kena maki. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang buatkan aku tawar hati dengan mak, tapi tak larat nak cita satu persatu.
Kalau aku dah ada anak nanti aku nak cuba cara lain. Tak nak ikut cara mak aku didik anak.
1) Jangan marah anak kalau sesuatu tu terjadi dengan sendiri.
2) nasihat anak pada kesalahan dia yang pertama n bagitau ape yg die buat tu salah.
3) marah anak pada kesalahn kedua tapi jangan keluarkan kata2 kesat & nasihat dia lagi.
4) pukul anak dengan tujuan mendidik dan nasihat dia balik.
Jangan jadi macam mak aku. Aku x tau pun seaetengah benda tu tak boleh buat Tau2 je aku dah kena maki Hamun + pukul.
– anak no 2
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ank sis pom slalu kencing mlm dik..sbnrnya sis rasa dia ikut gen sis kot sbb dulu2 pom sis mcm tu..hihi.kdg2 sis marah jgk sbb dia yg mls nk g toilet sblm tdo n minum air byk sblm tdo..sis dh penat bebel..pd pndpt sis..mak adik tu sbnrnya kurang agama..mgkn adik ptt galakkan dia tgk ceramah agama byk2..pape pn sis doakan yg tbaik buat adik..ni ujian utk adik..dont give up k
Sy setuju dgn cita-cita awk utk merubah keadaan tu dimasa akan dtg… rasa sy jelas disini betapa maaf sy kata bahawa ciri2 didikan keluarga awk tu tak berlandaskan agama…dari pengalaman sy sendiri adik sy no.2 adalah seorang yg degil dan keras kepala akan tetapi dialah org yg dpt menyatukan keluarga bila kami tak de mak dan abah…Pada keluarga dialah tempat kami berkumpul terutama masa raya ni. Apa pun juga pd keluarga awk tu… memandangkan niat baik awk utk tidak mau mengulang sikap yg ada pd mereka pd keluarga awk yg akan dtg… Cadangan sy… berbaliklah pada agama, kenal kebesaran Allah, pengorbangan para nabi demi kita terutama Rasulluah…. Kalau awk tanya sy kenapa pulak?… supaya hati2 kotor yg terguris dimasa lalu dpt dipulihkan demi keluarga yg akan datang. Cari kat utube cam ne susah hidup org lain yg berperang dengan suasana perang.. x de apa nak mkn seharian… mcm mana mereka mereka merintih bila time solat berjemaah mintak belas kasihan Allah utk terus hadapi dugaan hidup mereka… Bukan apa kita ni bila dah pernah lalui trauma biasanya hati akan mudah luluh dan mudahlah hidayah dari Allah menyentuh hati… Bila awk berusaha utk mengubah cara hidup utk keluarga akan datang… kita harus fhm dan ingat bahawa apa yg kita x suka, tak mau biasanya pekara tu la yg akan diduga dan terus diduga.. ini semua hanyalah teguran Allah utk kita, siapakah dihati kita utk kita letakan doa dan harapan…? Takakan ada sesiapa dlm dunia yg boleh fhm isi hati kita 100% kecuali Allah.. Kadang-kadang kita sendiri tak kenal diri kita…lebih2 bila kita lupa diri marah dsbnya… Kita tak akan mudah utk merubah sesiapa kecuali diri kita dan org lain boleh berubah hanya krna Allah… Bila kita kenal Allah, kita akan fhm bahawa keluarga awk sendiri tu lupa akan Allah dan didikan yg sepatutnya dicontohi.. Moga Allah juga lah yg merubah mereka dan Moga Allah redha dengan doa dan harapan awk utk keluarga akan dtg & keberkatan hidup akan diperolehi demi keluarga akan datang yg sakinah & mawardah…… amieen…
Nauzubilah selalu berdoa nanti ada anak jangan jadi mcm mak awak. Maaf ya tapi mak awak tu mmg mak dari neraka. Apalah dalam kepala otak dia sampai anak sendiri pun maki mcm tu. Banyakkan berdoa agar mak awak berubah tapi kalau nak masuk 50 mcm tu jgk mmg x akan berubah la nampaknya. Semoga Confessor tabah dan berjaya dunia akhirat
Doakan yg baik2 kan lebih baik… Manusia biasa kan… Mana tau satu hari dia bertaubat jauh lebih baik dari kita…
Nordahlia Yang
memang ada ibu bapa yg berat sebelah dgn melampau..maka aku sokong apa yg adik ni buat…pesan aku kalau dh kawen atau bujang tp mampu hidup dirumah sndiri maka hidup sndiri, biarlah mak bapa tu sedar kesilapn mereka…dh org buang..x pe lah..adalah rezki tu..buat baik je cuma please hidup sendiri..tlg semampu mgkin je..bertabahlah dan bersabarlah..doakan hidayah buat mak adik tu dan ayah adik srta adik beradik yg lain
Takpe,ko lelaki.nanti dah kawen jangan buat macamtu kat anak ko plak.jadikan pe yang ko dah lalui tu sebagai pengajaran.
Ustazah aq penah cakap,kalau parents ko jenis tak solat biar sampai kat diorang je.jangan kita pun ikot sama.kita ubah.
hidup mmg terkadang nampak TIDAK ADIL dn berat sebelah. ada org dpt semua nikmat bahagia ni di dunia.ada org langsung tak pernah kenal makna bahagia. CUMA satu shj, carilah bahagia itu pd Allah..Dia tak pernah berat sebelah, Dia tak pernah tak.adil..kasih sygNya selalu banyak dan tak berkurang walau telah direbut oleh semua hamba-hambaNya. Bila Dia susahkan kita, itu jg tanda Dia sygkan kita…kelak kita akan byk mengadu pd Dia, menangis rindukan Dia..dan Dia siapkan syurga utk kita atas semua kesakitan itu. sbb syurga tu mahall….teruslah kuat dan tabah..carilah cinta Dia..krn manusia ini cintanya tidak sempurna…hingga bumi terbelah, hancur.dan kiamat, hanya cinta allah yg masih kekal dan abadi. jfn.putus asa pd semua yg sedang diujii.JATUH KRN MANUSIA, BANGKIT KEMBALI KERANA ALLAH!!
Ujian hidup namanya ni… Anggaplah mak kau sebagai tarbiyah dari Allah, bila nanti kau dah ada anak sendiri, kau lebih tahu erti kasih sayang, erti mendidik anak anak dengan lebih baik… For now, nak tak nak, sabar je la dengan karenah mak kau. Doakan lah mak kau jadi lembut hati.
Bro, mak tu ada faktor lain yg buat dia stress ke? Btw, aku rasa, dalam maki2 dia, dia still syg kau. The best way is tunjukkan kebaikan kpd dia, maksudnya, jd mcm org pekak. Dia marah kau ke membebel ke kau pekakkan telinga je. Kau toooolong je dia buat kerja dapur ke apa ke ha. Kdg2 mgkin ada faktor lain yg menyebabkan dia stress. Kalau dia lack of bab agama, kau kena tegur bilhikmah. Tegur baik2 dengan penuh kasih sayang gituh ha. Jangan biarkan je. Sanggup kau nk biarkan mak kau hanyut dari jalan yg benar? Of kos tak sanggup kan. Ha so selaku anak lelaki, kau yang kena tolong mak kau.
Kedua, yes . aku belajar gak dalam psychology dev : children & adolescent, (kemain details bg nama subjek) perkembangan kanak-kanak ni, kalau parents didik dgn maki hamun kasar bagai, anak akan membesar jd hilang keyakinan diri, tak konfiden, penakut dan blh efek perkembangan kanak2 tu sndri.
So mak ayah, didik anak jgn kasar2, kalau anak jenis degil, selawat byk2 tiup dkt ubun2 anak masa anak tidur, doa byk2 semoga anak jd lembut hati. Ibu bapa yg mencorakkan anak-anak, ibu bapa kena tunjuk contoh yg baik utk anak2 ye sedara sedari sekalian.
Ha gitu dh mcm dato’ fadzilah kamsah dah ni. Haha.
Bro, nk ckpnya aku pun anak kedua. Baguslah kau masih independant dan positive walaupun kena maki camtu. Kipidap ! Doa la byk2 semoga Allah lembutkn hati mak kau ya . :)
Sekian karangan 360 p.perkataan..?
Ore wi nasihat molek ni. -_-‘
Mak awk mungkin ada masalah lain..tgah stress ke ape ke.. walaupun begitu, dia tetap mak awak.. dan, mesti ada juga part yang baik dalam diri mak awak.
Cuba slow talk dgn mak. Apa masalah dia yg suka sgt duk marah2 tu. Kadang2 mak2 dia suka makan hati. Pastu mula nk lepas tensen. Marah2 itu ini. Konon kau ada 6sense apa dia nk smpikan. Padahal kau xfaham pun kan nape mak kau marah. Sblm tnya tu make sure mak kau dh mkn kenyang2. Waktu mlm ke. So dia boleh piki sepanjang mlm apa kau ckp dgn dia sblm tu. Kau plak cuba baca surah toha bg lembut hati mak kau.tuju kat dia. Google je doa lembut hati tu. Tahajub la jap lepas ckp dgn mak kau tu. Ckp awal2 mak jgn marah kau nk tnya. Kau google la ayat mukadimah cmne. Haha. Kau kena cool down kalau tetiba mak kau jd gunung berapi. Sabo. Tnya elok2.
Saya rasa tindakan adik utk mengelak dari duduk dirumah bersama toxic people is right. bukan sbb tak sayang keluarga tetapi utk menjaga kewarasan diri sendiri.
every negatif words yang diucapkan terutama oleh ibu awk akan terus menusuk kejantung kalbu, menggores dalam perasan.. and stays there forever. i meant it when i said forever. it never goes away. perkataan sial, babi, bala, bodoh akan kekal disana forever and hurts everyday, silently. kesannya boleh diringankan dengan cara berjauhan dari punca toksin2 ini. pada masa2 tertentu spt hariraya, cuti am baliklah tetapi dlm. masa yg singkat.. paling lama 3 hari sahaja. selepas itu lawatan kita sudah menyusahkan mereka. namun manusia berubah. mana tahu lama2 apabila usia sudah lanjut, tenaga sudah lemah, tak lalu dah nak marah lama2.. boleh la lanjutkan masa lawatan.
Yup…..rasanya betul.
Dulu bapak aku pon kuat maki.. Smpai sekarang.. Tapi, aku buat hati kering.. Nak buat macammna.. Maki dan dirinya berpisah tiada.. Tp jauh disudut hati dia, aku pasti mak2 and pak kite tu rasa terkilan setiap kali maki n naik tgn. Percayalah.. Bile ko ada anak ko akan pahamm.. Malah benda cmni jadikn diri utk mnjadi bapa yg penyayang
Saya pon anak kedua.selalu terima nasib mcm tu dulu..tabah la..