Salam syawal admin dan pembaca. Terima kasih sbb post kisah saya.
Saya dan suami sama2 graduasi dari salah sebuah ipta di utara Malaysia. Cerita cinta kami tidaklah se-gah cerita cinta orang lain. Tapi cinta kami tulus dan kuat sehingga hayat dikandung badan. Terlalu banyak rintangan. Ibu mertua aku sebenarnya pada awal hubungan tidaklah berapa suka dengan aku. Aku dapat baca dari riak dan geri dia. Tapi demi anak, dia turutkan jua; walau aku tau yg ibu mertuaku sudah mula terima bekas kekasih suami aku dan dah pun anggap dia sebagai menantu.
Tapi benarlah ajal maut jodoh kuasa Allah. Sejauh mana kami cuba mengelak perasaan demi menjaga banyak hati, namun tidak tertanding sekuatnya cinta kami. Setelah banyak dugaan yang kami harungi (aku pun pernah kena warn dengan mak cik dan kakak ipar suami aku dulu supaya jauhkan diri dari suami aku waktu tu), akhirnya Allah buka jalan dan kami disatukan dengan ikatan yang halal. Alhamdulillah, aku cuba ikut rentak keluarga dia walaupun hati aku pernah terasa. Semuanya aku simpan kemas dalam hati aku dan tak cerita pada siapa pun.
Kami hidup sangat bahagia dan keluarga mertua pun nampak sudah mula menyayangi aku. Kehadiran anak aku menguatkan lagi silaturrahim ini. aku merasakan akulah yang paling bertuah didunia ini. Allah telah berikan aku satu nikmat yang tak pernah aku fikir aku dapat merasainya. Sebuah keluarga yang cukup bahagia. Namun, perasaan yang dipinjamkan itu tidak lama. Genap umur anakku 3 tahun, suamiku jatuh sakit.. Allah sahaja tempat aku mengadu. Siang malam tempatku hanyalah dihospital, aku terpaksa ambil cuti selama 3 bulan untuk menjaga suamiku dan sedikit pun aku tak kisah demi cinta dan sayang pada imamku itu. Kenangan yang takkan aku lupakan menjaganya sehingga nafasnya yang terakhir. Maka terbuktilah kata2nya. Cinta abang pada farah sampai abang mati…
Gelap dunia aku waktu dia pergi tinggalkan aku. Ternyata cuma anaklah tempat aku lepaskan rindu pada sepasang anak mata yang selalu tatap wajahku.. sepanjang suamiku dihospital, bekas kekasihnya tak putus2 datang melawat dan layanan mertuaku sangat mesra-aku biarkan sahaja kerana mungkin niatnya memang hanya untuk melawat. Rupa2nya, baru aku tahu yang bekas kekasih aku masih berhubung dengan mertuaku biarpun kami sudah berkahwin. Ibu dan bapa mertuaku juga kadang pernah berseloroh tentang bekas kekasih suami aku ni betapa sayang dan dipuji2nya dia.Kadang aku pernah berbual dengan suamiku, tengtang orang tuanya yang masih sayangkan bekas kekasih dia. Jwab suamiku, bukan mak dan abi yang nak kahwin dengan farah. Abang yang nak kawin, jadi farah jgn fikir yang lain. Jawapan itulah yang selalu jadi pemujuk jiwa aku.
Selepas suami meninggal. Rumah pun mereka ambil. Rumah itu kami sewakan pada orang lain. Memanglah rumah itu atas nama suami. Tapi sepanjang perkahwinan aku yang bayar pada bank.walaupun tempoh perkahwinan kami hanya 3 tahun, tetap ada bahagian aku. Mereka tak pernah berbincang tentang peninggalan, terus buat dengan keputusan mereka. Kerana kasih aku pada suami, aku diamkan sahaja…. tapi hati sangat terusik bila barang kecil seperti pinggan mangkuk pun diminta kembali. Buat hati aku betul2 sedih..semua beban ditinggalkan dan diletak atas bahu aku.kadang aku terfikir, apa yang mereka lakukan dan layanan baik pada aku waktu suamiku masih ada hanya lakonan sahaja ke?
Aku x minta untuk mereka hulur bantuan wang ringgit.cuma sekurang2nya bantulah untuk jaga hati aku.. namun bila hati terlalu kecewa seperti rasa dikhianati.. aku hanya mampu berdoa semoga.mereka diberikan petunjuk tentang apa yang aku lalui selama ni.biarlah aku diam seribu erti supaya hati ini tidak sakit dan bersedih lagi. Aku redha dengan jalan yang tertulis ini.
Moga Allah temukan aku dengan suami disyurgaNya nanti. kasih aku hingga ke syurga.
Farah aryani.
– Farah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik…Besar pahalanya… ditambah dengan dugaan mereka2 yg lupa akan tanggunjawab serta hukum hakam agama bahawasanya hak yg diambil itu adalah hak anak yatim. Percayalah rencana Allah itu lebih baik…..Tabahkan hati, Allah titipkan cinta hati hidup bersama menemani awk insyallah sepanjang hayat… zuriat… Allah berikan ujian pada kita utk tegur hati kita… dimanakah kita nak mengadu.. Moga Allah jugalah yg terus menjaga awk berdua… Moga awk berdua diberkati Allah dunia & akhirat… amiennn..
Subhanallah..besar dugaan utk kamu dik..nmpknya amanah Allah mereka xtunaikan..pttnya mereka masih membela adik sbb ank adik tu cucu mereka lg..xpela.pape pn..adik dh jlnkan tgjwb adik pd arwah suami sampai ke akhir hayat..biar Allah menilai dik..selagi bharap pd manusia..hati kita xkan tenang sbb manusia xpernah sempurna.akak harap adik move on ..jgn pndg blkg lg..pedulikan mereka tu..
nie padah kalo dapat anak jilat ketiak mak.. dan bukan menantu pilihan.. logik dia kenapa? sebab depa(mak yang djilat ketiak tadi) akan kata ” anak aku dok dngo kata kata aku lg “.. jadi lu pikirlah sendiri.. sebelum menikah check dulu “dia jilat atau x ketiak mak dia”.. cari la yang tau beza dan timbang tara antara bini dan mak sendiri..
Miskin sgt ka dorg tu sampai mangkuk2 pun diangkut,bkn rmh dorg pn dgn muka xmalu ambik jg.pergi la tuntut..kita ada law la
Takpe..dunia selamat lah.. Dont worry sis, anak sorang inshaAllah..fight utk terus hidup.
Ayah dia dpt 1/6, emak dia dpt 1/6, confessor sbg isteri dpt 1/8.. Kalau anak perempuan dpt 1/2, kalau anak lelaki dpt semua baki harta arwah suami setelah dibahagikan kpd waris2 yg berhak. Ini bab faraid, salah dosa besar sbb makan harta org lain Lebih2 lagi harta anak yatim. Cuba dptkan nasihat jabatan agama atau peguam shariah. Wallahua’lam.
Sabar lah puan…..
Jgn ikutkan hati sgt….
Anggap ajer mereka ambik bahagian mereka dan beban puan terlepas….
Tp mereka lupa bahagian mereka kat anak puan…
Itu dosa mereka….
Melainkan anak puan halal kan tu lain lah certa….
Sis mohon pergi mahkamah syariah untuk tuntut harta sepencarian.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudari untuk cabaran mendatang. Ameen.
Dapatkan balik hak sdri & anak..xyah nak jaga sgt hati org..
Semoga Farah terus tabah & Insha Allah…ada sinar di hujung sana
Dugaan yg Allah berikan… In syaa Allah akak dpt bertahan.. Banyak kan berdoa yer… Sy caya akak kuat.. Selamat hari raya
Cahaya Alam
Ye dik..tlg uruskan mengikut saluran yg betul. Bkn sbb nk balas dendam ke apa..tp hak anak tidak bleh dinafikan. Jgn biarkan anak itu dianiaya, datuk neneknya akan menanggung dosa selama hidup mereka. Adik kena “tlg” mereka melepaskn diri dr dosa itu. Jika diikut hukum, kos membesarkan anak itu jatuh atas mereka. Jgn berlembut x bertempat. Mmg leceh sikit, tp itupun akan mendewasakan adik lg, akan membuatkan adik lg kuat. Doa jg putus ye. Allah Maha Mendengar hamba-Nya..